Tuesday, November 27, 2007

Silat Pengantin

video

This is 'Silat Pengantin' perform by me. i have learn silat almost 10 years now. the silat that i learn call GERAK ILHAM.

Read more...

Monday, November 26, 2007

tempurung lutut hancur dan diikat dengan dawai



Lima hari selepas perhimpunan Bersih saya baru mendapat berita tentang seorang pemerhati perhimpunan yang telah cedera parah kerana dibelasah polis pada hari tersebut.

Beliau hanyalah seorang pemerhati kerana tidak pun memakai baju kuning tetapi hanya berbaju dan berseluar hitam. Beliau juga tidak datang bersama mana-mana kumpulan atau kawasan tetapi datang bersendirian.

Saya agak lambat dapat maklumat kerana beberapa hari balik kampung menziarahi ibu yang agak uzur. Semasa di kampung saya langsung tidak mendapat capaian internet kerana sibuk melayan ibu.

Saya agak tergamam apabila mendapat tahu berita ini tambahan mangsa tersebut iaitu Elyasak merupakan cucu kepada Ustaz Yazid Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Yazid.

Kebetulan pula Elyasak telah balik duduk di rumah Datuknya iaitu di Bangunan Al Ikhwan yg kebetulan dekat dengan rumah saya iaitu di Datuk Keramat.

Sedih saya mendengar cerita bagaimana beliau diganasi oleh beberapa orang polis yang memijaknya semasa dia telah terjatuh, sambil mengilas tangannya ke belakang, yang lain pijak belakang lutut sehingga dia yang tertiarap dapat mendengar bunyi lututnya pecah seperti mana bunyi tempurung kelapa yg dipijak!

ImageBila dia disuruh bangun dia menyatakan dia tidak berdaya kerana lutut sudah patah dan merayu untuk diangkat. Seorang dari polis tersebut telah mengherdiknya mengatakan dia telah menyusahkan mereka.

Saya pada masa itu menyampuk,"kalau dah tak mau susah jangan jadi polis."

Dia ditarik dengan kasar supaya berdiri dan pada masa yang sama seorang lagi polis telah menendang kakinya dari belakang sehingga kaki yang patah tersebut terkulai.

Sekali lagi dia ditolak sehingga kaki tersebut terhentak ke tangga trak polis.

Semasa itu seorang polis memakinya dengan menyatakan pada kawan-kawannya,"lepaskan babi tu." (Padanlah FRU dulu lepaskan babi di Bukit Mengkuang).

Pada masa tersebut saya berdoa kepada Allah supaya polis tersebut diberi balasan yang setimpal.

Mujurlah Unit Amal yang menunggu di IPK Jalan Hang Tuah dengan segera menghantar Elyasak ke HKL dengan ambulan.

Beliau dibedah pada keesokan harinya di mana tempurung lututnya memang hancur dan terpaksa diikat dengan dawai.

Ligamen lututnya putus dan banyak kerosakan tisu berlaku. Doktor menjangkakan dia hanya akan sembuh paling awal 3 bulan atau mungkin hingga 6 bulan.

Beliau hanyalah seorang peniaga goreng pisang, sementara isterinya Puan Mariam Jameelah menjalankan kelas tuisyen kecil-kecilan di rumahnya kerana anak-anak masih kecil.

Sungguh kejam dan zalim pihak polis yang terlibat. Mereka tidak perlu buat begitu, kerana mereka menangkap orang yang tidak bersenjata dan tidak melawan. Allah melihat apa yang mereka lakukan dan Allahlah yang akan membalasnya.

Pada masa yang sama peguam mereka telah pun dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang.

Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKPP) telah mengambil inisiatif dengan membekal ubat tambahan dan makanan kesihatan supaya beliau cepat sembuh.

Segala urusan perubatan akan ditanggung LKPP. Begitu juga kita akan menyumbang sedikit sara hidup bulanan sementara Elyasak masih belum sembuh dan tidak dapat bekerja.

Sumbangan juga akan dihulurkan oleh Tabung Kebajikan Harakah.

Kepada pihak yang mahu menyumbang bolehlah infaq melalui akaun 'DANA KAMI PRIHATIN' melalui nombor akaun 12113010026150, BIMB Taman Melawati.

Petikan dari Harakah daily

Read more...

Sunday, November 25, 2007

Tol: Dilema rakyat dan rasional kerajaan

Tol: Dilema rakyat dan rasional kerajaan

Balik-balik alasan sama yang diberikan kerajaan bagi merasionalkan kenaikan kadar bayaran tol di beberapa lebuh raya negara. Bukan kali pertama kerajaan menyandarkan hujah bahawa tindakan itu adalah hak syarikat-syarikat konsesi terbabit sebagaimana dimaktubkan di dalam perjanjian.

Bukan asing juga bagi rakyat untuk mendengar alasan bahawa kerajaan sudah tidak bersedia membayar pampasan ratusan juta kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya tidak membenarkan mereka menaikkan kadar tol.

Rakyat juga pernah dijinakkan dengan hujah kononnya sebarang kenaikan tol telah mengambil kira pandangan semua pihak. Bahkan, sering dihujahkan juga kononnya kenaikan itu dijamin tidak membebankan rakyat, khususnya pengguna lebuh raya-lebuh raya terbabit. Kononnya kadar baru tol itu masih rendah berbanding perjanjian asal. Pernah juga dikatakan kadar tol negara kita jauh lebih murah berbanding beberapa negara lain.

Kini sebahagian alasan dan rasional (yang sebenarnya sangat tidak rasional!) itu kembali berkumandang. Rakyat yang sudah sedia terbeban kehidupan mereka dengan kenaikan harga minyak, kos pengangkutan dan harga berbagai barangan keperluan, kini sekali lagi dipaksa menerima hakikat kenaikan tol di beberapa laluan utama di seluruh negara.

Akhbar-akhbar harian bermula Jumaat (23 November) menyiarkan kenyataan dan ulasan beberapa pihak berkaitan isu kenaikan tol. Ia bermula dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu bahawa kerajaan terpaksa membayar RM380 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun depan.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, Khamis lalu, Samy Vellu mengumumkan sebanyak lapan syarikat terbabit dijadualkan menaikkan kadar tol masing-masing pada 1 Januari dan 1 Oktober 2008.

"Kementerian Kerja Raya menganggarkan pampasan sebanyak RM380 juta perlu disediakan bagi tahun 2008 sekiranya kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan," katanya, sebagaimana dipetik Utusan Malaysia, Jumaat.

Beliau merujuk kepada anggaran kementeriannya terhadap nilai pampasan kepada lapan lebuh raya, iaitu Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (RM28 juta), Lebuh Raya Utara-Selatan-Hubungan Tengah (RM18 juta), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (RM178 juta) dan Lebuh Raya Kulim-Butterworth (RM10 juta).

Empat lagi ialah Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (RM6 juta), Lebuh Raya Utara-Selatan, Klang Utara Baru (RM9 juta), Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (RM34 juta) dan Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta). Jumlah keseluruhan ialah RM205 juta.

Samy Vellu berkata, pampasan RM75 juta lagi diperuntukkan kepada pengendali Lebuh Raya LITRAK di Kuala Lumpur ekoran pengurangan kadar tol daripada RM2.20 kepada RM1.60 yang telah diluluskan tahun ini.

Sebagaimana dimaklumi, isu kenaikan kadar bayaran tol bukan isu baru. Ia telah berbangkit sejak pembukaan lebuh raya bertol yang pertama di negara ini, iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan, pada Mei 1988 lalu. Ia diikuti Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada Julai 1994 dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur pada Mei 1996.

Suatu yang nyata, rakyat sebagai pengguna lebuh raya terbabit semacam tidak pernah merestui bayaran yang terpaksa mereka keluarkan setiap kali melintasi plaza tol. Bantahan terhadap sebarang kenaikan kadar tol senantiasa kedengaran. Bahkan, suara-suara agar kutipan tol dihapuskan terus, juga tidak pernah padam.

Berbagai pihak telah tampil mengemukakan segala macam cadangan dan pandangan agar rakyat tidak terus-menerus dibebankan dengan kenaikan tol. Pernah disuarakan beberapa persatuan pengguna agar kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi mengkaji terma-terma perjanjian konsesi lebuh raya antara kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato' Dr Maamor Osman menganggap syarikat konsesi lebuh raya selama ini memperolehi keuntungan bukan sahaja menerusi kutipan tol, tetapi juga melalui bayaran papan iklan dan tempat perniagaan di sepanjang lebuh raya.

Pandangan sama oleh tokoh sama sebenarnya bukan sahaja disebutnya Jumaat lalu, tetapi telah pun disuarakannya ketika isu kenaikan tol hangat dibahaskan pada Ogos 2005 lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris pula pernah mencadangkan agar syarikat konsesi mengurangkan kos pentadbirannya. Bagi beliau, pemegang konsesi tidak mencatat keuntungan kerana mereka memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan pentadbiran.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Dato' Hamdan Adnan pula pernah mencadangkan agar kerajaan mengambil alih syarikat konsesi terbabit dan menjualnya kepada syarikat lain yang mampu mengenakan kadar tol yang lebih rendah.

Terbaru ialah cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Petronas mengambil alih semua lebuh raya di negara ini. Malangnya, setakat ini kerajaan tidak menampakkan sebarang minat untuk menimbang, apatah lagi melaksanakan cadangan dan pandangan itu.

Pernah juga ada cadangan agar kerajaan melanjutkan tempoh konsesi seperti yang termaktub dalam perjanjian sedia ada kepada tempoh lebih panjang. Kononnya, dengan tempoh lebih panjang itu syarikat terbabit tidak perlu menaikkan kadar tol bagi memperolehi kembali jumlah kutipan yang disasarkan. Hasilnya, rakyat tidak akan dibebankan dengan kenaikan tol lagi.

Menurut rekod, kerajaan pernah melaksanakan cadangan ini. PLUS Berhad, pemegang konsesi untuk Lebuh Raya Utara-Selatan telah mendapat keistimewaan dari pelaksanaannya. Dalam perjanjian asal, ia memperolehi kontrak mengutip tol untuk tempoh 30 tahun iaitu dari Mei 1988 hingga Mei 2018.

Pada tahun 1999, kontrak itu disambung 12 tahun lagi, sehingga 2030. Pada 2005, ia disambung lapan tahun lagi untuk tempoh 2030 hingga 2038. Ertinya syarikat berkenaan telah mendapat sambungan tempoh konsesi selama 20 tahun.

Malangnya, hasrat rakyat untuk melihat tiada lagi kenaikan kadar tol di lebuh raya yang dikendalikannya tidak juga kesampaian. Kerajaan membenarkan PLUS menaikkan kadar tol pada 1998, 2002, 2005 dan akan naik lagi pada 2008 nanti.

Alasan lain pula diberikan bagi merasionalkan kenaikan itu. Syarikat terbabit dikatakan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk berbagai kemudahan dan keselesaan pengguna. Antaranya bagi melebarkan jalan daripada empat kepada enam lorong, membesarkan beberapa plaza tol yang dikenal pasti mengalami kesesakan dan sebagainya.

Berdasarkan apa yang pernah berlaku, kerajaan senantiasa mengemukakan hujah dan alasan tersendiri bagi merasional setiap kenaikan kadar tol. Tidak nampak sebarang kemungkinan kerajaan akan mengurangkan kadar bayaran yang telah dikenakan itu.

Kini, rakyat tinggal hanya satu harapan untuk membebaskan mereka dari bebanan bayaran tol. Ingat lagi apa kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu mengenai perkara ini?

"Insya Allah, kalau ditakdirkan hari ini kita (Barisan Alternatif) perintah Malaysia, esok kita turunkan harga minyak... kita boleh kaji semula kadar tol," demikian kata beliau. Anwar yakin, menurut pengalamannya mentadbir kewangan negara sebagai Menteri Kewangan, perkara itu tidak mustahil dapat dilaksanakan.

Kenyatan senada turut diucap beberapa pemimpin BA lain, terutama dari kalangan pemimpin PAS. Dalam keadaan tidak ada langsung kemungkinan ke arah itu yang boleh diharapkan daripada pemimpin BN, tidak ada salahnya rakyat memberi kepercayaan kepada BA pula untuk membuktikan janjinya itu.

petikan dari Harakah Daily

Read more...

AGM ke-6

Hari ini diadakan AGM ke-6, Hari ini juga semua Ahli jawatankuasa yang baru akan dilantik, cadangnya tak mahu lagi nak pegang apa-apa jawatan dalam Kelab, tapi apakan daya nampaknya tercalon juga sebagai AJK buat tahun 2007/2008.

AGM kali ini memang hangat dengan perkara-perkara berbangkit, banyak juga soalan-soalan yang ditanya oleh para ahli ahli kelab diantaranya;-

# kenapa tiada aktiviti bagi wilayah centre ?
# siapakah yang memegang kunci kira-kira acount setelah bendahari resign dari
Syarikat ?
# kenapa tidak diwar-warkan aktiviti kelab pada semua ahli ?
# kenapa ROS tak siap-siap ? (soalan panas)

Soalan-soalan ini memang sangat hangat sehinggakan ditanya banyak kali oleh Ahli, penerangan juga telah diberitahu tapi mungkin mereka berasa dipuas hati, almaklumlah dah dekat 3 tahun tak ada AGM, memang banyak mereka hendak tanya.

selain daripada itu juga terdapat cadangan-cadangan membina dari ahli supaya ahli jawatankuasa baru lebih peka dengan kebajikan ahli dan memperbaiki system perhubungan dengan ahli-ahli (nie pasal ahli kata tak ada aktiviti katanya ...walhal setiap aktiviti diadakan telah di e-mail pada mereka).

Nampaknya calon presiden yang aku nak pilih tak berjaya, saingannya memang segin,tapi tak apalah ... sekurang sekurangnya assitant dia yang naik jadi presiden (taniah en ram).



Cik Azura kita dengan senyuman manisnya ... wow


Pengerusi sementara, orang kampung teman ,,, dedor dibuatnya ...


Pembuangan undi sedang dijalankan


Tuan Presiden sedang membalas soalan-soalan yang diajukan oleh ahli, though question !!!



Daftar-Daftar !!!



Inilah dia Presiden Kelab terbaru bagi tahun 2007/2008 ... lepas nie mesti banyak aktiviti panjat Gunung ...

Read more...

Monday, November 5, 2007

a wedding feast

sabtu lepas kena rewang-rewang rumah orang khawin ... (rewang <> penanga)





Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP