Sunday, January 18, 2009

TRANUNGKITE ONLINE DISERANG!!!

Laman web alternatif yang popular di Malaysia, Tranungkite.net ataupun singkatannya TKO telah diserang secara tidak bermaruah dengan ddos 500MBps pada pertama kalinya, kemudian diikuti dengan 200MBps (sampah - setelah IP luar disekat). Mereka mencuba untuk beberapa kali seterusnya pada selang masa tertentu untuk memastikan TKO tidak boleh dilayari.

JARING telah menutup TKO buat sementara waktu dan TKO masih beroperasi di blogspot untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan. Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku rentetan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akhirnya berpihak kepada PAS semalam. Alhamdulillah. Serangan ini ddos ini berlaku dalam tempoh pilihanraya dan saya tidak menafikan yang adanya unsur-unsur sabotaj dari pihak tertentu untuk menyekat informasi alternatif dari TKO sampai ke pengetahuan rakyat.

Alhamdulillah, walaupun serangan ini berlaku, namun PAS tetap menang dengan majoriti yang signifikan (2631 undi). Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah sedar akan hak masing-masing sebagai pengundi yang berupaya mengubah pemimpin mereka secara kontra dengan hanya satu pangkah. Sekaligus menyampaikan mesej kepada kerajaan yang berkuasa sekarang yang mana kuasa rakyat adalah lebih berkesan berbanding kuasa jentera kerajaan yang telah digembleng sehabis-habisnya sepanjang pilihanraya ini berlangsung.

Kepada yang menang, tahniah, jangan persia-siakan harapan rakyat yang mahukan perubahan. Kepada yang kalah, sedarlah, kuasa tidak menjamin segala-galanya.


sumber ~ karenahdunia

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP