Kenapa Sukar Memohon Maaf?
Ada di kalangan saudara/i pantas memberikan reaksi terhadap kenyataan PM Abdullah mengenai krisis badan kehakiman. Ada beberapa persoalan yang berbangkit yang harus dihalusi.
Pertama: sanggahan kita terhadap rasuah dan hakim yang diperalatkan sang penguasa kini terjawab. Apakah jurucakap Umno dapat akui kezaliman berdekad tersebut?
Kedua: kalangan yang bertanggungjawab daripada pimpinan politik, hakim dan peguam negara harus diumumkan. Mereka perlu menuntut maaf terbuka.
Ketiga: berkaitan dengan pengumuman PM tersebut, Dato Najib mengulas menafikan bahawa Kerajaan menuntut maaf. Ajaib! Apa muslihat Najib, dan mengapa harus berselindung lagi?
Keempat: menyusul kenyataan tersebut, apa pula kesudahannya dengan orang-orang yang dizalimi oleh sistem perundangan yang dijadikan alat?
Walhasil, meskipun PM Abdullah kelihatan mengakui kesilapan lalu, namun kenyataannya masih terbatas, tidak menuntut maaf dan seolah-olah memelihara penzalim dan tidak bersedia membela kalangan yang dizalimi.
Inshaallah, langkah susulan mampu dikendali kerajaan Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM
0 comments:
Post a Comment