Tuesday, September 30, 2008

Yahooo ... Balik kampung


Hari ini kena kerja ... giant, zali, joseph, kak pah & maisara ada di tempat kerja yang lainnya telah pun pulang ke kampung ... kebiasaannya waktu kerja adalah separuh hari, tapi di sebabkan dah tak tertahan hendak pulang ke kampung, pukul 930 sudah cauu cin cauuu .... (pengaruh lagu sudirman)...

banyak betul modal nak pakai bulan nie .. modal nak balik kampung ... dah tentu-tentu RM 130 ringgo... lepas habis raya nak repair iswara dah tentu-tentui RM600 ... ahh pening kepala ....tapi apa pun raya kena raya ... tahun nie cadang nak bagi 20cen kat budak datang raya ... tak boleh bagi seringgit ... inflasi sudah naik, barang sudah naik, semuanya naik ... terima kasih pada paklah altiduri .....

Read more...

Monday, September 29, 2008

Apa punya Virus Da .... mukhriz


Tengah-Tengah hapdate blog, sekali keluar warning from avas kata ada virus/worm mukhriz, sejak bilalah mukhriz nie sudah jadi virus .... nie kalau chedet tahu nie mesti diaorang siasat nie ... rasanya virus nie ada kena mengena dengan favicon .... untuk keselamatan menlayari internet, pastikan anti virus anda sentiasa dihapdet...

Read more...

Friday, September 26, 2008

Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.


Kosmo - KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

Bagi kawan kawan di luar sana, berhati-hati mengunakan berbankkan online, janganlah sesekali membuka akaun anda melalui link yang diberi dalam e-mail,,,,


Read more...

Thursday, September 25, 2008

Why Torrents in Streamyx is SLOW

GeminiGeek - Now I know why. Now I know why. TMNet is limiting P2P traffic to international links. Not limiting, in fact, its BLOCKING!!!

Slow Streamyx

See? All the download speed comes from local peers. So, if your torrent if full of non-local peers, you will get slow speed. No matter what kind of protocol encryption is enabled or forced, the speed won’t increase. So, if you want speedy torrent speed, find a torrent with a lot of TmNet user. I’m sure it will be fast.

Updates: Recently, TMNet started to block connection to tracker to. You might want to check this out.

Read more...

FAKTA-FAKTA MENGGERUNKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Akibat kenaikan harga minyak Jun 2008.

Turunkan harga minyak 15 + 10 sen – TIADA KESAN.

HAKIKATNYA RAKYAT SENGSARA DENGAN KEADAAN DI BAWAH :-

Inflasi meningkat 8.5 % terburuk dalam tempoh 27 tahun

Kos makan dan minuman bukan alkohol menigkat 11.7 %

Bulan Ogos kos pengangkutan yang melonjak 21.8 %

Bulan Ogos kos restoran dan hotel yang meningkat 6.5 %

Read more...

Majlis Berbuka Puasa di INTEKMA Shah Alam

Petang semalam sakit kepala datang lagi, zali minta tulong untuk downloadkan staff listing dalam VELORU, disebabkan sakit kepala tak dapat nak tolong dia, apa pun pagi nie dah bagi solution dekat dia macam mana nak download listing daripada VELORU, jawapanya senang je,,, just click kat gambar printer tu ... huhuhuhuh ..... petang semalam dapat jemputan berbuka puasa daripada TIME.COM untuk berbuka puasa di INTEKMA Shah Alam ... ini adalah kali ke-2 berbuka puasa kat INTEKMA, dulu berbuka puasa dengan geng Motorsports.









Hajat hati nak makan kambing, tapi sakit kepala punya pasal terbantutlah hajat daku .... :(



Orang yang nyanyi nie suara di macam Jamal la .....

Read more...

Kadar inflasi Ogos 8.5 peratus


Utusan Meroyan - KUALA LUMPUR 24 Sept. - Indeks Harga Pengguna (IHP), pengukur kadar inflasi, bagi Januari hingga Ogos mengembang 4.8 peratus kepada 110.4 daripada 105.3 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

IHP Ogos meningkat 0.2 peratus kepada 114.9 daripada 114.7 pada Julai tahun ini dan indeks itu meningkat 8.5 peratus berbanding dengan 105.9 pada Ogos tahun lepas.

Jabatan itu dalam kenyataannya di sini berkata, peningkatan 4.8 peratus IHP itu dicatat berikutan kenaikan indeks kesemua indeks kumpulan utama kecuali pakaian dan kasut dan komunikasi.

Kenaikan utama antara kumpulan utama ialah pengangkutan (+8.6 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+7.5 peratus), dan perumahan, air, elektrik dan bahan api lain (+1.4 peratus).

Tiga kumpulan utama itu secara bersama mencatatkan kenaikan keseluruhan 84.6 peratus yang dicatatkan bagi tempoh yang dikaji.

Sementara itu, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol bagi Ogos 2008 berbanding dengan bulan yang sama pada 2007 menunjukkan kenaikan tinggi 11.7 peratus manakala indeks bukan makanan meningkat tujuh peratus.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, indeks makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan kenaikan masing-masing 7.5 peratus dan 3.6 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan 7.5 peratus indeks makanan dan minuman bukan alkohol adalah hasil kenaikan indeks makanan di rumah (+8.2 peratus); makanan di luar rumah (+6.4 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (+6.2 peratus).

Antara subkumpulan makanan di rumah yang menunjukkan kenaikan dalam tempoh itu ialah beras, roti dan bijirin lain (+15 peratus); susu, keju dan telur (+13 peratus); daging (+7.9 peratus); ikan dan makanan laut (+5.6 peratus) dan sayur-sayuran (+5.4 peratus).

Jabatan itu berkata, kenaikan 0.2 peratus berbanding dengan bulan sebelum itu disebabkan kenaikan kumpulan utama terpilih iaitu makanan dan minuman bukan alkohol (+0.8 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+0.5 peratus); restoran dan hotel (+0.4 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+0.3 peratus); kesihatan dan pendidikan (masing-masing +0.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+0.1 peratus).

Sementara itu, penurunan ditunjukkan pada indeks pengangkutan (-0.7 peratus); pakaian dan kasut (-0.4 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (-0.2 peratus).

Indeks minuman beralkohol dan tembakau, dan komunikasi kekal tidak berubah masing-masing pada 120.6 dan 96.7.

Kenaikan indeks makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan Ogos berbanding Julai ialah daun sup (+6.4 peratus); ayam (+5.9 peratus); peria (+5 peratus); brokoli (+3.7 peratus); kubis bulat (+3.3 peratus); telur ayam (+2.9 peratus); ikan kembung (+2.9 peratus) dan sotong (+2.8 peratus). - Bernama

Note - Perdebatan antara DSAI dgn Menteri Penerangan tempoh hari, DSAI telah memaklumkan bahawa sekiranya minyak dinaikkan mendadak sebanyak 70 sen, inflasi akan naik melebihi 8%.. tetapi disanggah oleh menteri penerangan bahawa inflasi hanya 4-5% sahaja.. tetapi hari ni, benar seperti yg dinyatakan oleh DSAI.. apa kata anda?

Read more...

Salam Aidilfitri 1429H



Assalamualaikum,
Ish dah nak raya ke? laju aje masa berjalan.. sedar sedar umur dah lanjut. Camne puasa... kantoi ke? Lain kali kan... puasa lah sunat bebanyak untuk melatih diri ini bersabar... bila time wajib ni maka terasa lapang sikit dada kita beribadat.Sempena hari baik dan bulan baik ini maka saya dengan ini ingin memohon ampun dan maaf kepada kalian semua... dah nama manusia, tak lari nya dari melakukan kesilapan. Kekadang tu terguris hari orang bukan nya kita tahu kan kan kan.Pada hari lebaran juga saya nak mintak duit raya jugak lah. Ye lah asyik kasi bebudak aje.. beli mercun dan aiskrim.. kasi kat saya kan saya pi beli rokok ke bayar duit minyak bermeronda sambil tengok wayang ke buek belanja aweks ke... ada jugak paedahnya kan kan kan. Apo lai den nak cakap ni hah... oh ye, kalau sayang nyawa tu maka berdoalah kepada Allah Taala supaya selamat pulang dan kembali... kita dah berhati hati bawak kereta tapi jembalang tanah tu bukan ada otak... ikut sedap mak bapak dia aje bawak kereta... ingat dio sorang aje bayar roadtax.
Love to you and your family and also be nice people... peace

malas nak karang cilok je dari ebantu

Read more...

Wednesday, September 24, 2008

Ultraman Tiga Returns In New Ultraman Movie For 2008


Sponichi Annex reports:

Pop singer Hiroshi Nagano (35), the star of ULTRAMAN TIGA will be reprising his role as Daigo, the human form of Ultraman Tiga, in a new feature film produced by Tsuburaya Productions, which will be released in Japanese cinemas, next fall. Nagano last appeared as Daigo in the 2000 film, ULTRAMAN TIGA: THE FINAL ODYSSEY. The ULTRAMAN TIGA television series first debuted on TBS in 1996 ( the series was briefly aired in the US as part of Fox's "Fox Box" children's line up in 2000, and is now available on DVD from Funimation).

"It's been eight years since Daigo transformed into Tiga," commented Nagano at a recent press conference announcing the new film, "I hope that I will be still able to transform properly for the audience, since it's been so long." Other Ultramen who have returned in their later days to transform again, include the original Ultraman, Susumu Kurobe (67), who appeared in last year's ULTRAMAN MOEBIUS & THE ULTRA BROTHERS, as a senior to the new Ultraman. In the 41 year history of the Ultra Series, the oldest actor to first take the role was 27 year old Yusuke Kirishima, who starred in ULTRAMAN NEXUS (2004).

The new film, entitled DECISIVE BATTLE! THE 8 SUPER ULTRA BROTHERS (Daikessen! Cho Urutora Hachi Urutora Kyodai), as you can guess by the title, will feature eight different Ultramen, but who exactly, besides Ultraman Tiga, are not being revealed at this time. An original Ultra Series alumni, Ultraman movie producer, Kiyoshi Suzuki enthusiastically stated, "In recent years, we have pretty much ignored the mythology of the Heisei Ultras, while we have been concentrating on returning to the Ultra Brothers of the Showa Era. Now, we will bring them both together for the first time."

(Article posted on October 17, 2007 [Japan Time], translation by August Ragone.)

Read more...

Fuel price expected to be cut by another 10sen

NST-THE price of fuel is expected to be cut by at least 10 sen per litre, a source told the NST today. The announcement was expected to be made this afternoon.

On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.

The government had announced on Aug 1 that pump prices would be adjusted according to world crude oil prices on the first day of each month, starting Sept 1.

A minimum subsidy of 30 sen a litre and a ceiling price of RM2.70 a litre for petrol had been fixed until at least the end of the year.

The government had cut crippling fuel subsidies on June 5, resulting in the petrol price rising from RM1.92 to RM2.70 per litre.
Meanwhile, Benama quoted economist Datuk Zainal Aznam Yusoff as saying that the government may lower the price of fuel by as much as 15 sen.

Zainal, who is also a member of the Economic Council of Malaysia, said the government was likely to announce the new price after the Cabinet meeting today.

Read more...

Berbuka Puasa di Saujana

Semalam dapat jemputan berbuka puasa di saujana hotel.








Read more...

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka dengan teh tarik tahi lipas


AMRAN menunjukkan gelas yang masih mempunyai kesan najis lipas setelah minum teh tarik
di sebuah restoran di Jalan Bunus, Kuala Lumpur kelmarin.


Kosmo - Hajat seorang peniaga untuk berbuka puasa dengan teh tarik terbantut apabila dia mendapati gelas yang digunakan bukan sahaja berbau lipas malah di dasarnya melekat banyak najis serangga tersebut.

Ketika kejadian itu Amran Abu Bakar, 37, sudah terbau lipas pada gelasnya namun dia hanya beranggapan gelas itu baru sahaja dikeluarkan dari stor.

"Saya ingat cuma bau, tapi bila saya minum, saya lihat ada banyak bintik kecil melekat pada gelas saya, bila diperhatikan, ia adalah tahi lipas,'' katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! kelmarin.

Tambahnya, setelah beberapa kali tegukan, dia telah memanggil pelayan restoran di Jalan Bunus itu untuk mengadu namun tidak dipedulikan.

"Saya kemudian pergi ke kaunter dan mahu berjumpa dengan pengurus restoran, tetapi saya diberitahu pengurus tidak ada di restoran, apa yang lebih menyakitkan hati apabila saya mengadu cawan yang saya gunakan mengandungi tahi lipas, juruwang tersebut hanya ketawa," katanya.

Read more...

Monday, September 22, 2008

Apo yg den buat hari minggu

Semalam buat kali ke-2 karen terputus bekalan start dari jam 10 sampailah pukul 4 petang. Wife kerja pagi ... maka kenalah jaga paiz, semalam dia asik nangis je ... poning kepalo pakcik ... rasanya sipaiz tak selesa pasal panas, maklumlah karen tak ada.

Sebelah malamnya pulak, teman kan 2 anak dara main bunga api, walaupun kerajaan melarang penjualan bunga api & mercun tapi ia masih mudah didapati ... den boli kek warta superstore ... selamba je diaorang jual dengan warta supermaket tu ...

Raya setahun sekali, bila tengok anak anak main bunga api teringat zaman budak-budak dulu, dulu tak main bunga api, den main meriam "katbait" bergegar satu felda jelai ...kabooommmm .... yang bestnya main lawan lawan dengan felda jelai 4,,,siapa lagi kuat bunyinya .....

Read more...

Friday, September 19, 2008

Chinese Names

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's
this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan (no one ) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. (sorry)

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!


Read more...

Hantu Perempuan Dengan Bayinya


Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!


Kata orang, hantu ini biasanya menumpang kenderaan daripada kawasan kemalangan hingga ke tanah perkuburan yang terdekat.

Mengikut sesetengah orang, sebelum perkara ini berlaku, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu akan berlaku. Biasanya suhu akan turun secara mendadak. Jadi seram sejuk. Jalanraya yang dilalui tiba-tiba menjadi sunyi (tidak berselisih dengan kereta langsung). Siaran radio terganggu.
So, kepada yang nak balik kampung beraya tu, hati-hatilah kalau jalan yang dilalui tiba-tiba menjadi semacam dia punya sunyi. Dan kepada penumpang pulak, dalam pemanduan di waktu malam, kalau korang rasa nak renung ke luar tingkap kereta, jangan berbuat demikian. Sebab entiti tersebut yang memanggil anda untuk melihat. Anda mungkin bakal terlihat sesuatu yang tidak dapat anda lupakan seumur hidup.

Akan datang kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gangguan-gangguan makhluk halus di jalanraya.

Read more...

Peralihan Kuasa: Biar Saya Sendiri Yang Tentukan- Abdullah

sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.
sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah - PM

Sama ada tanding atau tidak biar saya buat keputusan - Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Perdana Menteri berkata, sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

“Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Abdullah ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini yang dijadualkan pada Disember memandangkan persidangan Umno bahagian akan bermula 9 Oktober ini.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam proses peralihan kuasa akan dibincangkan dengan Najib dan keputusan yang dibuat akan dibawa ke Majlis Tertinggi.

Abdullah juga berkata, isu pelan peralihan kuasa itu tidak dijelaskan semula dalam mesyuarat MT hari ini.

“Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti.

“Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi,” katanya.

Semalam Abdullah dilapor berkata, walaupun beliau dan Najib komited dengan pelan peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010, pengunduran beliau mungkin berlaku lebih awal.

http://www.bernama.com.my

Read more...

Thursday, September 18, 2008

Golap

Jam 4 pagi, bekalan elektrik terputus .... sudah lama rasanya tidak bergelap ... last bergelap masa duduk dekat serdang dulu. Mula mula tu memang mengagau sikit di dalam gelap, nasib baik ada simpan lilin dalam almari...

Read more...

Wednesday, September 17, 2008

Sapp keluar BN, lepaskan jawatan kerajaan negeri


MStar - PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti 'bebas' di dewan perundangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.

Ekoran keputusan itu, Timbalan Presiden Sapp, Datuk Raymond Tan berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh 24 jam.

Kata Tan, beliau belum memutuskan sama ada meninggalkan Sapp ataupun sebaliknya.

Tan merupakan antara pemimpin dalam Sapp yang tidak bersetuju dengan usul tidak percaya kepimpinan Abdullah yang dibawa parti itu.

Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee pada Jun lepas berkata parti itu telah hilang keyakinan terhadap Abdullah dan dua anggota Parlimennya - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) - akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan Majlis Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab yang telah dijawab oleh SappP, tetapi BN masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Read more...

Najib kini menteri kewangan, Pak Lah menteri pertahanan

MKINI - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan menteri kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Berikutan itu, Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

Read more...

Tuesday, September 16, 2008

Gajah Terbalik

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku terserempak dengan sebuah lori terbalik di kiri jalan. Lori ini sedang membawa muatan kotak, (kalau kak dora nak kotak boleh pergi kat tempat lori nie terbalik). Tempat berlaku kejadian berhampiran dengan TOL USJ dari KLIA.

Read more...

916 : Sekitar Himpunan Hari Malaysia

Anak-Reformasi - Gambar yang diambil semasa himpunan hari malaysia di kelana jaya









Read more...

KERAJAAN PR DI PERINGKAT PUSAT HANYA IMPIAN?


Hari ini 16 September 2008. Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengambil-alih Kerajaan Pusat daripada kekuasaan Barisan Nasional (BN). Adakah ini bermakna ura-ura PR kebelakangan ini hanya mimpi kosong? Adakah ini juga bermakna BN akan terus memerintah Malaysia dalam siatuasi yang agak kurang stabil?

Tetapi, mengapakah Anwar begitu yakin bahawa PR akan menguasai Kerajaan Pusat? Benarkah memang sudah ada Ahli Parlimen BN yang telah bersetuju menganggotai PR? Benarkah dua parti komponen BN Sarawak diura-urakan antara parti yang akan menganggotai PR?

Posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

Read more...

Monday, September 15, 2008

Zaid serah surat letak jawatan


Malaysiakini - Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zaid gagal mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu selepas tidak mendapat cukup pencalonan.

Beliau hanya mendapat 17 pencalonan, kurang tujuh daripada yang diperlukan.

Semua 116 cawangan telah mengadakan mesyuarat tetapi empat cawangan diarahkan bermesyuarat semula kerana masalah teknikal.

Berikutan itu, jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu dimenangi oleh bekas timbalannya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, pemangku jawatan tersebut sewaktu Zaid digantung keahlian selama tiga tahun kerana politik wang.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Che Mansor Adabi berkata, kegagalan Zaid itu kerana ahli mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan bahagian.

"Ia mungkin ada kaitan dengan politik Umno yang sedang berlaku sekarang," katanya.

Mohd Fatmi kini setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Read more...

Ini rupanya Giant punya kerja ish...ish....

Ohhh....apa demo buat tu ? .... nie kalau tak rapid,,, cari subtitle ... huhuhuhu



Ohhh rupanya tengah copy code breaker untuk game PS2,,,

Read more...

Saturday, September 13, 2008

Stock take datang lagi

Stock take datang lagi, kali ini stock take di bulan ramadhan ... sepertimana biasa kena lah stayback kat office untuk backup brother jasmin untuk "menRunkan" Physical Inventory documentnya untuk 45 Plant seluruh malaysia.. jadi dipendekkan cerita, kami berbuka puasa di Restoren Satay Hj Samuri kat taipan bersama sama dengan Uji, Giant , Fara (nie bukan fara fauzana) dan razmah. Cadangnya nak berbuka puasa kat chicken chop,,,tapi restoren yang jual chicken chop tu tutup....

Inilah dia Restoren Satay Hj Samuri di Taipan...

Tentu banyak Fara nak pilih nie ...

ha ! tengok tengok Udang besar ....

Kalau pergi Restoren Satay Hj Samuri mesti kena satay Ayam & Satay daging.

Proses "mencreate" PI Doc ambil masa dalam Setengah jam,,, Dalam pukul 11 Boss datang dan ajak minum kat kopitiam old Town ... bla bla bla habis kerja pukul 12.

Ini Gambar tengah dalam perjalanan balik ke rumah .

Lalulah dengan Genting Sayen ... Genting Sayen Pakai SAP... Tapi tak ada kerja kosong lagi,

Sampai rumah jam 145pagi, hujan telah turun ... malam tu tak boleh nak tidur sampai ke pagi disebabkan oleh white cafee 2 gelas ....

Read more...

Friday, September 12, 2008

Sin Chew reporter arrested under the ISA

From The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Sept 12 -Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng, the person who first reported on Bukit Bendera MP Ahmad Ismail’s racial remarks, was arrested under the Internal Security Act (ISA) tonight.

Tan was picked up from her home in Bukit Mertajam at 8.30 tonight.

The arrest tonight comes on the same day as the detention of prominent blogger Raja Petra Kamaruddin, also under the ISA.

Both arrests followed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi’s warning this week that the ISA would be used to calm rising racial tensions in the country.

Three newspapers - Suara Keadilan, Sin Chew Daily and The Sun - were also issued show cause letters by the Home Ministry today.

Racial tensions have been on the rise since Ahmad’s controversial comments that the Chinese in Malaysia were squatters, was made during the recent Permatang Pauh by election campaign.

Ahmad’s comments and subsequent defiance of his party president Abdullah has also happened amid instability within Umno, with renewed calls for Abdullah to leave office ahead of 2010, the year in which he has promised to hand over power to deputy Umno president Datuk Seri Najib Razak.

Today’s arrests also happened ahead of September 16, the day in which Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim says his Pakatan Rakyat (PR) alliance would topple the Barisan Nasional (BN) government.

Earlier today, Raja Petra was detained under Section 73 (1) of the ISA for being a threat to security, peace and public order.

Under the detention orders, he will be detained for 60 days. The Home Minister can extend the detention order at the end of that period.

Read more...

Bantahan Terhadap Penahanan Raja Petra Kamarudin

Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.

Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.

Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Read more...

Kad Raya Online

Rakan-rakan sekalian,

Sempena menyambut Hari Raya kali ini, marilah kita memaminkan peranan masing-masing untuk melindungi alam sekitar dengan cara menghantar e-ucapan TM kepada sahabat handai dan juga orang tersayang. Caranya mudah sahaja. Ikuti tiga langah berikut:

1. Sila layari http://greetings.bluehyppo.com/

2. Daftar sebagai ahli ‘BlueHyppo”, sekiranya anda belum menjadi ahli.

3. Teruskan membuat pesanan kad e-Hari Raya TM dan hantarkan e-ucapan anda kepada semula.



Marilah kita bersama-sama melindungi alam sekitar! Selamat Hari Raya.

Read more...

sohih...umno gila-kuasa

Umnomore - UMNO sanggup buat apa saja asalkan parti mereka terus memerintah dan musuh mereka tidak boleh lagi berkata.

Di Pulau Pinang, Ahmad Ismail cuba gunakan isu perkauman untuk membangkitkan semangat bangsa melayu untuk cetus kekecohan. UMNO malu kerana SERUAN mereka tidak di jawab. Rakyat dah pandai. Maka untuk tutup malu, Ahmad di kenakan tindakan gantung hanya untuk 3 tahun. Muahahah .... hukuman kepada ahli UMNO kerana cuba mencetuskan perbalahan kaum.

Soal MP pulak .... Kerana bimbangkan lompat parti daripada berlaku. MP Di paksa ke luar negara untuk satu tempoh yang melangkaui tarikh peralihan kuasa, 16 September. Mereka di hantar ke Taiwan dengan alasan untuk belajar bertani. Kah kah kah ..... Itu hukuman untuk teman teman dan orang bawah mereka. Sedangkan paksaan sebegini pun mereka boleh buat, bayangkan apa jenis ugutan mereka sanggup lakukan? SB lebih ramai dari YB dan flight mereka asing asing.

Semalam pula, entah arahan dari siapa, penggantungan blog Malaysiatoday di batalkan. Raja petra tidak memberikan reaksi dan hari ini, Raja petra di tahan di bawah ISA kerana menghina Nabi dan Islam?

Keliru dengan tindakan. Tak sekata dan tidak adil. Dulu Mahathir pun pernah hina Nabi... KLIK SINI.

"Siapa tahu janggut nabi macam mana? Siapa pernah tengok janggut Nabi? Ada gambar? Kita tak tau. Ada pula yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam. Kerana kita berjanggut, maka kita Islam. Kononnya sunnah Nabi. Kita tidak tau. Kita tidak tau sebenarnya. Betul la Nabi ada janggut, tapi kita tidak tau macam mana janggut Nabi. Zaman itu nak cukur janggut mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman Nabi ada Gillette ke? Tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalahlah nak cukur. Lepas tu dia dok berjalan ke sana sini naik unta. Bukan mudah nak dapat air banyak di padang pasir."- Mahathir Mohamad


Tapi tak kena lokap pun. Cehhhh ... ISA undang undang penahanan tanpa soal jawab. Kau betul atau salah, tetapi kena. Tapi ....asyik asyik belah sini aje yang kena. Yang sana tak ada ke?

Read more...

Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah

Harakah |Harakahdaily dimaklumkan pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.

Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap 'double standard' kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun._

Read more...

Matg Punya


Tadi masa parking kereta terjumpa kereta matg, kedua-dua keretanya ada kat parking staff...

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP