Wednesday, September 26, 2007

Jiwa Lara

boringnya ... kerja pun tarak

Read more...

Thursday, September 13, 2007

Gempa bumi kuat melanda selatan Sumatera, amaran tsunami

KUALA LUMPUR 12 Sept — Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan, gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, penduduk di kawasan pantai terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dinasihati supaya menjauhi kawasan pantai.

Gegaran turut dirasai di kawasan Barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit lepas.

Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.

Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.

Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.

Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan.

Di JOHOR BAHARU, gegaran turut dirasai sehingga menyebabkan orang ramai terutamanya di bangunan tinggi keluar ke perkarangan bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Saiful Bahari berkata, jabatan itu menerima banyak laporan daripada orang ramai khususnya yang tinggal di bangunan tinggi seperti kondominium Bukit Saujana, Taman Desa Cemerlang, flet Bukit Cagar dan juga di Gelang Patah.

Saiful berkata jabatan itu telah menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan tinggi yang terlibat.

Di KUALA LUMPUR, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata, jabatan itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai melaporkan bangunan dan rumah pangsa mereka mengalami gegaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penghuni dan pekerja di bangunan tinggi terbabit bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

“Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Pandan Jaya, Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Kepong, Cheras dan kompleks kerajaan di Jalan Duta.

Anggota bomba telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk memantau keadaan keselamatan di sana,” katanya.

Bagaimanapun pihak bomba meminta orang ramai supaya tidak panik dan bertenang memandangkan gegaran itu cuma tempias daripada gempa bumi di Sumatera.-Bernama

Read more...

Tuesday, September 11, 2007

Siapa Minat Ultraman

Untuk musim ini hanya dua Ultraman sahaja yang aku tahu, Ultraman Max(2006) and Ultraman Mebius(2007). Agaknya apakah nama Ultraman untuk tahun depan pulak, siri ultraman kalau tak silap bermula tahun 1966 lama tu ..... sejak tu macam macam siri ultraman keluar, masa dulu masa bebudak aku sampai tak pergi mengaji pasal nak tengok Ultraman taro punya pasal, tapi itulah ... sekarag dah besar siri ultraman boleh tengok online sekarang nie ataupun download je dari IRC ataupun torrent.



Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP