Thursday, September 25, 2008

Kadar inflasi Ogos 8.5 peratus


Utusan Meroyan - KUALA LUMPUR 24 Sept. - Indeks Harga Pengguna (IHP), pengukur kadar inflasi, bagi Januari hingga Ogos mengembang 4.8 peratus kepada 110.4 daripada 105.3 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

IHP Ogos meningkat 0.2 peratus kepada 114.9 daripada 114.7 pada Julai tahun ini dan indeks itu meningkat 8.5 peratus berbanding dengan 105.9 pada Ogos tahun lepas.

Jabatan itu dalam kenyataannya di sini berkata, peningkatan 4.8 peratus IHP itu dicatat berikutan kenaikan indeks kesemua indeks kumpulan utama kecuali pakaian dan kasut dan komunikasi.

Kenaikan utama antara kumpulan utama ialah pengangkutan (+8.6 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+7.5 peratus), dan perumahan, air, elektrik dan bahan api lain (+1.4 peratus).

Tiga kumpulan utama itu secara bersama mencatatkan kenaikan keseluruhan 84.6 peratus yang dicatatkan bagi tempoh yang dikaji.

Sementara itu, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol bagi Ogos 2008 berbanding dengan bulan yang sama pada 2007 menunjukkan kenaikan tinggi 11.7 peratus manakala indeks bukan makanan meningkat tujuh peratus.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, indeks makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan kenaikan masing-masing 7.5 peratus dan 3.6 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan 7.5 peratus indeks makanan dan minuman bukan alkohol adalah hasil kenaikan indeks makanan di rumah (+8.2 peratus); makanan di luar rumah (+6.4 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (+6.2 peratus).

Antara subkumpulan makanan di rumah yang menunjukkan kenaikan dalam tempoh itu ialah beras, roti dan bijirin lain (+15 peratus); susu, keju dan telur (+13 peratus); daging (+7.9 peratus); ikan dan makanan laut (+5.6 peratus) dan sayur-sayuran (+5.4 peratus).

Jabatan itu berkata, kenaikan 0.2 peratus berbanding dengan bulan sebelum itu disebabkan kenaikan kumpulan utama terpilih iaitu makanan dan minuman bukan alkohol (+0.8 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+0.5 peratus); restoran dan hotel (+0.4 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+0.3 peratus); kesihatan dan pendidikan (masing-masing +0.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+0.1 peratus).

Sementara itu, penurunan ditunjukkan pada indeks pengangkutan (-0.7 peratus); pakaian dan kasut (-0.4 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (-0.2 peratus).

Indeks minuman beralkohol dan tembakau, dan komunikasi kekal tidak berubah masing-masing pada 120.6 dan 96.7.

Kenaikan indeks makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan Ogos berbanding Julai ialah daun sup (+6.4 peratus); ayam (+5.9 peratus); peria (+5 peratus); brokoli (+3.7 peratus); kubis bulat (+3.3 peratus); telur ayam (+2.9 peratus); ikan kembung (+2.9 peratus) dan sotong (+2.8 peratus). - Bernama

Note - Perdebatan antara DSAI dgn Menteri Penerangan tempoh hari, DSAI telah memaklumkan bahawa sekiranya minyak dinaikkan mendadak sebanyak 70 sen, inflasi akan naik melebihi 8%.. tetapi disanggah oleh menteri penerangan bahawa inflasi hanya 4-5% sahaja.. tetapi hari ni, benar seperti yg dinyatakan oleh DSAI.. apa kata anda?

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP