Friday, January 9, 2009

Nak boikot ke tak nak?

Orang Malaysia ni keliru dengan identiti. Ada yang kata dia Islam, tapi perangai macam Yahudi. Ada yang IC tulis sebagai Muslim, tapi minum arak. Ada yang kata mukmin, tapi malam tahun baru, dok gi Disko, mabuk kalahkan orang Negro.

Jadi bila cerita tentang niat nak boikot ni, aku sedikit cuak. Bukan tak caya, tapi kita boikot, lagi ramai orang yang tak ambil kisah.

Kita tak beli barangan Amerika dan Israel kerana kita tak der wang. Kalau ada wang, semuapun kita nak beli. Bukan kita ambil kesah sangat tentang buatan mana, yang penting nafsu kita di utamakan. Kalau orang dok cerita pasal kualiti, barang siapa yang kualiti. Kalau cerita tentang status, barang mana yang ada status?

Kalau di dalam musim memboikot ni, tiba tiba anak nak minum White Coffee, dari Starbuck ... apa korang nak buat?

Kalau ketika musim boikot ni, tiba tiba anak minta Mc Donald, sanggup ke korang boikot?

Dan, dimusim memboikot ni, anak nak minum coca cola .. tambah aiskrim dan makan tengah panas. Phuh !!! Menyelerakan.

Kalau korang sanggup buat sesuatu demi orang lain, aku syukur. Tapi kalau korang cerita je lebih, aku rasa korang kuburkan saja niat korang tu.

Hari sabtu ni ada perhimpunan membantah Kekejaman Israel di Dewan Melawati Shah Alam. Hah panas tu!! Korang nak kuar join tak? Kalau rasa malas, kalau rasa macam nak muntah muntah, tak boleh kena panas, korang bukak je ASTRO tengok filem Amerika. The Pirates of Carribean 3. Dengar cerita, filem tu hebat. Dari korang kuar panas panas, baik duduk rumah tengok TV. Tapi korang jangan ambil kisah tentang budak kecil mati terimbus di Gaza atau mangsa kekejaman dah capai 600 lebih manusia. Tak der maknanya.

Sebenarnya usaha boikot ni bergantung kepada keadaan kewangan kita. Kedua kita bergantung kepada niat. Kalau duit banyak, ahhh .. lupakan soal boikot.

Sesuatu usaha boikot itu akan berhasil sekiranya korang pikir pasal mati. Kalau ada kenyatan yang kata, barangan Starbuck ada melamine .. pasti korang boikot. Tapi kalau sedap, lemak dan berkrim dan dalam poket korang pun masih ada berkepuk duit. Rasanya usaha boikot tak kemana.

Cakap memang mudah, tapi nak buat memang susah. Kalau hendak seribu daya kalau tak nak seribu daleh. Jadi tanya diri masing masing, sejauh mana kita perihatin kepada nasib susah orang lain? Adakah kita ada jenis manusia yang mementingkan diri sendiri?

Itu sendiri kena jawab. Gua? Pegi .... jangan tak pegi. Kalau nampak ada mamat pakai baju hitam.....itu lah gua. wakakakakk !!!

note : sorry wak, kawe cempurik demo punya artikel,, kawe rasa tertarik

2 comments:

~ mizzAmy ~ 10:24 AM  

~ tengah mencuba utk boikot. so far, makan semua made from malaysia jer. ~

Nizam 11:01 AM  

hm,,, bagus-bagus ...

terus usaha murni

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP