Sunday, April 29, 2007

Gerakan semula GERAK ILHAM

Malam Semalam aku ke Taman Jasa untuk berlatih Silat setelah sekian lama berehat. ramai jugak yang datang malam semalam termasuklah Bapak Guru Buang, Abg Nizam, Abg taufik, Abg Ngah, Mizul, Yusri, Wan dan ramai lagi member lama.

Nampaknya dah ada pembaharuan dalam persatuan Gerak Ilham sekarang, macam dulu datang
ambil kedatangan memgunakan buku sahaja, sekarang nie dah pakai komputer, pehhh canggih itulah salah satu pembaharuan dalam persatuan.



Malam itu, aku berjumpa dengan partner silat aku dulu, dahulunya dia nie kurus, terkejut jugak melihat dia malam itu, sudah besar rupanya ... aduhaiii nie mesti makan tido makan tido. apa boleh buat.

Read more...

Monday, April 16, 2007

BILA AL-QURAN MULAI BEBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu
Engkau pasti kembali
kembali ....

Read more...

Sunday, April 1, 2007

Aku Punya Tok Guru

Semasa aku melayari laman web youtube, aku terjumpa clip video Bg Jak.Lantas aku teringatkan bg Jak semasa aku menuntut dengan beliau, beliau merupakan seorang yang berkomitmen dengan silat.

dulu masa aku belajar Silat dengan Bg Jak, dia selalu bawa aku bersama-sama rakan seperguruan naik Gunung ledang, selalu belajar silat di dalam studio tapi jika ingin mencuba kelainan, Bg jak bawa kami belajar Silat di atas puncak Ledang.

Rasanya seperti ingin menyambung kembali pembelajaran Silat dengan beliau, banyak idea idea baru yang aku belajar.


Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP