Wednesday, January 28, 2009

Wanita lahirkan lapan bayi ~ Ref Kosmo


BELLFLOWER - Seorang wanita dari selatan California melahirkan lapan bayi di Pusat Perubatan Kaiser Permanente di sini kelmarin.

Berpuluh-puluh petugas perubatan bertugas bagi membantu menyambut kelahiran bayi itu yang beratnya antara 680 gram dan 1.54 kilogram.

Selepas seorang bayi lahir, petugas pusat perubatan itu bergegas memindahkan bayi tersebut ke bilik lain dan kembali menunggu kelahiran lain.

Bayi itu dikeluarkan dalam tempoh lima minit menerusi pembedahan Caesarean. Doktor-doktor menyatakan bahawa semua bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan iaitu sembilan minggu lebih awal.

Setakat ini tidak diketahui sama ada ibu bayi itu menggunakan rawatan kesuburan yang boleh menyebabkan kelahiran ramai anak.

"Ibu bayi itu akan menyusukan semua anaknya. Dia seorang wanita yang kuat," kata ketua neonatologi di hospital itu, Dr. Mandhir Gupta.

Sebanyak 46 kakitangan hospital dan empat bilik bersalin digunakan untuk menyambut kelahiran lapan bayi itu.

Ia merupakan kejadian kedua melibatkan kelahiran lapan bayi.

Pada 1998, seorang wanita di Houston melahirkan lapan anak tetapi salah seorangnya meninggal dunia seminggu kemudian. - Agensi

Sumber ~ Kosmo



0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP