Thursday, February 26, 2009

Tokoh Pahlawan Yang Di Lupakan

Assalammualaikum,

Sengaja saya membawa berfikir sejenak, merenung kembali relung - relung masa lalu meninjau sumbangan besar tokoh - tokoh besar Alam Melayu yang sering di lupakan orang. Antaranya wali songo. Yang acap kali diperdengarkan adalah kisah kekeramatan sunan kali jaga. Tetapi yang tidak diceritakan bagaimana pahit getir para pendakwah awal di Tanah Jawa mengembangkan Islam. Dengan dihimpit dua buah kerajaan hindu Pajajran dan Ceribon. Siasat politik banyak digunakan pada ketika mengembangkan Islam di Tanah Jawa.

Begitu juga kita amat kurang memberi penekanan kepada sumbangan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Maqasari yang begitu digeruni oleh Belanda atau Holanda. Namanya cukup besar sehingga mempunyai pusara di 3 buah tempat, di Maqasar, Serindib (Sri Langka), dan Cape Town atau Tanjung Harapan, Afrika Selatan.

Bagaimana dengan Tanah Melayu??? Begitu juga dengan nasib Datuk Bahaman yang hanya dikenali kerana memberontak melawan Inggeris kerana cukai pendapatan. Kalaulah kerana itu, betapa rendahnya mertabat beliau kerana hal dunia sanggup mengorbankan begitu banyak nyawa. Sedangkan beliau terkenal juga antara orang yang alim dengan ilmu agama. Buktinya nama Tok Peramu begitu terkenal di Pahang sehinggalah Mat Kilau memberitahu Tok Peramu itulah Tok Bahaman barulah rahsia siapa Tok Peramu terbongkar. Nah, jika dia seorang yang alim mustahil kerana habuan dunia dia dan pahlawan Pahang yang lain bangkit menentang Inggeris.

Begitu juga sumbangan orang - orang Bugis di Tanah Melayu, sejarah seolah - olah terhenti setakat syahidnya Raja Haji Syahid Teluk Ketapang. Sedangakan selepas dari itu sumbangan mereka terus mengalir dengan kelahiran beberapa tokoh yang dilupakan sumbangan sejarahnya. Antaranya Engku Kelang atau Pasak Negeri Selangor, Raja Ali Haji punjangga besar Alam Melayu, dan ramai lagi.

Kalau saya senaraikan nama - nama mereka, nescaya memakan ruang & masa yang banyak. Cukuplah saya katakan, kehebatan mereka setelah dikaji kerana kefahaman mereka terhadap Islam yang mendalam. Mereka faham Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari itu. Lalu mereka memeggangnya dengan kejab. Mereka tahu nilai diri mereka disisi Allah s.w.t. dan tidak rela melihat anak cucunya berada dibawah penjajah yang nyatanya bukan sahaja datang atas sebab faktor ekonomi tetapi juga atas faktor agama dan lainya.

Satu kesan dari sejarah yang tidak dapat di mungkiri bagaimana kesultanan sulu jatuh ketangan Spanyol dan menyebabkan tersebarnya agama kristian di kesultanan sulu. Akibatnya hampir seluruh kesultanan sulu menganut agama kristian -- itulah Filipina sekarang. Jadi dengan adanya penentangan dari anak tempatan terhadap penjajahan dan seluruh ideanya maka survival Islam sebagai satu - satunya agama rasmi di tanah Melayu sekurang - kurangnya melambatkan proses penyebaran agama Kristian di Alam Melayu.

Teringat saya, pada pensyarah saya Prof.Dr.Mohd Kamil Mohd Majid (Akademi Pengajian Islam UM) kehebatan orang Melayu kerana Islam maka apabila tercabut Islam dari citra dan budayanya maka runtuhlah Melayu. Maka aku menyeru kepada kamu sekelian kembalilah kepada fitrah dan citra asalmu iaitu ISLAM. Wallahu'alam.

Sumber ~ SilatMelayu

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP