Sunday, August 31, 2008

Tahlil with Gerak Ilham Members

Semalam diadakan Majlis tahlil di taman jasa sempena menyambut hari kemerdekaan dan kedatangan bulan ramadhan, tidak lupa jua buat Bapak Guru Utama Gerak ilham iaitu Bapak Guru tua Pak yunus. Cuaca pada hari itu Hujan renyai-renyai ... tapi ia tidak menghalang aku dari datang ke taman jasa...


Pak Guru Buang memberi ucapan kepada ahli-ahli GIM yang datang.


Tidak lupa juga, Pak Guru Mokhtar memberi nasihat kepada ahli-ahli GIM ... ingat lagi kata kata beliau " orang dulu-dulu sebut "kuasa" orang muda sekarang sebut "Power".

Majlis Tahlil Pun bermula ...

Cikgu Along dengan Roslan sedang berbicang bicang mengenai meeting yang akan diadakan esok




Majlis Tahlil tamat pada pukul 11 malam,

Read more...

Friday, August 29, 2008

Parliament gets another silat man

Congratulations to The Honourable Datuk Seri Anwar Ibrahim on his return to Parliament following his victory at the Permatang Pauh (Pulau Pinang) by-elections today. This marks his formal return to politics after a ten-year hiatus, during which he was jailed on charges of sodomy and corruption, the former of which was overturned several years later.

Datuk Seri Anwar is determined to force a switch in government by the 16th of September 2008, the anniversary of the day that Malaysia came into being. He effectively promises to become the next Malaysian Prime Minister by that date.

Thus, it is especially significant to Silat Melayu: The Blog that Datuk Seri Anwar is a former Silat Cekak student who studied from the late Ustaz Hanafi Haji Ahmad in the 1970s and was recently anointed as Ketua Imam Khalifah Besar of Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia.

If he does become the Prime Minister, we at Silat Melayu: The Blog expect to see positive changes in the local silat world, including a refocus on the more positive aspects of the art. Of all the Malaysian Prime Ministers, only Tun Abdul Razak and Tun Hussein Onn were openly regarded as pesilat and were staunch supporters of Silat Seni Gayong from its inception.

May Allah bless his journey if it is His Will.

Original Article by Mohd Nadzrin Wahab

Read more...

Kemenangan Anwar trend rakyat tolak BN?

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kecenderungan pengundi memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh membuktikan bahawa trend penolakan rakyat terhadap parti kerajaan semakin kuat.

Penganalisis politik tempatan, Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, mesej itu pada awalnya telah pun disampaikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu hingga menyebabkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan berlaku pertambahan kerusi mereka di Parlimen.

Sehubungan itu katanya, Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO selepas ini tidak harus memandang rendah terhadap keupayaan parti pembangkang pada pilihan raya akan datang, sebaliknya BN perlu menilai semula pengaruh serta kekuatan yang ada.

''Sekarang kita berada di era rakyat yang semakin berpendidikan. Mereka tahu membuat penilaian. Mereka tidak lagi boleh disogok dengan janji-janji pembangunan semata-mata.

''Sebenarnya mereka mahu lebih daripada itu. Mereka mahukan kerajaan yang lebih adil, telus dan bertanggungjawab. Mereka mahukan kerajaan yang lebih prihatin terhadap isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melahirkan kebimbangan mengenai keputusan memberikan kemenangan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan menjadi trend kerana para pengundi mahukan perubahan.

Kebimbangan Muhyiddin itu berikutan kejayaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan penguasaan parti itu di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan majoriti 15,671 undi.

Jumlah itu lebih besar berbanding 13,388 undi majoriti yang diperoleh PKR pada pilihan raya umum Mac lalu melalui isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamad Mustafa yang juga Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, sudah tiba masanya BN berubah sekiranya parti itu mahu terus relevan.

''Saya sendiri menjadi takut apabila melihat keadaan yang berlaku dalam BN dan UMNO khususnya. Kita tidak boleh salahkan rakyat kerana mereka tiada pilihan. Mereka pilih PKR kerana mereka 'mual' dengan UMNO.

''Kegagalan BN menyampaikan mesej kepada pengundi Permatang Pauh juga menjadi faktor kekalahan mereka selain daripada faktor kekuatan Anwar sendiri,'' katanya.

Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa pilihan raya kecil itu merupakan pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum lalu.

Sementara itu seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Agus Yusof berkata, kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil itu merupakan kejayaannya menonjolkan diri sebagai pemimpin rakyat.

Sehubungan itu beliau berkata, tidak hairanlah setiap ceramah yang dihadiri Anwar sepanjang tempoh berkempen berjaya menarik beribu-ribu rakyat.

''Bagi saya BN tidak mahu belajar daripada kesilapan. Mereka gagal memberi mesej kepada rakyat berbanding Anwar. Anwar lebih mengetahui kehendak rakyat berbanding BN,'' tambahnya.

Kalau BN tak sedar juga, tak tahulah nak kata ...


Read more...

Thursday, August 28, 2008

Pahlawan Rakyat Berjaya ke Parlimen


Akhirnya .... Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya ke Parlimen ... seterusnya ialah menjadi Perdana Menteri Malaysia .....

Read more...

Wednesday, August 27, 2008

Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa ~ Malaysiakini

Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. SUMBER

Read more...

Mana-Mana semalam ada Polis



Semalam aku ke Senawang buat lawatan ke service center, dalam perjalanan ke sana ada banyak tempat buat road block polis ...



terima kasih kepada polis kerana menjaga keselamatan negara ...

Read more...

Tuesday, August 26, 2008

Final EC tally

Anwar got 31,195 votes, Arif Shah, 15,524, Hanafi, 92. Anwar won with a majority of 15,671. Anwar's wife, Dr Wan Azizah Wan Ismail, won the seat with a 13,388 majority at the March 8 general election.

Read more...

Salam Reformasi

Pertama sekali, taniah pada Dato Seri Anwar kerana berjaya dalam pilihan raya kecil permatang pauh ... sudah diramalkan memang beliau akan memang dengan majoriti yang besar .... nampaknya puak puak umno terpaksa menanggung kekalahan mereka di permatang pauh ...

Sepertimana yang kita tahu sebelum mengundi di permatang pauh, BN confident boleh menawan permatang pauh ... media digunakan sebagai alat kempen mereka untuk mendapatkan perhatian daripada pengundi di permatang pauh... aku pun naik menyampah tengok TV1, TV2 & TV3 termasuklah utusan meloyan ... selama 3 minggu aku pulaukan media kerajaan yang berat sebelah...

ternyata doa Tuan Guru Nik Aziz dimakbulkan ALLAH S.W.T dan kemenangan berpihak kepada Dato Seri Anwar Ibrahim ... pastikan 16 september 2008 menjadi kenyataan ...


Read more...

Monday, August 25, 2008

Mat rempit UMNO bawak bendera DAP?

anakcucunabiadam | .....Sekitar 20 mat rempit UMNO diupah untuk memprovokasi orang kampung dengan membawa bendera-bendera DAP berkonvoi keseluruh kampung, bagaimanapun tumpas apabila 3 orang yang terlibat di tanah penduduk kampung.

Semasa tangkapan dibuat oleh orang kampung, didapati mereka datang dari UMNO Kepala Batas dan UMNO Tasek Gelugor cuba mengedar risalah Kabinet Anwar Ibrahim , iaitu kononya menunjukan bagaimana kapasiti kabinet yang dimonopoli ahli parlimen dari bangsa Cina.

"Kami musykil dan agak pelik sebaik sahaja mereka kami berkas, polis datang dan membawa mereka pergi" kata Zahar Kamil, penduduk kampong berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan samada pihak keselamatan mengetahui dan memberi bantuan dengan mengekori pergerakan kumpulan-kumpulan ini.
Polis turut meninggalkan motorsikal milik suspek berkenaan.... selanjutnya.

Read more...

Daftar dan dapat RM200 !!! Hanya Di P.Pauh !!




Sumber : PerakExpress

Menurut blog Susan Loone, Mafrel dan Eli Wong seorang menteri dari Barisan Nasional telah membahagi-bahagikan sejumlah wang sebanyak RM200 kepada sekelompok warga emas di Permatang Pauh.

Datuk Dr. Ng Yen Yen dilaporkan telah membahagi-bagikan RM200 setiap seorang pengundi warga emas berusia atas 60 tahun di Seberang Jaya, di Permatang Pauh ini.

Majlis permberian sumbangan berbentuk wang ini telah diadakan di Persatuan Bomba Sukarela Permatang Pauh pada pukul 2-4 petang.

Warga-warga emas ini juga turut membawa bersama mereka kad pengenalan masing-masing untuk tujuan pendaftaran dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dan menurut seorang penerima sumbangan tersebut Dr Yen Yen telah membisikkan kepadanya dalam bahasa Hokkien: “ow jit, ay hiao cho” (terjemahan terus=hang tau apa yang hang perlu buat lusa nanti”).

Envelope atau sampul ‘angpow’ berkenaan bertulis Yayasan Kebajikan Negara yang mana yayasan tersebut hanya memberikan bantuan kepada pemilik isi rumah sebanyak RM 700 dan ke bawah sahaja.

Namun tidak di Permatang Pauh pada ketika ini yang tempoh berkempen kurang daripada beberapa jam sahaja, anda cuma perlu berdaftar dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Read more...

PERTEMPURAN PR DI KUBU UMNO

P99Ampang : Seberang Jaya kubu pertahanan UMNO yang di katakan paling kuat di serang hampir 500 petugas PR bagi dun Seberang Jaya. Pagi tadi berlangsung himpunan petugas Dun Seberang Jaya untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi menggempur dari rumah ke rumah. Himpunan yang berlangsung pada awal jam 8 pagi berakhir lebih kurang pada jam 12 tengahari. Ternyata persepakatan di antara PAS, keADILan dan DAP jelas dapat di lihat melalui himpunan ini apabila petugas BN sendiri kagum dengan himpunan ini yang di lancarkan sebentar tadi di Padang Seberang Jaya.

Ternyata strategi yang buat julung kali di adakan membuatkan Ariff Shah calon BN terpinga sebentar apabila melihat kawasan beliau di penuhi petugas dan bendera PR di sana sini memenuhi kawasan terkuat beliau.

Disamping dapat mendapatkan maklumat mengenai pengundi sedikit info kajian diperolehi penduduk setempat. Selain itu ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara petugas dan pimpinan. Himpunan yang saya gelar Gempur Petugas ternyata memberi riaksi yang amat baik.

Petugas dan pimpinan di bahagikan kepada beberapa kumplan untuk di bahagikan kepada kawasan masing-masing. Dari rumah pangsa ke rumah teres dari teres ke kedai runcit serta penjaja habis kesemuannya di gempur.

Inilah dia PR, Menuju ke Putra Jaya !

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP