Wednesday, January 21, 2009

Peranan Keris di era Majapahit

Sebelum masuk bab keris di atas, disini ada sedikit mengenai kedatangan Islam ke Tanah Jawi.
Baiklah, selepas jatuhnya kerajaan Majapahit, timbul pula kerajaan Islam Demak yang didirikan pada 1478 oleh salah seorang dari wali songo.

Jika di Sumatera, kerajaan Acheh Darassalam sudah menjalankan undang-undang Islam pada 222H (refer UUK), dan disatu sudut lagi peta pelayaran bangsa Arab pula sudahpun menunjukkan semenanjung Melaka pada abad ke 10 masihi. Maka tidak mustahil Islam sudah bertapak di Tanah Jawi lebih awal sebelum kedatangan wali songo, cuma mungkin waktu itu tidak menyeluruh. Wali songo juga datang ke Tanah Jawi secara berperingkat, dan berlainan zaman.

Diberitakan, wali songo pertama ke Tanah Jawi pada awal abad ke 15 adalah Maulana Malik Ibrahim, dari keturunan keturunan Rasullullah S.A.W, tetapi berasal dari Samarkand (Zaman Timurlame). Samarkand adalah dibawah kerajaan Monggol Islam yang berhubungan dengan kerajaan Islam Ayuthia. (ada versi mengatakan beliau datang dari tanah Arab, jika dari tanah Arab maka sepatutnya direkodkan lebih awal dari abad ke 14. Berpandu pada peta Arab abad ke 10)

Kemudian, Maulana Malik Ibrahim dikatakan pernah tinggal di Champa selama 13 tahun sejak 1379. Menikahi pula puteri raja Champa (makna Champa telah Islam awal lagi) sebelum ke Tanah Jawi bersama pengikutnya. Oleh itu, adakah wali songo juga utusan dari Maharaja Islam Benua Siam Kedah?

Pada zaman pengaruh wali songo berkembang di Tanah Jawi, Kerajaan China adalah diawal pemerintahan Dynasti Ming, iaitu zaman Laksamana Cheng Ho. Sebelum itu, China dikuasai oleh Dynasti Yuan, Khublai Khan.

Dan kalau mengikut History Channel baru2 ini, kilang membuat tembikar Dynasti Ming itu rupanya berada di sebelah pantai timur Semenanjung Melaka, dan pihak barat terkejut dengan fakta yang mengatakan bahawa sudah ada perdagangan diantara Ayuthia dan kerajaan China pada 1370 masihi.

Ada juga teori mengatakan bahawa wali songo itu dari berasal China, boleh jadi ada betulnya kerana persepsi kita hari ini dikaburi oleh China Komunis, Taiwan atau Hongkong, maka hilanglah identiti Islam dan serban itu. Dan boleh jadi juga mereka 'based' di China tetapi bukan orang China yang macam kita tahu sekarang.

Jika Syed Zainal Abidin pernah ke China meninggalkan Siti Zubaidah sehingga menjadikan syair Siti Zubaidah, maka fikirkanlah sendiri.

-------------------------------------------------------------
Baiklah, tinggalkan dulu kisah diatas.

Para pembaca budiman, dalam kita mengkaji Sejarah Realiti, kita harus melihat realitinya dari sudut makro dan global. Jika pembacaan tuan puan sudah sampai ke sini, maka penulis yakin ruang perspektif juga telah terbuka luas, bukan lagi terpenjara dalam tembok A Famosa kota Portugis.

Jadi untuk mendapatkan tafsiran alternatif mengenai senjata keris yang telah pun di fitnah dengan berbagai tohmahan dalam sejarah Melayu hari ini, penulis beralih pula ke negara jiran.

Seperti yang telah disuapkan kepada kita, Taming Sari itu adalah pahlawan Majapahit dibawah Patih Gajah Mada, diera Hang Tuah dan Sultan Mansyur Syah dalam abad ke 15. Taming Sari juga dikatakan mempunyai keris sakti yang dapat membuatkan pemakainya tidak lut senjata.

Baik mari kita lihat pula dari sudut akademik dan kritikal mengenai peranan keris pada waktu kerajaan Majapahit. Dimana kedudukan si Taming Sari ini dalam hati para peminat keris di sana? Ada atau tidak pengaruh Merong atau ada atau tidak nama Taming Sari disebut?

Seterusnya dibawah ini adalah teks mengenai peranan keris dimasa kerajaan Majapahit. Penulis tidak akan membuat 'review' berkenaan teks ini, hanya menyerahkan pada pembaca untuk menilainya...

Abaikan dulu kisah mistik...

-------------------------------------------------------------
Sedutan dari Koleksi Keris mengenai budaya perkerisan dalam suatu perjalanan zaman.

Keris Sebagai Media Komunikasi

Pada dasarnya komunikasi adalah interaksi untuk menyampaikan pesan. Agar pesan yang disampaikan dapat sampai ke tujuan dan dapat di fahami lalu diperlukan satu bentuk media komunikasi seperti bahasa, media cetak, media elektronik. Tentu saja banyak sekali media komunikasi yang lain-lainnya.

Lalu pertanyaan yang muncul sehubungan tajuk artikel ini adalah “apakah keris juga merupakan satu media komunikasi?”.

Salah satu cabang disiplin ilmu komunikasi adalah
semiotika.

Disiplin ilmu ini adalah dengan cara mempelajari simbol-simbol komunikasi dalam kehidupan kita sehari-hari.
Simbol-simbol itu dapat mewakili suatu lambang, kod, isyarat, bentuk, dan lain-lainnya. Bentuk, simbol, lambang, dan lain-lainnya akan dipelajari lalu diterjemahkan sebagai suatu makna tertentu.

Sirno hilang kerto ning bumi , bagi yang pernah membaca sejarah Majapahit, tentunya sudah tidak asing lagi dengan bahasa tersebut yang maksudnya adalah angka tahun 1400 iaitu tahun runtuhnya kerajaan Majapahit.

Disamping makna angka tahun 1400,
sirno hilang kerto ning bumi juga mempunyai makna spiritual iaitu lenyap sudah kemakmuran dan keadilan di bumi (Majapahit), hilang sudah tatanegara di bumi (Majapahit) ini. Demikianlah cara nenek moyang kita menyampaikan pesan kepada rakyatnya, kepada anak cucunya.

Lalu bagaimanakah sebilah keris dapat dikatakan sebagai satu media komunikasi dan apakah keris memiliki makna semiotiknya? ...

Masih dalam kurun waktu yang sama iaitu zaman kejayaan kerajaan Majapahit pernah muncul keris yang sangat popular bagi penggemar tosan aji iaitu keris berdapur
sisik sewu (sisik seribu) yang kemudian lebih dikenal sebagai dapur Nogososro.

Keris ini muncul pada saat perpecahan persatuan dan kesatuan di kerajaan Majapahit pada saat itu. Situasi yang sangat menyedihkan terjadi pada saat itu adalah adanya perbezaan derajat, trah, ras, suku, golongan, agama, dan lain lain. Situasi yang prihatin inilah yang akhirnya
memunculkan sisik sewu atau nogososro sebagai simbol persatuan dan kesatuan di bumi Majapahit seperti yang diidan-idamkan sesepuh kerajaan.

Pada zaman kerajaan Mataram, pernah muncul keris-keris yang kita kenal sebagai kinatah gajah singa. Gajah singa ini mempunyai makna angka tahun 1605, disana juga ada makna berakhir dan berhasilnya penumpasan pemberontakan Patih Pragola di Pati.

Kalamunyeng, nogososro, gajah singa jelas sekali merupakan suatu media komunikasi masa lalu, masa kini, dan masa yang akan datang.

Fikirkanlah dengan fikiran yang waras dan hati yang terbuka.........

--------------------------------------------

Fikir dengan Kritis.

(Hikayat Hang Tuah was listed in UNESCO's Memory of the World Programme International Register in 2001).

Melayu dan satu dunia kena tipu buta?


------------------------------------------------------------
(Jawa dalam tulis kuno bermaksud 'budi luhur'. Adakah kerana maksudnya itu maka tulisan Jawi (Arab) diambil dijadikan nama. Secara universalnya - tulisan bangsa yang 'berbudi luhur'? dan bukanya refer kepada nama tempat. Dan proses mengadaptasi huruf Arab ke dalam ejaan bahasa Melayu bukan boleh dibuat sehari dua. Ia mesti melibatkan cerdik pandai bahasa Melayu dan bahasa Arab. Melihat kepada ejaan2 dalam teks UUK (ilmu undang-undang) dan cara penulisannya yang fasih-'macam makan nasi', maka penyatuan Jawi-Arab itu sudah lama boleh jadi sebelum kedatangan Islam lagi yang jika berpandu tahun hijrah pada ketika itu baru berumur 222 tahun. Bangsa mana yang paling banyak cerita fasal budi?)

Sumber - themalaypress

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP