Friday, January 16, 2009

Bahasa Inggeris: Jangan Sampai Bahasa Ibunda Jadi Kurban

Zainuddin Bakar menanyakan:

Assalamualaikum

Mengenai PPSMI saya rasa tak perlulah diperbesarkan. Saya tengok penggunaan bahasa inggeris bagi dua mata pelajaran ini ada kesan positif dia…Saya bukan lah mahir dalam bahasa inggeris jadi kalau boleh saya mahu anak saya mahir dalam bahasa inggeris. Nak ajar anak saya berbahasa inggeris terus terang saya tak mampu. Tapi alhamdullilah anak saya tak menghadapi masalah belajar dua matapelajaran ini dalam bahasa inggeris. Keputusan UPSR yang lepas anak saya dapat keputusan yang agak baik dalam dua mata pejaran ini.. Jadi saya tak nak kenapa isu ini diperbesarkan.

Saya bersekolah darjah satu selepas dua tahun penggunaan Bahasa Malaysia diwajibkan ke atas semua mata pelajaran kecuali inggeris. Jadi saya tak dapat merasa seperti mana bapa saya belajar menggunakan bahasa inggeris bagi semua mata pelajaran kecuali bahasa melayu dan agama islam. Saya malu juga kepada bapa saya dia lebih mahir berbahasa inggeris :)

Saya orang kuala kangsar jadi bapa saya selalu menceritakan budak sekolah clifford dan MCKK kalau berjumpa mereka sering berbahasa inggeris pada tahun 60 sehingga pertengahan tahun 70?an. Ini tak salah saya zaman DSAI semasa belajar di mckk kan.. Tapi apa yang saya dapati DSAI begitu baik dalam bahasa melayu begitu juga dalam bahasa Inggeris. Jadi apa masalahnya. lagi pun bukan semua mata pelajaran hanya dua mata pelajaran sahaja. Anak saya ada bagi tahu walaupun diajar dalam bahasa inggeris tetapi guru-guru tetap menyampaikan dalam bahasa melayu jika murid-murid tak faham. Begitu juga dengan soalan peperiksaan bulanan misalnya. Jika murid-murid tak berapa faham soalan dalam bahasa inggeris tersebut guru dengan senang hati menerangkan apa kehendak soalan tersebut.. Jadi pendapat saya bukan satu perkara yag perlu ditakutkan.

Banyak perkara saya menentang dan kurang bersetuju apabila kerajaan BN ingin melaksanakan sesuatu perkara. Tetapi dalam soal PPSMI saya tak nampak apa yang perlu ditakutkan atau ditentang. Bagi saya yang memang kurang mahir dalam bahasa inggeris jadi dengan adanya “pengajaran percuma” bahasa inggeris untuk dua mata pelajaran ini…merupakan satu perkara yang baik.

Memang betul kita perlu memertabatkan bahasa melayu seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Tapi tak bermakna kita perlu mengenepikan bahasa lain yang mana jelas memberikan manafaat kepada kita yang berbangsa melayu. Lagi pun kita tak akan jadi “orang putih” atau pelat berbahasa melayu hanya kerana PPSMI :) Seperti DSAI, saya tak nampak “kepelatan” bahasa melayu DSAI.. malahan adakalanya bahasa melayu DSAI begitu tinggi (terpaksa saya semak kamus dewan):) Kalau nak diikutkan zaman DSAI di MCKK penggunaan bahasa inggeris lebih hebat dari sekarang.

Jadi akhir sekali saya memohon maaf jika tulisan saya ni mungkin menyinggung sestengah pihak. Tapi saya berpendapat adakalanya kita terpaksa mengorbankan “prinsip” sekiranya perkara tersebut lebih mendatangkan kebaikan untuk kita dan anak bangsa kita sendiri. Sekian

—–

Saudara Zainuddin,

Tepat sekali telahan saudara, kita harus dan mampu menguasai lebih dari satu atau dua bahasa. Saya juga bersetuju agar pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Kendati begitu, usaha menguasai bahasa Inggeris janganlah dengan mengurbankan bahasa ibunda.

Saya syurkan agar saudara meneliti memoranda berkaitan; dasar pendidikan negara dan pendekatan terbaik meningkat penguasaan bahasa dan ilmu.

ANWAR IBRAHIM

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP