Monday, January 5, 2009

Pembukaan Gelanggang 2009

Malam sabtu lepas bermula pembukaan gelanggang Gerak Ilham untuk tahun 2009, tahun baru dengan keazaman yang baru ... kira kira 50 orang hadir pada malam itu. Turut hadir Dato Md Noor dengan Dato Rahman ...

Lama juga tak nampak Otai-otai Gerak Ilham turun padang, malam tu dapatlah jumpa dengan diaorang ... apa yang menarik pada malam tu masa main buah ,,, partner aku seperti biasa ialah yusri ... malam tu yusri terkena jurus ke-8 iaitu jurus kentut ... memang jadi bahan ketawa malam tu ... ha ha ha.....

Perut Lan pun dah mula buncit ... nampak sangat yang 2 bulan duk bercuti ... kali nie dengan keazaman yang baru dia hendak turunkan berat badanya ... moga berjaya...



Faez & Angan duk peratikan bebudak GIM training.

Srikandi kecil,,, jangan memain handal nie ...

Pak Berahim sedang buat Jurus ... nampak tu bercahaya jurusnya ...

Kekuda kena rendah lagi ....

Habis latihan kitaorang pie lepak kat restoren barakah kat taman jasa, yang sedang letak tangan kat dagu tu Dato Md noor , lepak kat barakah sampai kul 1 pagi, malam tu Dato Md Noor UP kitaorang,,, syukur alhamdulilah ada orang belanja..

aku dengan rambut baru ...

Lan & ateh sedang dok berborak pasal jurus ke-8 aku. bahaya kalau kena,,, boleh terkentut kakakaka ...sorry la Yusss

lepas habis jumpa member GIM kat restoren barakah, maka semuanya barangkat pulang ke rumah masing-masing ... aku sampai umah jam 230 pagi ... malam tu sunyi sepi di sepanjang pemanduan pulak ke rumah, ingatkan malam tu ada segmen cerita antu kat KLFM, rupanya tak ada,,, diganti dengan berbalas pantun ....

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP