Sunday, March 29, 2009

Jurus yang diwajibkan

Sabtu lepas join training Jurus Wajib di gelanggang Rangai sungai penchala. Gelanggang ini memang lengkap dengan kemudahan ... rasanya di sekitar daerah inilah gelanggang yang best untuk training. Hari tu aku training jurus tunggal. Jurus Tunggal ini merupakan pergerakan wajib yang mempunyai jurus jurus yang perlu dilakukan secara tertib. Memang pening kepala aku nak mengingatkan semua langkah langkah itu dalam masa satu hari. Tapi semua tidak mustahil kalau kita berlatih ....

Inilah dia gelanggang Silat Rangai Sungai Penchala

Setelah penat training, ambil masa untuk berehat ...

Baru oren tu merupakan jurulatih silat peringkatan antarabangsa punya. Bukan calang-calang orang...

My Brother kepenatan lalu terlela ....... nie waktu rehat

Read more...

Sunday, March 22, 2009

Semua Orang Nangis ...



En Azhar memang hebat hingga boleh menyebabkan semua orang menangis ... (aku tak nangis, malu keturunan dukun siam kalau menangis). Memang tak dinafikan juga workshop hari sabtu lepas mampu mempertingkatkan lagi motivasi diri, workshop tu berkaitan dengan MINDA seorang JUTAWAN ... apa yang aku belajar daripada workshop itu ialah apa apakah perkara yang kita tak mampu beri pada ibubapa, keluarga dan anak-anak sekarang ???

Bila difikirkan,,, rupanya aku tak beri apa-apa pun ... semua orang sedia maklum,,, pagi bangun pergi kerja sampai ke petang,,, kekadang tu sabtu & ahad kena kerja, dah lah balik rumah pun kena kerja ... kerja ... kerja ... semua ini kerana tanggungjawap pada kerja tapi bagaimana pula dengan tanggungjawap pada ibubapa, keluarga & anak-anak. Perkara macam inilah diulang-ulang dalam masa 12 tahun berkerja ....

Jadi workshop ini membantu kita untuk memperbaiki diri agar kita jangan lagi lalai terhadap tanggungjawap pada ibubapa, keluarga & anak-anak. Jadi aku bertekat nak buat business ini betul-betul .......

Ada satu teknik, rasanya boleh dipraktiskan oleh semua orang, cari orang duduk bersebelah secara bertentangan lepas tu sorang bisik "kau tidak akan berjaya" dan kita kena sebut " aku akan berjaya ... aku sayang ibubapa ku, aku sayang keluargaku, aku sayang anak-anakku" macam tulah kira-kira... memang ramai orang menangis tang nie ...... tapi aku control macho maklumlah cucu-cicit keturunan dukun siam ... hihihihi


masih menunggu peserta workshop Minda jutawan ... depan sekali tu En Azahar seorang yang hebat, dulunya dia seorang Manager bank di maybank Johor Bahru. Beliau sudah 3 tahun dalam industri Networking ini dah telah melahirkan ramai jutawan-jutawan melayu .....

Sessi berkongsi pengalaman dalam industri networking .....

masa inilah ramai orang nangis ... tak kiralah muka ganas tetap akan nangis kecuali aku sebab aku cucu-cicit keturunan dukun siam ... hihihihih ... caranya ialah berbaris panjang lepas tu sorang akan melalui lorong tengah, dan orang di kiri dan kanan kena mengucapkan "kamu memang hebat & kamu akan berjaya" orang yang tengah tengah tu pulak kena cakap "aku akan berjaya dan kamu ialah adik beradik ku"

Ramai orang kita fikir negatif dalam industri ini, dan aku tak salah jika mahu menceburi industri networking ini ... ada satu pepatah yang En Azahar bagi ..

"orang berjaya akan mencari peluang untuk berjaya tetapi orang yang malas hanya berfikir untuk kaya"

Read more...

Yuna Dan Sebenarnya ...


Aku minat dengan lagu Yuna nie,,, orangnya pun sopan ... orang seni macam nielah patut ada dalam industri muzik malaysia ....

Read more...

Thursday, March 19, 2009

Naughty Husband

naughty groom brides @ today's joke

Source ~ Todayjoke

Read more...

Lepak@Corner

Boring sungguh nak makan dekat Bistro sekarang ini. Aku lebih suka lepak dekat Corner dan b berjumpa member-member lama. Sepertimana biasa awie, man, asrun, pak azizi, cikgu sayuti, mae selalu lepak dekat sana ...

Permandangan Rumah rehat Corner

Jiwa tengah lara, main gitar untuk mengubat hati

Asrun memang handal main carom, siapa nak lawan dia boleh datang corner.

Bukan setakat carom, main dam pun boleh

Read more...

Tuesday, March 17, 2009

Bukit yang mampu tersenyum

Gambar 1
Apabila dilihat secara kasar bukit ini sama seperti bukit-bukit yang lain.

gambar pelik aneh ganjil lain dari yang lain @ isuhangat

Gambar 2
Tetapi apabila gambar tersebut di lihat betul-betul secara menegak, wajah muka seseorang sedang tersenyum.

gambar pelik aneh ganjil lain dari yang lain @ isuhangat

Begitulah kebesaran Allah S.W.T

Sumber ~ Isuhangat

Read more...

Monday, March 16, 2009

Mudahnya Bahasa Inggeris ?@#$%

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya...

Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang.Setiap benda dlm Bahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer...." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?

Read more...

jumpa bakal business partner

Sabtu lepas pergi selayang jumpa bakal business partner. Jalan begitu sesak semasa melalui Jalan Kuching, rupa-rupanya ada accident berlaku. Bakal Business partner nie merupakan seorang peniaga pasar malam. Daripada riak wajahnya beliau begitu berminat nak join business yang aku join ,,,,

Jalan sesak di jalan kuching

Ada kemalangan berlaku melibatkan Proton Saga dengan MYVI

Bakal Business Partner tinggal kat tingkat 7, tinggi .......

walaweyyyy ....gayatnya ......

Kalau nak join business networking nie, memang pada mulanya penat ... tapi insyallah hasilnya berbaloi dengan apa yang kita lakukan ... kekadang terfikir juga aku,,, kerja pagi sampai petang 7jam kekadang 8jam semata mata nak kerja gaji yang 2 ribu mahupun 5 ribu ...

tapi hakikatnya ada peluang besar di luar sana menunggu untuk kita cari ..... bak kata Rasullah,, 9/10 rezeki dari berkerja sendiri .....

Read more...

Sunday, March 15, 2009

MLM: Mengenal Sistem ‘Pairing’ dan Sistem ‘Piramid’

Ada dua sistem yang menjadi sebutan orang sebelum memasuki mana-mana program Multi Level Marketing(MLM) iaitu sistem pairing dan sistem piramid.

Ini yang perlu anda tahu untuk menilai sejauh mana anda boleh pergi dalam satu-satu program MLM. Ramai yang tersilap sangka antara dua jenis sistem ini.

Ada yang mahu mengelak daripada dikatakan MLM yang dimasukinya itu haram kerana sistem piramid yang digunakan, lantas mengatakan MLM yang dimasukinya menggunakan sistem pairing.

Mengenali sistem pairing

Ada dua sistem pairing yang paling popular dalam dunia MLM iaitu binary dan hybrid. Dua syarikat besar yang menggunakan sistem ini adalah Mannatech dan Usana.

Kedua-duanya ada beberapa persamaan yang sama. Jadi, eloklah saya ceritakan persamaannya sahaja supaya kita jelas apa ciri-ciri utama sistem pairing berbanding dengan sistem piramid.

1) Setiap ahli digalakkan mempunyai dua orang downline sahaja pada ‘direct level’ ahli tersebut.

pairing

Sekiranya terdapat lebih downline daripada seorang ahli, maka itu tidak termasuk dalam sistem pairing hybrid dan juga binary. Mungkin ada, cuma saya belum mendengarnya.

Lebih senang untuk kita memahami konsep pairing ini dengan membahagikan downline terbahagi kepada dua bahagian. Kita bahagikan downline kepada side A dan juga side B. Rujuk gambarajah yang diberi.

2) Kedua-dua bahagian mestilah seimbang satu sama lain atau sama banyak.

pairing

Jika salah satu side tidak seimbang, maka level downline bermula dari yang tidak seimbang tersebut akan terputus. Dan upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline yang masih lagi berada pada level yang seimbang.

Sebagai contoh, lihat gambarajah ini.

pairing

Upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline pada level pertama sahaja. Manakala upline kedua di side A akan menerima komisyen kesemua level downline di bawahnya.

Maka, tidak wujud perkara yang disebutkan orang siapa masuk dulu akan lebih kaya dahulu.

Inilah yang disebut orang satu level terputus downline dan menyebabkan kedua-dua side tidak seimbang daripada bilangan downline atau dengan kata yang difahami pelajar Matematik sebagai tidak symmetrical.

Contoh lain boleh lihat pada gambarajah yang ini pula.

pairing

Disebabkan bilangan downline tidak seimbang pada level ketiga, maka upline pertama hanya akan menerima komisyen daripada downline sampai level tiga sahaja.

Ciri utama kedua inilah yang membezakan antara sistem piramid dan juga sistem pairing. Upline pertama tetap kena memerhati, tetap sentiasa kena menolong ‘downline’nya merekrut orang baru seandainya tiba-tiba sebelah side tidak balance kerana kekurangan orang.

Saya harap penerangan ringkas ini dapat memahamkan anda tentang konsep pairing.

Mungkin ada sistem pairing yang ahlinya boleh merekrut seberapa ramai orang pada satu level, tetapi ciri utama supaya setiap downline setiap orang yang direkrutnya perlu balance tidak wajar diketepikan.

Sistem piramid

Sistem piramid pula tidak mengira sebelah side balance ataupun tidak. Upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua level downline di bawahnya.

Inilah yang menyebabkan upline pertama walaupun tidak melakukan apa-apa kerja, tetap akan lebih kaya daripada ‘downline’nya. Manakan tidaknya, kalau upline kedua mendapat lebih banyak downline daripada upline pertama, upline pertama tetap akan mendapat komisyen daripada semua downline kepunyaan upline kedua.

Contohnya boleh dilihat pada gambarajah ini.

pyramid

Tidak kisahlah downline yang lain seimbang atau tidak, si ketuanya(orang yang masuk dulu) pasti lebih kaya berbanding yang di bawah(masuk kemudian).

Penutup

Mungkin timbul persoalan apabila setelah mengetahui perbezaan antara kedua-dua sistem ini.

“Kalau macam ini, sistem piramid lagi banyak untung.”

Tetapi sebenarnya, syarikat MLM yang menggunakan sistem pairing lebih mendahului daripada syarikat MLM yang menggunakan sistem piramid. Mungkin disebabkan peserta yang menyertainya memang betul-betul ingin berniaga.

Bukan sekadar cari downline dan main taktik 4D(Duduk Diam Dapat Duit).

Saya terpaksa mengerah akal untuk memikirkan cara bagaimana yang sesuai digunakan supaya orang yang membaca memahami perbezaan antara sistem pairing dengan sistem piramid.

.

.

Pesanan: Saya bukanlah seorang yang bergiat dalam MLM. Harap kalau ada kesalahan dari sudut penerangan, boleh bantu untuk dibetulkan. Pemahaman saya tentang sistem pairing merujuk kepada sistem yang digunakan oleh syarikat Usana dan Mannatech yang merupakan founder kepada sistem pairing.

Sumber ~ Studiomuslim

Read more...

Saturday, March 14, 2009

Api !!! Api !!! tolong ... tolonng .....

Semua orang berkumpul di parking F kerana ada latihan fire drill, masa yang diperlukan untuk mengosongkan bangunan ialah 4 minit, tapi masa tu semua orang jalan lengang lengok ... kalau ada api betullah habis semua terbakar ...hu hu hu .....

Mak-Mak orang dengan anak dara sedang berkumpul, entah apalah diaorang borakkan ......

Walaupun bukan dalam bilik server, geng-geng IT tengah berbincang pasal kerja...

Jumlah yang terlibat dalam latihan nie ialah ratus-ratus

Mat ... mana kau ??? aku tak nampak ....

Read more...

Tuesday, March 10, 2009

betul ke Proton ...?

Betulkah apa yang diperkatakan oleh orang barat pada kereta buatan kita iaitu proton .... ???

* http://www.topgear.com/uk/proton/savvy
* http://www.topgear.com/uk/proton/gen-2
* http://www.topgear.com/uk/proton/satria-neo

Read more...

Meeting Khas GIM



Hari Ahad, suatu pagi yang indah sedang aku menikmati sarapan bersama anak-anak dengan tidak kena sekena-mengena Tepon aku menerima SMS. Lalu ku baca, rupa-rupa sms dari angah ajak aku meeting jam 8 malam di rumahnya ... ingatkan dia ajak meeting MLM rupanya meeting khas GIM ... turut hadir malam itu Ah Boy dengan isterinya, ayu, eddie , Along dan lan.

Sms Angah berbunyi;-
"Maaf menggangu di pagi yang indah, adalah di maklumkan mesyuarat khas lagi eklusif lagi mengejut akan di adakan malam ini jam 8:30mlm di rumah angah. Diharao sahabat semua dapat menghadirkan diri."

Read more...

Accident lagi ...



Sabtu lepas berlaku kemalangan, lokasi dari Dengkil ke Putrajaya. Jika dilihat daripada gambar ini jelas sekali Honda ini terbalik beberapa kali hingga putus bumbunnya ... Mungkin juga pemandunya memandu dengan laju ataupun tertidur semasa memandu ...

Oleh itu berhati-hatilah di Jalan Raya ....

Read more...

Monday, March 9, 2009

Tips MLM: Kenapa anda gagal dalam MLM?

Ah Chong pemalas : “Saya telah menyertai syarikat MLM ini dan ianya adalah program yang teruk. Sebab itulah tidak ada harapan untuk saya membuat duit di syarikat MLM ini.”
Maniam: “Apa program MLM atau syarikat patut buat untuk awak?”
Ah Chong pemalas: ”Mereka patutnya jadikan saya kaya!”
Maniam: “Oh I see, dan apa yang patut anda lakukan?”
Ah Chong pemalas: “Apa maksud awak?”
Maniam: “I mean, apa tugas yang patut anda lakukan?
Ah Chong pemalas: “?”

Straight to the point , ramai orang yang menyertai MLM gagal. Satu kajian menunjukkan 98% gagal setelah menyertai MLM. Jadinya ada 2% sahaja yang berjaya. Wahh.. sikitnya yang berjaya. Tetapi begitulah hakikatnya. Setelah saya membuat kajian, berikut adalah beberapa jawapan untuk soalan Kenapa anda gagal dalam MLM?

  • Ramai orang yang menyertai MLM sebenarnya, tidak tahu apa maksud MLM (pemasaran berperingkat / Jualan langsung). Saya boleh katakan ini adalah silap orang atasan (upline) kerana tidak menunjukkan pelan strategi yang betul. Konsep MLM sangat penting kerana anda membuat perniagaan ini berpandukan pelan strategi tersebut. Jadi nasihat saya kepada upline, berikan komitmen anda 100% mahupun 120% untuk downline anda bagi menerangkan konsep perniagaan syarikat MLM anda.
  • Ada juga orang setelah menyertai MLM tidak percaya dengan sistem pelan pemasaran yang boleh mendatangkan hasil. Malah orang tersebut tidak mempercayai upline yang ingin membantunya. Meraka katakan syarikat MLM menjalankan satu skim penipuan dan mereka telah ditipu.
  • Pengaruh luaran membuat anda gagal. Pengaruh negatif ini memang satu unsur yang merbahaya. Malah pengaruh negatif ini datang dari orang sekeliling anda, iaitu kawan, keluarga, dan jiran anda. Mereka selalu memperkatakan benda-benda buruk tentang perniagaan anda, walaupun mereka tidak tahu apa yang anda niagakan. Itu sudah sememangnya lumrah manusia, sakit hati dengan kejayaan dan usaha orang lain. Bukannya untuk memberikan galakkan malah dicemuhnya. Jangan bimbang anda melakukan perniagaan yang halal. Jadi jangan takut!
  • Anda tiada keyakinan. Tanpa keyakinan mana mungkin anda dapat menerangkan dan menjual sesuatu barang kepada seseoran. Lama kelamaan meraka ini akan malas meneruskan perniagaan yang disertai lalu putus asa dan berhenti melakukannya. Selalunya tiada keyakinan ini datang selepas anda tidak mempercayai MLM ini.
  • Anda berhenti melakukannya. Kebanyakkan orang akan berhenti setelah 6 bulan ataupun setahun menyertai MLM. Ini datangnya dari pengaruh luaran yang buruk dan juga tekanan kerja (jika anda lakukan MLM secara part time).
  • Mempunyai upline yang tidak berkaliber. Ini merupakan perniagaan kumpulan. Anda memerlukan bantuan downline dengan sokongan upline. Tanpa upline yang aktif, anda juga tidak akan aktif. Bapa borek anak rintik.
  • Bukan orang sekeliling sahaja yang negatif, terdapat juga ahli-ahli atau pengedar yang negatif. Mereka memberitahu kepada ahli yang baru mengenai sistem MLM dan upline mereka yang teruk. Sebenarnya mereka yang teruk bukan MLM atau upline tersebut kerana mengumpat!
  • Penipuan terdapat di mana-mana. Kebanyakan skim piramid menganggap diri mereka adalah MLM. Mereka mengajak prospek menyertai di bawahnya untuk membina satu empayar perniagaan. Mereka mengubah konsep dan menipu prospek. Apabila orang itu mendapati itu adalah penipuan, mereka tidak akan lagi mempercayai MLM. Apabila seseorang tidak mematuhi janjinya sekali, orang tidak akan mempercayainya seumur hidup. Orang tersebut tidak akan ingin mendengar perkataan MLM walaupun itu bukan penipuan.
  • Ramai orang setai MLM kerana desas desus yang mengatakan MLM itu mudah. Mudah tanpa bekerja banyak. Mudah untuk mencapai kebebasan kewangan. Tidak semudah itu. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa berusaha. Berusaha mempelajari selok belok perniagaan, produk yang dijual dan lain-lain.

Cukup setakat ini, mungkin pada satu hari nanti saya ada lagi jawapan yang lain, saya akan berkongsi dengan anda semua. Jika anda percaya MLM boleh membantu anda beroleh pendapatan, teruskanlah. Jika anda berasa MLM satu program penipuan, cuba fahaminya dahulu sebelum membuat tindakan melulu. Jika anda berasa MLM tidak mendatangkan apa-apa malah banyak wang yang mengalir keluar dari masuk, jadi jangan sertai dan tinggalkannya. Tepuk dada tanya selera. Selamat hari minggu!

Sumber ~ perfectexce

Read more...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Read more...

Friday, March 6, 2009

Pagi sampai ke petang kerja, Malam pula Business

Cadangnya nak pergi latihan jurulatih dekat Taman Jasa, dalam pukul 7 lebih upline aku call ajak pergi kelas ... lepas tu bincang-bincang dengan wife sama ada saya nak pergi ke kelas ataupun nak pergi ke taman jasa. lepas-lepas discuss maka pergilah ke kelas di central KL ... malam tu otai otai XXX daripada JB, Perak Dan kelantan turun pada buat sharing...pasal business nie,

ayat power diaorang " business nie bukan business upline kita, busines nie business kita, kita yang menentukan ia bertahan lama atau sekejap" terujalah jugak ...... cerita pasal teruja nie, kalau nak masuk MLM business mesti ada perkara yang membuatkan kita teruja .. lepas tu JOIN ...
kalau teruja pasal upline kita dapat kereta besar ... jangan haraplah nak kekal lama .... yang paling penting belajar cara macam mana nak berjaya barulah boleh berkereta besar, rumah besar, ada simpanan yang banyak ... etc etc ......

kekadang terfikir jugak,,, kerja daripada pagi sampai petang itulah yang aku ulang-ulang selama 12 tahun berkerja ... tiba masanya kita aku mencuba satu bidang baru ,,, yang ramai orang tak nak,,, tapi aku nak .... kebanyakkan yang aku selidik, kaum cina memang suka business macam nie berbanding dengan kaum melayu ....

Baru-baru nie aku ada pergi Training attitude, dan aku rasa konsep business nie dengan apa yang aku belajar dalam attitude training tu ada persamaanlah sikit-sikit .... sejak masuk MLM nie sentiasa bermotivasi ...

Malam tu ramai yang datang sampai tak cukup satu dewan, terpaksa duduk belakang sekali.

Siap yang bawak anak pun ada, aku kalau bawak anak aku yang dua orang tu,,, mahu meriah suasana dalam dewan ... huhuhuhu

Read more...

Thursday, March 5, 2009

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

Read more...

Wednesday, March 4, 2009

rakan niaga ku tak datang

Appointment dengan rakan niaga sudah dibuat, tapi malangnya rakan niaga tidak hadir kerana ada perkara tak dapat dielakkan, beliau memang berminat untuk menceburi bidang ini,,, walaupun beliau pernah cuba beberapa company yang buat MLM, tapi beliau merasa kelainan daripada MLM yang lain ...Tapi tidak mengapa, janji rakan niaga aku tu ada kemahuan ... dah mahu mencuba itu sudah cukup bagus ....



Rostoren nie makan dia memang best ...

Nie semua rakan rakan niaga, kami selalu berjumpa ... yang seronoknya boleh share pengalaman masing masing dalam MLM ....

Read more...

Sidang Pokok jadi sejarah


Sejarah di Perak sepatutnya di bukukan untuk di hidang kepada jenerasi kita yang akan datang. Tapi pastikan tidak di putarbelitkan untuk membodohkan anak cucu kita nanti.

Kalau di kala dulu ada internet, maka kita tahu siapa sebenarnya yang bunuh Birch, adakah si Puntong, atau mungkin Abdullah Antong? Tapi bila di ceritakan zaman berzaman, maka yang termasuk dek akal bahawa si Puntong lah yang mencocokkan benda tajam ke dubur Birch di Pasir Salak sehingga mati. Hmmmm.....betul ke?

Kerana mahu kelihatan mati sebagai perwira, maka di ubahkan cerita untuk di kecap sesedap rasa. Maka mati lah Birch di Pasir Salak. Mat Salleh mati ke tandas kampung? Wakakaka !!!

Aku tak rasa Mat Salleh sudi untuk berbudaya seperti Melayu kampong yang dulunya melihat najis jatuh ke sungai satu persatu di saksikan oleh ikan haruan dan sepat. Siapakah pembunuh sebenar? Mungkin sudah beranak pinak dan memegang jawatan penting dalam kerajaan. Siapa tau?

Dulu kita bersandar kepada cerita mulut ke mulut. Bila insiden berlaku maka mulut bercerita dan telinga mendengar. Kalau betul lah cerita itu, maka betul lah dia. Kita tak tau kalau kalau Si Puntong itu, cuma manusia kampung yang hanya mencari rezeki, sedang menangkap ikan tiba tiba di tuduh membunuh. Itu politik zaman dulu, sifirnya sama seperti sekarang. Kerana itu lah Sirul dan Azilah pun sibuk bersilat di mahkamah.

Mungkin dulu sudah ada asal usul Utusan Meloya, akhbar yang menjilat najis pemimpin pemimpin sehingga kini.

Kisah sidang di pokok jadi cerita.
Wahhh !!! Bukan main di kutuk secukup rasa. Kalau membaca tanpa usul periksa, boleh muntah di buatnya. Tapi kita ada saluran alternatif yang boleh kita banggakan. Di susuli dengan gambar dan video. Kita tahu siapa salah dan siapa benar. Kalau di download video dan di edarkan pada rakyat jelata, semua orang akan tahu perkara sebenar. Mungkin bukan si Puntong yang jolok bontot Birch, tapi sebenarnya Birch mati ketika beronani sendirian. Siapa sangka?

Jadi cerita cerita dahulu kala sukar untuk di perjelaskan. Tiada surat angkat sumpah dan kepilan dokumentasi lengkap untuk ya pada yang tidak. Tiada gambar dan imej di ambil, apatah lagi tiada pakar forensik yang telus dan tidak kongkong mana mana parti. Jadi sekarang kita terima bulat bulat tanpa usul periksa.

Di Perak, sidang bawah pokok boleh di jadikan sejarah. Lokasi itu akan di pagarkan seperti lokasi tergantungnya Tok Janggut di gantung. Tapi kalau di putar belitkan oleh media dan pakar sejarah yang digajikan mengindahkan satu yang buruk, maka berlainan lah pulak jadinya.

Blogger perlu tebarkan cerita, bongkar sengketa. Biar rakyat menilai dengan kaedah pandang dan dengar. Otak ada pada manusia untuk menilaikan. Ucapan terima kaseh kepada blogger perak yang memperolehi gambaran berbentuk pegun dan video untuk tatapan rakyat jelata. Biar rakyat menilai cerita. Jangan bodoh sampai ke tua. Rakyat Bukit Selembau dan Gantang mungkin juga mahu tahu cerita.

Tanggung jawab blogger bukan menyebar fitnah dan dusta, tapi realiti peristiwa. Biar tidak di bodohkan lagi. Jangan di ulang sejarah Shamsiah Fakeh sehingga dirinya terbuang, bila dah mati baru di gelar pejuang.

Rujuk saksi kejadian
338: Hari ini Dalam Sejarah (bhg 5)
339: Hari Ini Dalam Sejarah (bhg 4)
339: Hari Ini Dalam Sejarah (bhg 3)
339: Hari Ini Dalam Sejarah (bhg 2)
339: Hari Ini Dalam Sejarah (bhg 1)

Read more...

Tuesday, March 3, 2009

Kes Buli di Sebuah Sekolah di Dalat, Mukah

*Credits di akhir post ini

Kes buli timbul lagi, kali ni berlaku di sebuah sekolah di negeri bumi kenyalang pula. Pada pendapat saya kes buli ini sukar dibendung sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan sekarang. Kebiasaannya pihak berwajib mula bertindak sekiranya berlaku kes-kes yang menonjol dan dipaparkan di dada-dada akhbar ataupun media lain. Namun apabila, kes tersebut berada dalam fasa selesai, tindakan penguatkuasaan susulan tidak dilakukan dan potensi untuk kes-kes ini berlaku kembali adalah tinggi. Itu pendapat saya la.

Sebab saya dulu masa sekolah suka juga buli orang, suka gaduh-gaduh. Gaduh sampai berdarah, pergi serang sekolah lain. Walaupun saya masa tu pengawas, tapi tetap jahat juga. Dan setelah saya buat analisis rambang, penguatkuasaan tidak dijalankan hatta pada zaman saya sekolah dulu pun. Pihak sekolah mula bertindak sekiranya ada kes yang berbangkit. Mungkin nak jaga nama sekolah kot, sebab sekolah saya dulu sekolah yang popular juga.

Berbalik kepada kes kat Mukah tadi, kes ni heboh sekarang. Bagi saya memang berani puak-puak ni siarkan dalam youtube. Saya pun cuba cari klip ni dalam youtube tapi tak dapat, mungkin dah diremoved. Tapi bagi saya penakut kalau main ramai-ramai belasah sorang yang tak melawan. Saya suka one by one. Sebab bagi saya, kesakitan tu lagi membuatkan saya bersemangat nak bergaduh (saya dulu memang kaki bertumbuk). Masa master ni pun saya pernah bertumbuk sekali. Hehehe...

Sapa-sapa yang duk Sarawak , tahukan Mukah tu kawasan sapa? Korang tolong jawab ek. Saya dah tau.

Klik topik di atas atau "Full Post" di bawah untuk membaca petikan berita mengenai kes ini.

KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak Jumaat lalu.

Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.

Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga mangsa cedera di muka dan badan.

Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.

Mangsa merayu supaya tidak dipukul tetapi tidak diendahkan, sebaliknya mereka secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa.

Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu membabitkan kes curi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Timbalan Superintendan Martin Khoo, mengesahkan menerima laporan kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.

'Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,' katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah, berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.

'Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.

'Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan,' katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah. -- BMM.

sumber ~ Karenahdunia

Read more...

Mat Motor langgar bumper kereta ku

Tengah enak-enak mengelamun sambil membawa kereta tiba tiba DHUM !!!! .... terasa kereta aku bergoyang, rupa-rupanya sorang mat motor berbangsa india melanggar bumper kereta ku dari tepi ... dah tahu jalan sebelah kiri tu sempit pun dia nak cilok jugak .... memang dasar mat rempit... lepas dia langgar aje terus dia memecut laju, mungkin takut kalau-kalau aku marah dekat dia .....

Sampai sahaja di dengkil ada kemalangan jugak berlaku, ia melibatkan Perodua VIVA terbaling masuk dalam semak.

sebelum tu jugak ada la kemalangan yang berlaku di dengkil, mat motor kena langgar ...

Memang kemalangan boleh berlaku di mana mana sahaja, ini kemalangan yang melibatkan Proton kereta kebal dengan motor ... nasib baik mat motor tu meloncat, kalau tak dah duduk bawah Proton kereta kebal nie ... ( Proton kereta kebal = Saga )

Nie berlaku sabtu lalu, nak pergi tengok GENG the movie, sekali Jem giler babas kat subang daripada puchong, rupa-rupanya ada lori antu tersidai tengah jalan ... lori nie langgar Naza ria.

Read more...

Monday, March 2, 2009

Kenapa aku pecat Secretary ku

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. “Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang” Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku “Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun” Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.

Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Aku berkata “Wow!”, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? “Tidak perlu, saya pikir tidak perlu” jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan
tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit..”

“Tentu saja boleh”, sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang……

Read more...

Antu



ada antu .... kat office .....

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP