Thursday, February 26, 2009

Apa salahnya MLM?

Selalu kita dengar

MLM = tipu
MLM = skim cepat kaya
MLM = menindas orang
MLM = macam-macam lagi...

Apa salahnya MLM?
MLM ialah sejenis kaedah pemasaran.

Bisnes tradisional sesebuah syarikat mempunyai produk. Untuk memasarkan produk tersebut mereka melancarkan iklan, mengedarkannya kepada pemborong, pemborong kepada peruncit dan peruncit kepada pengguna. Setiap kali produk ini dipindahkan dari kilang ke pemborong, ke peruncit dan pengguna kos akan dinaikkan menyebabkan harga menjadi lebih mahal dan itulah cara mereka mendapat keuntungan. Jangan lupa syarikat pun terpaksa membayar media untuk pengiklanan.

MLM juga bisnes. Syarikat mempunyai produk. Produk ini dipasarkan melalui mulut ke mulut. Mereka yang membantu syarikat memperkenalkan produk berkenaan akan diberikan komisyen atas usaha mereka.

Nampak bezanya?

Produk - kaedah pemasaran (tradisional@MLM) - jualan

Ya! bezanya kaedah pemasaran. itu sahaja. Ia tetap bisnes.

Apa itu scam?

Scam itu ambil duit orang. Tiada produk diberikan.

Satu perkara lagi ramai yang kata produk MLM terlalu mahal. Baiklah, sekarang ambil cecair cuci pinggan misalnya. Harga di pasaran lebih murah berbanding harga di syarikat MLM. Kenapa?

Ketahuilah bahawa produk MLM dilindungi oleh insuran. Sesiapa yang mendapat kesan tidak baik kerana penggunaan produk boleh menuntut pampasan. Adakah syarikat MLM akan membenarkan ini. Sudah tentu tidak. Kita pun tidak mahu nama kita tercemar. Inikan pula syarikat besar dan mempunyai nama. Oleh sebab itu untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, syarikat MLM mengambil produk yang mempunyai kajian klinikal dan kesan alam sekitar yang ketat. Kos untuk menghasilkan produk sebegini bukannya murah. Oleh sebab itulah anda dapati produk MLM agak mahal.

Sebagai contoh, berbalik kita kepada cecair pencuci pinggan tadi. Yang dijual oleh syarikat MLM biasanya tidak mempunyai kesan kepada kulit, tidak berbahaya jika termakan oleh kanak-kanak, mudah terurai dalam alam semulajadi dan tidak menyebabkan pencemaran. Selain itu bahan buatannya biasanya daripada tumbuhan.

Adakah cecair cucian yang dijual di pasaran biasa mempunyai prestasi yang sama? Sudah tentu tidak. Mengikut kajian oleh pusat sains negara, setiap hari 6 juta liter bahan sentetik dibuang ke dalam sungai berasal daripada cecair atau serbuk cucian.

Harap penjelasan ini dapat menghindarkan kita bercakap yang bukan-bukan tentang MLM.

Layanlah MLM seperti juga kita melayan internet marketing yang dibangga-banggakan.
Layanlah MLM seperti pertanian yang diawar-warkan.
Layanlah MLM seperti juga francais yang dikatakan memberikan peluang keuntungan yang besar.
Layanlah MLM seperti apa juga perniagaan yang halal di alam semesta ini.

Biarlah forum ini tempat kita berbincang bagaimana caranya membuat MLM dengan betul.

Biarlah forum ini tempat kita mendapatkan nasihat yang betul.

Jangan jadikan forum ini tempat memburukkan lagi industri MLM yang telah mengubah hidup ramai manusia di dalam dunia ini.

Di Malaysia 35% jutawan adalah daripada MLM.

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP