Monday, August 9, 2010

Happy Ramadan

Read more...

Friday, August 6, 2010

objek terbang

MANCHESTER - Sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) paling besar dalam sejarah dengan saiz 20 kali lebih besar daripada sebuah padang bola dilaporkan melintasi Lapangan Terbang Manchester, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekeping gambar lakaran UFO itu telah dihantar kepada Kementerian Pertahanan Britain oleh seorang pakar UFO pada 1995.Fail sulit penemuan itu telah didedahkan kepada umum semalam.

Sebelum ini fail itu dan beberapa laporan mengenai imej UFO yang dilihat oleh orang ramai disimpan di kementerian itu sejak sekian lama.Turut didedahkan ialah objek bercahaya yang dilihat dekat pangkalan Tentera Udara Diraja Britain di Woodbridge, Suffolk pada 1980.

Fail mengenai seorang lelaki yang mengesan ketibaan sekumpulan makhluk asing di Lancanshire pada 1997 turut didedahkan kepada orang ramai. - Agensi

Read more...

Thursday, August 5, 2010

Antara Sholat & Sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Read more...

Wednesday, August 4, 2010

Monitor & Super impose

Ini adalah Project pertama Super impose kawe, kawe berjaya meletakkan muka Zul ke muka Hakim, syok jugak kalau dah tahu teknik teknik di dalam photoshop nie.

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP