Sunday, March 15, 2009

MLM: Mengenal Sistem ‘Pairing’ dan Sistem ‘Piramid’

Ada dua sistem yang menjadi sebutan orang sebelum memasuki mana-mana program Multi Level Marketing(MLM) iaitu sistem pairing dan sistem piramid.

Ini yang perlu anda tahu untuk menilai sejauh mana anda boleh pergi dalam satu-satu program MLM. Ramai yang tersilap sangka antara dua jenis sistem ini.

Ada yang mahu mengelak daripada dikatakan MLM yang dimasukinya itu haram kerana sistem piramid yang digunakan, lantas mengatakan MLM yang dimasukinya menggunakan sistem pairing.

Mengenali sistem pairing

Ada dua sistem pairing yang paling popular dalam dunia MLM iaitu binary dan hybrid. Dua syarikat besar yang menggunakan sistem ini adalah Mannatech dan Usana.

Kedua-duanya ada beberapa persamaan yang sama. Jadi, eloklah saya ceritakan persamaannya sahaja supaya kita jelas apa ciri-ciri utama sistem pairing berbanding dengan sistem piramid.

1) Setiap ahli digalakkan mempunyai dua orang downline sahaja pada ‘direct level’ ahli tersebut.

pairing

Sekiranya terdapat lebih downline daripada seorang ahli, maka itu tidak termasuk dalam sistem pairing hybrid dan juga binary. Mungkin ada, cuma saya belum mendengarnya.

Lebih senang untuk kita memahami konsep pairing ini dengan membahagikan downline terbahagi kepada dua bahagian. Kita bahagikan downline kepada side A dan juga side B. Rujuk gambarajah yang diberi.

2) Kedua-dua bahagian mestilah seimbang satu sama lain atau sama banyak.

pairing

Jika salah satu side tidak seimbang, maka level downline bermula dari yang tidak seimbang tersebut akan terputus. Dan upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline yang masih lagi berada pada level yang seimbang.

Sebagai contoh, lihat gambarajah ini.

pairing

Upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline pada level pertama sahaja. Manakala upline kedua di side A akan menerima komisyen kesemua level downline di bawahnya.

Maka, tidak wujud perkara yang disebutkan orang siapa masuk dulu akan lebih kaya dahulu.

Inilah yang disebut orang satu level terputus downline dan menyebabkan kedua-dua side tidak seimbang daripada bilangan downline atau dengan kata yang difahami pelajar Matematik sebagai tidak symmetrical.

Contoh lain boleh lihat pada gambarajah yang ini pula.

pairing

Disebabkan bilangan downline tidak seimbang pada level ketiga, maka upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline sampai level tiga sahaja.

Ciri utama kedua inilah yang membezakan antara sistem piramid dan juga sistem pairing. Upline pertama tetap kena memerhati, tetap sentiasa kena menolong ‘downline’nya merekrut orang baru seandainya tiba-tiba sebelah side tidak balance kerana kekurangan orang.

Saya harap penerangan ringkas ini dapat memahamkan anda tentang konsep pairing.

Mungkin ada sistem pairing yang ahlinya boleh merekrut seberapa ramai orang pada satu level, tetapi ciri utama supaya setiap downline setiap orang yang direkrutnya perlu balance tidak wajar diketepikan.

Sistem piramid

Sistem piramid pula tidak mengira sebelah side balance ataupun tidak. Upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua level downline di bawahnya.

Inilah yang menyebabkan upline pertama walaupun tidak melakukan apa-apa kerja, tetap akan lebih kaya daripada ‘downline’nya. Manakan tidaknya, kalau upline kedua mendapat lebih banyak downline daripada upline pertama, upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua downline kepunyaan upline kedua.

Contohnya boleh dilihat pada gambarajah ini.

pyramid

Tidak kisahlah downline yang lain seimbang atau tidak, si ketuanya(orang yang masuk dulu) pasti lebih kaya berbanding yang di bawah(masuk kemudian).

Penutup

Mungkin timbul persoalan apabila setelah mengetahui perbezaan antara kedua-dua sistem ini.

“Kalau macam ini, sistem piramid lagi banyak untung.”

Tetapi sebenarnya, syarikat MLM yang menggunakan sistem pairing lebih mendahului daripada syarikat MLM yang menggunakan sistem piramid. Mungkin disebabkan peserta yang menyertainya memang betul-betul ingin berniaga.

Bukan sekadar cari downline dan main taktik 4D(Duduk Diam Dapat Duit).

Saya terpaksa mengerah akal untuk memikirkan cara bagaimana yang sesuai digunakan supaya orang yang membaca memahami perbezaan antara sistem pairing dengan sistem piramid.

.

.

Pesanan: Saya bukanlah seorang yang bergiat dalam MLM. Harap kalau ada kesalahan dari sudut penerangan, boleh bantu untuk dibetulkan. Pemahaman saya tentang sistem pairing merujuk kepada sistem yang digunakan oleh syarikat Usana dan Mannatech yang merupakan founder kepada sistem pairing.

Sumber ~ Studiomuslim

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP