Sunday, March 22, 2009

Semua Orang Nangis ...



En Azhar memang hebat hingga boleh menyebabkan semua orang menangis ... (aku tak nangis, malu keturunan dukun siam kalau menangis). Memang tak dinafikan juga workshop hari sabtu lepas mampu mempertingkatkan lagi motivasi diri, workshop tu berkaitan dengan MINDA seorang JUTAWAN ... apa yang aku belajar daripada workshop itu ialah apa apakah perkara yang kita tak mampu beri pada ibubapa, keluarga dan anak-anak sekarang ???

Bila difikirkan,,, rupanya aku tak beri apa-apa pun ... semua orang sedia maklum,,, pagi bangun pergi kerja sampai ke petang,,, kekadang tu sabtu & ahad kena kerja, dah lah balik rumah pun kena kerja ... kerja ... kerja ... semua ini kerana tanggungjawap pada kerja tapi bagaimana pula dengan tanggungjawap pada ibubapa, keluarga & anak-anak. Perkara macam inilah diulang-ulang dalam masa 12 tahun berkerja ....

Jadi workshop ini membantu kita untuk memperbaiki diri agar kita jangan lagi lalai terhadap tanggungjawap pada ibubapa, keluarga & anak-anak. Jadi aku bertekat nak buat business ini betul-betul .......

Ada satu teknik, rasanya boleh dipraktiskan oleh semua orang, cari orang duduk bersebelah secara bertentangan lepas tu sorang bisik "kau tidak akan berjaya" dan kita kena sebut " aku akan berjaya ... aku sayang ibubapa ku, aku sayang keluargaku, aku sayang anak-anakku" macam tulah kira-kira... memang ramai orang menangis tang nie ...... tapi aku control macho maklumlah cucu-cicit keturunan dukun siam ... hihihihi


masih menunggu peserta workshop Minda jutawan ... depan sekali tu En Azahar seorang yang hebat, dulunya dia seorang Manager bank di maybank Johor Bahru. Beliau sudah 3 tahun dalam industri Networking ini dah telah melahirkan ramai jutawan-jutawan melayu .....

Sessi berkongsi pengalaman dalam industri networking .....

masa inilah ramai orang nangis ... tak kiralah muka ganas tetap akan nangis kecuali aku sebab aku cucu-cicit keturunan dukun siam ... hihihihih ... caranya ialah berbaris panjang lepas tu sorang akan melalui lorong tengah, dan orang di kiri dan kanan kena mengucapkan "kamu memang hebat & kamu akan berjaya" orang yang tengah tengah tu pulak kena cakap "aku akan berjaya dan kamu ialah adik beradik ku"

Ramai orang kita fikir negatif dalam industri ini, dan aku tak salah jika mahu menceburi industri networking ini ... ada satu pepatah yang En Azahar bagi ..

"orang berjaya akan mencari peluang untuk berjaya tetapi orang yang malas hanya berfikir untuk kaya"

1 comments:

Norae 1:51 PM  

kawentok percaya demo tok nangis... tak maoo mengaku yeaaa

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP