Friday, July 31, 2009

T. Harv Eker: Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles

As I read T. Harv Eker’s Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth, I learned a ton of things of how the rich think.In his book, T. Harv Eker first explained that our money blueprint determines our financial destiny and is conditioned by various factors such as the environment in which we are brought up, what we saw or heard when we were young. Following that, he explained in full detail in 17 wealth files of how rich people think.

One of them is Wealth File #5: “Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles.”

In the last four years of my life where I have committed to succeed in the ‘B quadrant’ (the ‘Business’ quadrant as in Robert Kiyosaki’s cashflow quadrant that had impacted and changed my life totally), I have seen many people make decisions based on just the risk or cost of a business venture.

I had a lot of challenge attempting to help people see things in a more comprehensive perspective, especially those in the ‘E’ or Employee quadrant.

Instead of looking at the potential profit that a business can bring which is:

Profit = Revenue - Cost

they are focused on just the cost!

In other words, they are focused on losing: how much they will lose each month, rather than how much they can profit each month after building up a business successfully over time. Somehow, they do not focus on the revenue that a business can bring.

In my opinion, T. Harv Eker had really done a great job in this short paragraph which I quote and reformatted here for your easier reading:

“Rich people see opportunities. Poor people see obstacles.

Rich people see potential growth. Poor people see potential loss.

Rich people focus on the rewards. Poor people focus on the risks.”

So, the question is, when confronted with an opportunity, do you just shut it off by just looking at the cost and not the revenue; just looking at the risk, not the reward; or just looking at the obstacles, not the opportunities?

source ~ personal

Read more...

Monday, July 27, 2009

Hatshepsut Found; Thutmose I Lost

CT-scans, DNA analysis, and the search for a pharaoh's mummy.

[image] [image]
Zahi Hawass, head of Egypt's Supreme Council of Antiquities, examines a possible royal mummy in KV60, left. Four mummies, one of which might be Hatshepsut's, right. (Discovery Communications)

While it pretty much comes down to a tooth in a box, Discovery Channel's "Secrets of Egypt's Lost Queen" (airs Sunday, July 15, at 9:00pm EST) tries to cover a lot of ground: who was Hatshepsut, the early 18th Dynasty queen and pharaoh, where's her mummy, and who obliterated many of her images and inscriptions? That's a lot, even for a two-hour program.

I've watched the film twice, consulted with a couple of Egyptologists who know the subject, interviewed Egypt's archaeo-honcho Zahi Hawass, and talked with the producer, Brando Quilici (who did last year's Tut special and, before that, a documentary on the Iceman). As an archaeologist, journalist, and some-time docu consultant, I have mixed feelings about "Lost Queen." Overall, I do think it's better than many shows out there (but is that good enough?) and unlike some past offerings from Discovery it isn't larded with superfluous re-enactments. The science is pretty neat, but I have some questions about its applications here, and there are some gaps and things that are not really explained adequately. So, it is worth watching, but although I have some criticisms. [read more]

Read more...

Ujian DNA sahkan mumia Firaun Hatshepsut

UJIAN dna ke atas mumia yang dibawa ke Muzium Kaherah dua bulan lalu ini disahkan ia adalah milik Ratu Hatshepsut, Firaun Mesir yang memerintah pada kurun ke-15 sebelum Masehi. – Reuters.

KAHERAH 27 Jun – Pihak berkuasa hari ini mengesahkan mumia yang ditemui sedekad lalu dan disimpan di Muzium Kaherah sebagai Ratu Hatshepsut berdasarkan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dan ujian saintifik struktur giginya.

Ketua Antikuiti, Zahi Hawass berkata, mumia yang ditemui di kawasan perkuburan diraja pada 1903 di Lembah Mesir itu ditinggalkan di tapak penemuan tanpa dikenal pasti identiti hingga dua bulan lalu apabila ia dibawa ke muzium untuk menjalani ujian.

“Kami yakin seratus peratus mumia itu milik Firaun Hatshepsut,” katanya kepada The Associated Press.

Menurutnya, DNA dan ujian saintifik gigi yang ditemui dalam kotak peninggalan mengandungi beberapa organ Raja Firaun wanita yang hilang secara misteri.

Hatshepsut adalah raja wanita yang mahu dikenali sebagai Firaun dan berpakaian seperti lelaki.

Beliau memerintah Mesir ketika abad ke-15 sebelum Masehi.

Ketika kemuncak pemerintahannya pada dinasti ke-18, dia mempunyai lebih kuasa berbanding Cleopatra dan Nefertiti.

Namun apabila kuasanya berakhir, kesemua peninggalannya hilang secara misteri termasuk mayatnya.

Sebelum ini, satu lagi mumia yang berada di muzium tersebut sejak beberapa dekad lalu dipercayai sebagai Hatshepsut.

Namun Zahi berkata, hari ini pakar mengesahkan bahawa mumia yang dibawa balik dua bulan lalu adalah Firaun Hatshepsut yang sebenar.

– AP dan Utusan Online

Source ~ lebah

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Accounting dalam percintaan

Aku akan meng-CREDIT cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEJER hatiku. Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu.

Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET (LEMBARAN KERJA). Kadang perlu kita lakukan ADJUSTING ENTRIES (PELARASAN) untuk menjaga cinta kita tetap kukuh. TRIAL BALANCE (IMBANGAN DUGA) memperlihatkan bahwa kita serius satu sama lain, sebab Total dari cinta kita

ternyata satu dan sama. Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk menikah. PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, mari bersama-2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa saja ASSETS & LIABILITIES kita ??

Source ~ Isuhangat

Read more...

Thursday, July 16, 2009

Syarat-syarat santau

JULAI 15 — Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan.

Santau banyak dibincangkan dan diperdebatkan dengan meluas di kedai-kedai kopi dan juga media akademik alternatif seperti Mastika, Mingguan Misteri, Pesona dan sebagainya. Sebagai contoh baru-baru ini penulis sempat berborak dengan seorang pensyarah dari Grik yang datang melawat ke syarikat kami bersama dengan pelajar-pelajarnya. Pensyarah itu dengan arif menceritakan terdapat pelbagai jenis santau seperti santau angin, santau bersalam, santau lalu, santau ujian dan macam-macamlah. Malah ilmu santau pensyarah itu cukup mendalam membuatkan pemandu bas yang kebetulan makan bersama kami menyoal:

“Aii macam-macam jenis santau dekat Grik ni Cik tahu, saya duduk sana sejak 20 tahun pun tak pernah dengar, Cik amalkan ke?”

Pensyarah itu yang tersipu mendengar pernyataan itu menerangkan yang dia cuma dengar-dengar je dari orang cerita.

“Saya dengar je apa orang kata, betul tak betul tak tahulah.”

Teringat saya dengan cikgu sekolah saya masa darjah enam dulu, dia tak mahu gambar dia diambil seorang diri sebab takut nanti orang pakai gambar tu nak “ilmukan” dia. Siapa lah nak “ilmukan” cikgu saya tu, kalau cantik macam Siti Nurhaliza atau Ramlah Ram pun takpelah jugak.

Namun cerita itu membuatkan saya berfikir banyak mengenai santau ini kerana ianya merupakan topik hangat di kalangan orang Melayu. Setelah saya membuat sesi penaakulan di dalam tandas dan mengumpul segala maklumat dari sesi kedai kopi dan mengumpat telah dapat saya agak atau menyenaraikan antara syarat-syarat untuk sesuatu Santau itu berkesan. Seperti ilmu-ilmu hitam yang lain santau juga mempunyai banyak pantang larang.

Kalau kita dengar dari cerita-cerita santau selalunya melibatkan kedai makan atau kedai runcit. Namun ianya mempunyai suatu corak yang lebih kurang sama walaupun lokasi dan masa yang berlainan. Santau biasanya mesti antara gerai hodoh nasi lemak yang nak roboh di tepi longkang disantau oleh tuan punya gerai hodoh nak roboh di tepi longkang di seberang jalan sana sebab kononnya dia tak puas hati yang gerai nasi lemak yang belah sini lagi laku sebab dekat dengan “bus stop”. Syarat yang paling penting untuk santau itu menjadi ialah dua-dua tuan punya gerai mesti Melayu, yang makan dan kena santau pun kena orang Melayu jugak. Sebab itu kita tak pernah dengar kedai bak kut teh atau restoran daun pisang kena santau. Sebab pantang larang pertama untuk santau ialah ianya mestilah sesama orang Melayu. Kalau bangsa lain dia tak jadi, dan semakin hodoh gerai di tepi jalan itu maka kebarangkalian untuk kena santau adalah semakin tinggi. Kita selalu dengar restoran nasi campur dan nasi padang yang kena santau tapi belum pernah kita dengar restoran Woh Kah Seng 888 disantau. Kalau kena bayar wang perlindungan itu ada lah.

Pantang larang yang kedua untuk santau ini ialah dia tak boleh digunakan terhadap kedai-kedai atau restoran yang merupakan jenis cawangan atau “franchise”. Cuba para pembaca sekelian fikirkan sebentar, pernahkah kita dengar McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, Giant, Jaya Jusco ataupun Carrefour disantau? Tidak pernah bukan, ahaaaaaa ini adalah kerana mereka ini adalah jenis franchise. Saya yakin ramai peniaga kecil terutama peniaga runcit yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pasaraya besar yang merosakkan perniagaan mereka jauh lebih dahsyat dari kedai runcit pesaing yang lain. Namun apakan daya santau tidak berkesan terhadap pasaraya besar kerana Jin santau itu dia tak boleh nak lakukan kerja kalau dia tidak pasti siapakah tuan punya kedai berkenaan. Tapi kalau kedai runcit kecil yang ada mesin kukur kelapa dan kepunyaan orang Melayu mesti boleh punya. Walaupun “franchise” McDonald’s ini kepunyaan syarikat Melayu tapi ianya jenis bukan persendirian jadi itu yang tak jadi tu.

Tapi pasti ada yang bertanya, bagaimana pula dengan kedai atau restoran kepunyaan persendirian orang Melayu yang terletak di dalam pasaraya? Adakah ianya boleh kita santau? Nampak macam boleh tapi sebenarnya santau kita juga akan gagal sekiranya dihantar. Pantang larang ketiga ialah santau tidak boleh berkesan sekiranya kedai atau restoran berkenaan mempunyai penghawa dingin. Ini adalah kerana Jin santau tu Jin Melayu dan bukan Jin orang putih jadi dia tak tahan sejuk sebab Jin Melayu mana ada “sweater” paling kuat pun kain pelikat je. Sebab itu kita tak pernah nampak kes santau di KLCC ke ataupun Pavilion apatah lagi berlaku di Jaya Jusco. Lagipun berapa kerat sangat orang Melayu mempunyai kedai di tempat-tempat berkenaan.

Memang pelik bunyinya, santau yang konon hebat itu kalau kita dengar betul-betul ceritanya banyak masaalah dan kelemahan. Hendak pulak apatah lagi dari cerita-cerita yang kita dengar mengenai santau adalah dari orang-orang yang sendiri tak pernah kena santau. Selalunya rujukan adalah seperti berikut, tukang cerita dengar cerita santau dari orang kampung dia dulu yang mana orang sebelah rumah ada menyertai lawatan ke kilang batik di Pahang dan salah satu ahli rombongan itu kena santau masa makan dekat tepi lebuhraya. Dahsyat.

Pelik tak, kenapa bomoh yang hebat selalu tinggal dekat rumah hodoh yang nak roboh dekat hujung kampung yang eletrik pun belum tentu ada. Apa guna jadi bomoh yang hebat sampai boleh menyakitkan orang pakai angin je tapi tak mampu nak bayar bil Astro, takdelah hebat mana. Kalau ini macam baik jadi eksekutif MLM kurang-kurang ada can nak pakai Mercedes, dapat lengkap tujuh pasang je dah selesa tak payah jual barang.

Tapi itulah dia orang Melayu kita ni, cukup takut dengan benda-benda yang tak nampak ni tapi pada masa yang sama kabur dan terlepas pandang benda yang nyata. Kita sibuk sangat dengan makhluk-makhluk halus ni makhluk yang besar dan nyata ni kita tak nampak. Cuba kita berfikir sejenak, pernahkah anda dengar makhluk halus bunuh orang ke, merogol, merompak, menyamun, meragut, sumbang mahram, mendera kanak-kanak ataupun mencederakan orang. Kita ni sibuk sangat takut dengan hantu tapi kita tak sedar yang manusia ni, manusia yang masih hidup ini adalah jauh lebih dahsyat atau lebih hantu dari hantu.

Teringat saya dulu tentang kes Mona Fandey, macam-macam cerita lah keluar dan ketika itu saya masih sekolah rendah. Cukup sibuk dan macam-macam teori keluar, konon Monda Fandey kalau mati jadi monyet lah, dia belajar dekat Indonesia lah macam-macamlah.

Benda pertama yang saya ingat dari kejadian itu adalah ayat yang terkeluar dari pelakon bernama Zakaria Yusof iaitu bapak kawan saya dalam satu dokumentari mengenai dadah dan AIDS...

“Rupanya Mona lebih advance...”

Dan sejak dari itu nama perempuan jahat dalam drama Melayu selalunya Mona, dan saya nasihatkan dari anda sibuk sangat risau tentang benda-benda yang kita tak pasti ni baik kita buat kerja yang lebih berfaedah sebelum kita jauh ketinggalan dari orang lain yang “jauh lebih advance...”

P.S: Dari sibuk menyantau orang dekat Grik apa kata pergi santau rejim Zionis kat Palestin tu. Tak gitu?

Source ~ themalaysianinsider

Read more...

Monday, July 13, 2009

Bahaya klorin ( Bahagian 5 )


Cuba lihat, berapa kotornya air yang kita minum seharian. Nasihat saya belilah satu water filter tak kira apa brand. Sebenarnya tanpa kita sedari clorin ini adalah penyebab kepada banyak penyakit pada hari ini ... kalau anak anda ada asma eloklah beli satu water filter ....

Read more...

Family Day Hospital Serdang

Hari minggu pergi hari keluarga Hospital Serdang, ada 12 acara sukanika di adakan...






Read more...

Monday, July 6, 2009

Bahaya Klorin Berlebihan (Bahagian 3)


Bila anda mandi-manda di kolam taman tema air atau minum air dari saluran paip domestik, anda tentu tahu bahawa air tersebut telah dinyah-jangkitan oleh bahan kimia. Ia dapat dikenalpasti dengan bau klorin yang ketara apabila anda memasuki kolam mandi di taman tema air di mana-mana jua. Proses yang dipanggil "purifying" ini sebenarnya tidak berfungsi memperbaiki air tersebut untuk keperluan tubuh sebaliknya ia membahayakan tubuh anda. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh University Illinois, para saintis telah menyiarkan laporan di dalam sebuah jurnal sains iaitu Mutation Research menyatakan bahawa bahan kimia seperti klorin atau chloramines yang digunakan untuk merawat air tersebut boleh menyebabkan tindakbalas dengan unsur organik di dalam air yang menghasilkan toksin merbahaya yang menyebabkan kanser. Sebahagian darinya boleh menyebabkan kelahiran cacat dan merosakkan DNA.

Dalam satu insiden, lebih 20 orang dimasukkan he hospital selepas terdedah kepada klorin pada tahap yang tinggi di kolam renang di Chicago. Kanak-kanak mengalami muntah-muntah, batuk dan hidung berdarah serta pengsan. Berdozen-dozen ambulan dikerah membawa mangsa selepas mereka menunjukkan tanda-tanda lebam di bahagian mulut dan mata. Separuh dari mereka adalah kanak-kanak. Pihak berkuasa Chicago berkata mereka akan menyiasat punca kejadian sama ada kemungkinan disebabkan oleh kebocoran sistem perawatan klorin atau penggunaan klorin yang berlebihan.

Keracunan klorin di kolam renang adalah lebih kerap dari yang orang ramai sedari. Pada Januari tahun ini, 10 orang di West Yorkshire di bawa ke hospital selepas tertelan klorin berlebihan yang tumpah di dalam kolam renang. Sebelum itu di Kanada, 50 orang dibawa keluar dari kolam renang selepas seorang mengalami kecederaan tekak selepas kebocoran gas klorin.

Di sana ada campuran bahan kimia. Seseorang yang mengendalikan sistem perawatan kemungkinan mencampurkan dengan bahan kimia yang lain yang menyebabkan tindakbalas.

Di negara ini, sebahagian dari anda tentu pernah menyaksikan kejadian di mana ada pengunjung yang tidak sedarkan diri atau pengsan ketika mandi-manda di kolam renang atau taman air. Alasan yang biasa kita dengar apabila timbul kejadian seperti ini ialah mangsa tersebut mengalami asma. Benarkah alasan ini? Atau ia sengaja diadakan untuk melindungi pengusaha taman tema air!

source ~ thesecretmedicines

Read more...

Thursday, July 2, 2009

Bahaya Klorin (Bahagian 2)

Bahaya Klorin Dalam Air !!!!!!!!!

Tahukah anda bahawa air paip yang diminum dan digunakan sejak sekian lama, adalah salah satu penyebab barah yang utama? Ini bukanlah satu fakta baru yang mengejutkan. Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.

Seorang saintis bernama Dr. Herbert Schwartz menulis - "Klorin sangat berbahaya. Ia patut diharamkan!!!!!. Menambah klorin ke dalam air sama seperti memulakan satu bom jangka dan membuatkan kita tua sebelum masanya dengan munculnya bermacam-macam simptom penyakit."

Air paip tidak sekadar mengandungi klorin, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh-puluh jenis racun seperti arsenik, ubat gegat, plumbum, raksa dan banyak lagi keladak daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri.

Pendeknya, jumlah kompoun yang terdapat di dalam air, secara langsung atau tidak langsung, adalah menghairankan. Di US, lebih 2100 bahan organik dan bukan organik telah dikenal pasti dalam air paip yang disalurkan ke rumah-rumah. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya telah disahkan memberi kesan kepada kesihatan.

Penyakit yang datang daripada air tercemar amat banyak!!!!. Telah terbukti akhir-akhir ini, air menjadi salah satu penyebab utama kepada lebih daripada 30 jenis penyakit termasuk barah, asthma, diabetis, bisa tulang dan lain-lain.

Untuk menjamin tubuh badan yang sihat, tidak memadai sekadar meminum air yang mencukupi setiap hari, tetapi air tersebut hendaklah berkualiti dan tidak mengandungi bahan-bahan beracun.

Seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di negara kita, air memberi kesan yang cukup ketara terhadap kesihatan seseorang itu. Beliau yang pernah menghidap barah darah (Non-Hodgkins Lymphoma) beberapa ketika dahulu mendapati, pengambilan air yang berbeza memberi kesan yang berbeza terhadap kesakitan yang dialaminya setiap hari.

Sebagai pakar motivasi kesihatan yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, beliau menyedari bahawa air paip yang digunakan sebagai air minuman sejak sekian lama itulah yang menjadi sebab utama kepada penyakit barah yang dihidapinya.

"Semasa menjalani sesi kimoterapi, saya amat sensitif kepada jenis air yang saya ambil. Ketika itu saya terpaksa mencari air yang tiada 5K (klorin, karat, kuman, kimia dan kotoran) untuk menjamin agar sel-sel badan saya sentiasa sihat.

Terdapat pelbagai jenis air untuk kesihatan yang terjual di pasaran negara kita. Misalnya air mineral, air RO (reverse osmosis), air oksigen, air beralkali di samping pelbagai jenis dan bentuk penapis air yang berfungsi meningkatkan kualiti air tersebut.

Sebagai pengguna, kita harus bijak memilih air yang terbaik untuk 'mandian' sel-sel di dalam tubuh kita yang sentiasa dahagakan air. Air yang rendah kualitinya tidak dapat memberi tenaga kepada tubuh, sehingga menjadikan seseorang itu berasa lemah, hilang semangat, mengantuk, lembab dan malas.

"Kita tak sedar selama ini bahawa sel-sel tubuh kita sengsara kerana tidak mendapat air yang berkualiti. Air yang diminum mestilah yang terbaik. Ia mestilah bersih, tulen dan menyihatkan.

Ia juga harus memulih, memperbaiki dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan," dan menyarankan agar setiap rumah menyediakan penapis air yang baik, dan menganggapnya sebagai satu keutamaan yang perlu diberi perhatian.

"Pada zaman moden ini, kebanyakan rakyat kita sudah mampu menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan di rumah seperti televisyen, telefon bimbit, kereta dan sebagainya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menyediakan kemudahan untuk kesihatan.

Tidak sepatutnya kita menunggu sakit, baru hendak mencari penawar. Sebelum sakit, kita perlu menghindarinya. Kalau sudah sakit, kita terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan tidak menjamin sihat sepenuhnya di samping menyakitkan," ujar beliau.

Beliau menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam dan tidak mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu, pada masa ini beliau giat berkempen agar rakyat Malaysia mengambil air yang berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik, kerana air merupakan keperluan utama yang tidak boleh diabaikan.

source ~ AnakcucuNabiAdam

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP