Saturday, February 28, 2009

GENG .... Upin & Ipin

Peras betul hari nie, tak dapat tengok GENG the movie, mula mula pergi Alamanda putrajaya ... makkkkk aiiiiii ramai orang sampai tak ada parking kereta ..... lepas tu bincang dengan orang umah sama ada nak balik atau pergi the mines pulak ... lepas bincang maka pergilah the mines .... pergi the mines pun sama macam alamanda ... ramai orang dan sampai tempat letak kereta pun tak ada ..... peras lagiiiiiiiiiii ......

lepas tu aku guna maxis easy check USJ summit pulak, ada tayangan dalam pukul 4:45pm ... tanpa melengahkan masa pergilah ke USJ summit .... tanpa melengahkan masa aku pergilah ke tingkat atas sekali ... sampai sampai ke GSC cinema ... sekali ticket habis ... aduhhhhh perassssss giler ........

Read more...

Thursday, February 26, 2009

Semangat Keris


Keris,
Pamormu beralun indah
Melakar cerita suatu lumrah sejarah
Sebuah tamadun bangsa nan bertuah
Sebagai pena pejuang pertahan maruah
Tintanya merah……… darah
Musuh durjana yang rebah
Diganyang pahlawan Jundullah
Bangkit berjuang semuanya sudah

Keris,
Teman setianya si pendekar pasrah
Berjuang bertahan biarpun susah
Harapnya dia mutlak pada Ilahi
Utuh dirinya memegang Sunnah Nabi
Musuh menikam…. ditujah……. parah
Dengan Iman mara melangkah gagah
Besi baja bukan tandingan
Iman Taqwa inspirasi dan kekuatan

Keris,
Acapkali berdirimu disalah erti
Hakikat engkau tidak kaku berdiri
Tegakmu itu rahmat Ilahi
Biarlah pendekar sebenar tunaikan hakmu
Ambillah engkau yang kepingin berkat al-‘Adbu
Serulah sekalian pemilikmu agar ber”Ilmu”
Rentap mereka dari diulit khayalan
Agar kembali sinarnya keIslaman

sumber ~ Silatmelayu

Read more...

Tokoh Pahlawan Yang Di Lupakan

Assalammualaikum,

Sengaja saya membawa berfikir sejenak, merenung kembali relung - relung masa lalu meninjau sumbangan besar tokoh - tokoh besar Alam Melayu yang sering di lupakan orang. Antaranya wali songo. Yang acap kali diperdengarkan adalah kisah kekeramatan sunan kali jaga. Tetapi yang tidak diceritakan bagaimana pahit getir para pendakwah awal di Tanah Jawa mengembangkan Islam. Dengan dihimpit dua buah kerajaan hindu Pajajran dan Ceribon. Siasat politik banyak digunakan pada ketika mengembangkan Islam di Tanah Jawa.

Begitu juga kita amat kurang memberi penekanan kepada sumbangan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Maqasari yang begitu digeruni oleh Belanda atau Holanda. Namanya cukup besar sehingga mempunyai pusara di 3 buah tempat, di Maqasar, Serindib (Sri Langka), dan Cape Town atau Tanjung Harapan, Afrika Selatan.

Bagaimana dengan Tanah Melayu??? Begitu juga dengan nasib Datuk Bahaman yang hanya dikenali kerana memberontak melawan Inggeris kerana cukai pendapatan. Kalaulah kerana itu, betapa rendahnya mertabat beliau kerana hal dunia sanggup mengorbankan begitu banyak nyawa. Sedangkan beliau terkenal juga antara orang yang alim dengan ilmu agama. Buktinya nama Tok Peramu begitu terkenal di Pahang sehinggalah Mat Kilau memberitahu Tok Peramu itulah Tok Bahaman barulah rahsia siapa Tok Peramu terbongkar. Nah, jika dia seorang yang alim mustahil kerana habuan dunia dia dan pahlawan Pahang yang lain bangkit menentang Inggeris.

Begitu juga sumbangan orang - orang Bugis di Tanah Melayu, sejarah seolah - olah terhenti setakat syahidnya Raja Haji Syahid Teluk Ketapang. Sedangakan selepas dari itu sumbangan mereka terus mengalir dengan kelahiran beberapa tokoh yang dilupakan sumbangan sejarahnya. Antaranya Engku Kelang atau Pasak Negeri Selangor, Raja Ali Haji punjangga besar Alam Melayu, dan ramai lagi.

Kalau saya senaraikan nama - nama mereka, nescaya memakan ruang & masa yang banyak. Cukuplah saya katakan, kehebatan mereka setelah dikaji kerana kefahaman mereka terhadap Islam yang mendalam. Mereka faham Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari itu. Lalu mereka memeggangnya dengan kejab. Mereka tahu nilai diri mereka disisi Allah s.w.t. dan tidak rela melihat anak cucunya berada dibawah penjajah yang nyatanya bukan sahaja datang atas sebab faktor ekonomi tetapi juga atas faktor agama dan lainya.

Satu kesan dari sejarah yang tidak dapat di mungkiri bagaimana kesultanan sulu jatuh ketangan Spanyol dan menyebabkan tersebarnya agama kristian di kesultanan sulu. Akibatnya hampir seluruh kesultanan sulu menganut agama kristian -- itulah Filipina sekarang. Jadi dengan adanya penentangan dari anak tempatan terhadap penjajahan dan seluruh ideanya maka survival Islam sebagai satu - satunya agama rasmi di tanah Melayu sekurang - kurangnya melambatkan proses penyebaran agama Kristian di Alam Melayu.

Teringat saya, pada pensyarah saya Prof.Dr.Mohd Kamil Mohd Majid (Akademi Pengajian Islam UM) kehebatan orang Melayu kerana Islam maka apabila tercabut Islam dari citra dan budayanya maka runtuhlah Melayu. Maka aku menyeru kepada kamu sekelian kembalilah kepada fitrah dan citra asalmu iaitu ISLAM. Wallahu'alam.

Sumber ~ SilatMelayu

Read more...

Training Training Training




Dua hari lepas pergi lagi training di kota permai, training kali ini lebih mencabar daripada sebelum ini, tapi seronok gelak sampai nak pecah perut ....

Read more...

Apa salahnya MLM?

Selalu kita dengar

MLM = tipu
MLM = skim cepat kaya
MLM = menindas orang
MLM = macam-macam lagi...

Apa salahnya MLM?
MLM ialah sejenis kaedah pemasaran.

Bisnes tradisional sesebuah syarikat mempunyai produk. Untuk memasarkan produk tersebut mereka melancarkan iklan, mengedarkannya kepada pemborong, pemborong kepada peruncit dan peruncit kepada pengguna. Setiap kali produk ini dipindahkan dari kilang ke pemborong, ke peruncit dan pengguna kos akan dinaikkan menyebabkan harga menjadi lebih mahal dan itulah cara mereka mendapat keuntungan. Jangan lupa syarikat pun terpaksa membayar media untuk pengiklanan.

MLM juga bisnes. Syarikat mempunyai produk. Produk ini dipasarkan melalui mulut ke mulut. Mereka yang membantu syarikat memperkenalkan produk berkenaan akan diberikan komisyen atas usaha mereka.

Nampak bezanya?

Produk - kaedah pemasaran (tradisional@MLM) - jualan

Ya! bezanya kaedah pemasaran. itu sahaja. Ia tetap bisnes.

Apa itu scam?

Scam itu ambil duit orang. Tiada produk diberikan.

Satu perkara lagi ramai yang kata produk MLM terlalu mahal. Baiklah, sekarang ambil cecair cuci pinggan misalnya. Harga di pasaran lebih murah berbanding harga di syarikat MLM. Kenapa?

Ketahuilah bahawa produk MLM dilindungi oleh insuran. Sesiapa yang mendapat kesan tidak baik kerana penggunaan produk boleh menuntut pampasan. Adakah syarikat MLM akan membenarkan ini. Sudah tentu tidak. Kita pun tidak mahu nama kita tercemar. Inikan pula syarikat besar dan mempunyai nama. Oleh sebab itu untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, syarikat MLM mengambil produk yang mempunyai kajian klinikal dan kesan alam sekitar yang ketat. Kos untuk menghasilkan produk sebegini bukannya murah. Oleh sebab itulah anda dapati produk MLM agak mahal.

Sebagai contoh, berbalik kita kepada cecair pencuci pinggan tadi. Yang dijual oleh syarikat MLM biasanya tidak mempunyai kesan kepada kulit, tidak berbahaya jika termakan oleh kanak-kanak, mudah terurai dalam alam semulajadi dan tidak menyebabkan pencemaran. Selain itu bahan buatannya biasanya daripada tumbuhan.

Adakah cecair cucian yang dijual di pasaran biasa mempunyai prestasi yang sama? Sudah tentu tidak. Mengikut kajian oleh pusat sains negara, setiap hari 6 juta liter bahan sentetik dibuang ke dalam sungai berasal daripada cecair atau serbuk cucian.

Harap penjelasan ini dapat menghindarkan kita bercakap yang bukan-bukan tentang MLM.

Layanlah MLM seperti juga kita melayan internet marketing yang dibangga-banggakan.
Layanlah MLM seperti pertanian yang diawar-warkan.
Layanlah MLM seperti juga francais yang dikatakan memberikan peluang keuntungan yang besar.
Layanlah MLM seperti apa juga perniagaan yang halal di alam semesta ini.

Biarlah forum ini tempat kita berbincang bagaimana caranya membuat MLM dengan betul.

Biarlah forum ini tempat kita mendapatkan nasihat yang betul.

Jangan jadikan forum ini tempat memburukkan lagi industri MLM yang telah mengubah hidup ramai manusia di dalam dunia ini.

Di Malaysia 35% jutawan adalah daripada MLM.

Read more...

How To Choose The Best MLM Business


By Laurence Dos Santos

Multi-level marketing is the principle of supplying goods produced by an organization directly to the consumer and is also called as Network Selling, Network Marketing or MLM. The seller get channelised the more profits margins by creating the largest network.

A system for selling goods or services through a network of distributors is known as Multilevel Marketing, or MLM. Depending upon the selling products, you can earn some compensation. And the compensation is commission based. This is the trend now where the earnings are limitless through MLM business.

Multilevel Marketing program works through recruitment. You are invited to become a distributor, sometimes through another distributor of the Multilevel Marketing Company’s products and sometimes through a generally advertised meeting.

By receiving a portion of the income these distributors generate and choose to become a distributor with the Multilevel Marketing Company, you’ll earn money both through the sales of the MLM’s products and through recruiting other distributors.

The distributor that originally recruited you is called your Upline. Often he or she will give you some help getting started, including training. Downline is referred to the distributors that you sign up with your Multilevel Marketing plan.

To become a part of Multilevel Marketing Company, you need to investigate the opportunity thoroughly, just as you would with any other proposed business venture. Illegal Multilevel Marketing plans are created equal, and some may not be MLM at all, but pyramid schemes MLM plans should not contravene the Competition Act only then are legal.

The multi-level marketing organizations with greater incentives for recruitment than product sales are to be viewed skeptically is advised by The FTC. The FTC also warns that the practice of getting commissions from recruiting new members is outlawed in most states as “pyramiding”. One of the issues is the FTC has a hard time regulating the entire Internet. That’s why people will find scams stay on the Internet for several months if not years after they have been caught and exposed. In April 2006, it proposed a Business Opportunity Rule intended to require all sellers of business opportunities which is including MLM’s and to provide enough information to enable prospective buyers to make an informed decision about their probability of earning money. The MLM industry is full of opportunities, so make your choice wisely.
About the Author: Laurence Dos Santos, an Internet marketer helps to build a successful business career through MLM business.

Read more...

Monday, February 23, 2009

Al-Fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa Seorang ahli Gerak Ilham Malaysia iaitu Saudara Enal telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, 15hb Februari 2009 . Dengan ini, marilah kita bersama-sama seikhlas hati membaca surah AL-FATIHAH dan berdoa kepada Allah agar disampaikan pahala bacaan surah Al-Fatihah ini kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Read more...

Wednesday, February 18, 2009

HUJAH TV9: analisa dan komen

KJ kata : Pemuda UMNO. MIC MCA xde prisnsip yg sama.. kalu dia jdk ketua dia nk sama kan prinsip diaorg..

Prof Agus balas balik... Bukankan UMNO yg beriya2 kata Pakatan Rakyat yg tido sebantal tp mimpi lain2... tp skrg terbalik pulak...

terkebil2 si Kj tu nk jawab balik...

hahahahah....

Read more...

Monday, February 16, 2009

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.[Read More]

Read more...

Sunday, February 15, 2009

Sakit Pinggang ? Pencegahan dan Pengobatannya.

Rata-rata hampir sekitar 80 % orang dewasa menderita sakit pinggang ( Low Back Pain ). Apa penyebabnya ? ternyata sebagian besar disebabkan oleh karena penggunaan tulang punggung yang tidak benar. Biasanya rasa sakit ini terasa sekali pada waktu bangun tidur di pagi hari atau setelah duduk/berdiri terlalu lama,bisa juga setelah batuk/bersin terus menerus. Sakit ini akan berkurang bila dipakai istirahat atau merebahkan tubuh. Bagaimana pencegahannya? Perhatikan berbagai posisi yang benar pada saat :
Duduk.
Bila duduk gunakan kursi yang keras dan letakkan tulang belakang anda secara lurus pada sandaran kursi. Usahakan salah satu atau kedua lutut anda lebih tinggi daripada pinggul anda.
Tidur.
Bila tidur gunakan kasur yang tidak terlalu empuk (agak keras). Jangan tidur dalam posisi tertelungkup. Jika posisi tidur anda miring,bengkokkan kaki anda pada bagian lutut dan pinggul.
Berdiri.
Berdirilah dengan bagian bawah belakang anda lurus. Jika berdiri untuk waktu yang lama gunakan sandaran kaki, jangan memakai sepatu yang datar.

Setir Mobil.
Gunakan kursi yang keras. Duduklah pada posisi yang baik dan jarak yang cukup sehingga kaki anda dapat mencapai pedal dengan mudah.
Cara Mengangkat.
Tekuk pinggul dan lutut belakang anda. Usahakan barang yang diangkat dekat dengan anda. Jangan mengangkat barang yang berat diatas pinggang anda.
Olah Raga.
Berolah ragalah secara teratur,setelah sembuh dari sakit pinggang supaya otot tidak kaku tetapi lakukan pemanasan dan lemaskan sebelum melakukan latiha yang berat.

Bila sakit/nyeri datang anda dapat meminum obat pereda nyeri golongan NSAIDs (Piroxicam 20 mg minum 2 x sehari atau Ibuprofen 200 mg minum 3 xsehari) - minum obat ini harus sesudah makan dan lakukan istirahat secukupnya. Berdasarkan fakta diantara semua penderita Low Back Pain ini hanya 5% yang memerlukan tindakan operasi. Bila nyeri tidak mereda setelah minum obat dan istirahat cukup,harap segera memeriksakan diri ke dokter anda.

sumber ~ kolomkesehatan

Read more...

Thursday, February 12, 2009

Matg Sudah Join StevenTeaGarden (MLM)

Ingatkan Matg tak berminat dengan Business MLM, rupa-rupanya dia dah join StevenTeaGarden (STG). Siapa yang jadi ahli STG akan mendapat RM 300 untuk makan-makan di STG. Selain daripada itu dapat jugak RM 100 jika dapat downline sebanyak dua orang (terima kasih dekat nikmasrun).... Di Office dah ramai join STG... Matg yang aku sangkakan tidak berminat dan negative terhadap MLM dah join MLM ... huhuhuhu .....

Hari nie Matg ajak makan dekat STG Sunway Piramid, kalau orang ajak makan free apa tunggu lain ... peluang jangan dilepaskan. Aku, Giant, Tokey Hai-o Mat joseph & wadi dapat makan free hari ni ,,, Matg demo kalau baca nie kawe nak ucapkan terima kasih.



Rupa tough tapi minum air strawberry ... lepas tu minat PINK ....

Nielah dia Steven Tea Garden di Sunway piramid...

Matg tengah bayar ... alhamdulilah dapat makan free ...

Masa nak balik tu jumpa iklan nie,,,, wow very sexy ....

Ladies nite pun ada .... wow .....

Read more...

Tanda-tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”

Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq” Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata.”

sumber - sabahdaily

Read more...

Wednesday, February 11, 2009

PETUA DAN TIPS KEJAYAAN MLM

PETUA DAN TIPS KEJAYAAN AMATLAH MUDAH.

1. KEPUTUSAN
2. BELAJAR
3. LAKSANA

UNTUK BERJAYA DI DALAM MLM, ANDA KENA PILIH SYARIKAT YG BETUL2 KUKUH, YG PASTI
SEKIRANYA SYARIKAT INI MELIBATKAN INTERNET, KENAL PASTI SIAPA DI SEBALIK
REKACIPTA INTERNET SYARIKAT. ANDA KENA LIHAT LATAR BELAKANG SYARIKAT YG ANDA
JOIN ITU DAN SYARIKAT YANG CREATE [EMAIL PROTECTED] UTK SYARIKAT YG ANDA JOIN
ITU. SEKIRANYA PERKARA INI ANDA BUAT SAMBIL LEWA, ANDA TUNGGU SAHAJA NANTI,
RANGKAIAN YANG ANDA BINA BESAR ITU ADA, TETAPI COMPANY TIADA. BAGAIMANA?

KEMUDIAN, ANDA PERLU LIHAT SEKIRANYA ANDA JOIN COMPANY TSB, BAGAIMANAKAN ANDA
INGIN MELAHIRKAN MINAT KEPADA PROSPEK ANDA. ADAKAH IANYA SESUAI UTK SETIAP
GOLONGAN. YANG PASTI, CARILAH UNTUK SEMUA GOLONGAN BOLEH TERLIBAT TIDAK KIRA
SAMADA TUA @ MUDA BOLEH TERLIBAT.

CARILAH ORANG YANG BOLEH MEMBIMBING ANDA. UPLINE TIDAK SEMESTINYA LEADER, HARUS
DIINGAT SEKIRANYA ANDA JOIN GROUP YANG TIDAK DAPAT MEMBIMBING ANDA, ANDA JUGA
TERMASUK DALAM KATEGORI GAGAL. SEBENARNYA ANDA BUKAN GAGAL.

NAK TAHU KENAPA ORG GAGAL DALAM MLM ?
ORANG JOIN MLM SEBAB : -
1) CUBA-CUBA
2) AMBIL HATI (KAWAN/SAUDARA/SIAPA2)
2) MENYAMPAH
4) DIPAKSA JOIN
5) JOIN GROUP YANG GELAP (GROUP YANG TIDAK DAPAT MEMBIMBING ANDA)
6) SALAH FAHAM

NAK BERJAYA? MUDAH. MEMANG 100% MUDAH.
1. KEPUTUSAN KENA KUKUH
2. BELAJAR - LUANGKAN MASA 2-3 JAM SEHARI UNTUK BELAJAR. SELEPAS 4-6 BULAN ANDA
BOLEH JADI PANDAI DALAM BIDANG INI. WALAUPUN SEKIRANYA SEKARANG ANDA JOIN
COMPANY YG TIDAK KUKUH (SYARIKAT YANG SALAH), TETAPI PERCAYALAH, INSYAALLAH
ANDA BOLEH BANGUN BALIK DALAM COMPANY MANA SEKALIPUN SELEPAS INI, ( SEKIRANYA
ANDA ADA ILMU DI DALAM BIDANG MLM). BIDANG MLM NI MEMANG TERSANGATLAH MUDAH.
ANDA SEBENARNYA MEMANG BOLEH BUAT, KALAU TAK PERCAYA, ANDA TANYA DIRI ANDA
SENDIRI. ILMU DI DALAM MLM, ANDA KENA BELAJAR. OK.

Read more...

Rahsia Kejayaan Kekal Dalam MLM

Ramai juga di antara usahawan MLM yang menempuh berbagai cabaran dan tak kurang juga yang masuk keluar samada MLM yang sama atau syarikat yang lain/baru.
Untuk pengetahuan anda, salah satu rahsia kejayaan yang kekal adalah DUPLIKASI. Sekiranya kita dapat menduplikasi 100% kaedah pengamalan MLM seperti :-
1.Menjadi pengguna setia 100%;
2.Mengembangkan kumpulan kepada pengguna 100% yang baru;
3.Memastikan aliran produk secara berterusan dan
4.Memastikan sistem kitarannya sentiasa lengkap.
Dengan 4 keadaan di atas, maka kejayaan kita adalah sentiasa meningkat dan ianya akan sentiasa kekal dan berkembang. Untuk mencapai tahap tertinggi, kita haruslah sentiasa tekun, sabar dan ikhlas dalam segala gerak kerja sebagai usahawan MLM.

Read more...

10 Tip Menceburi MLM

Salam sejahtera untuk semua. Hari ni saya nak kongsikan tip kalau anda nak join perniagaan MLM ( Multi Level Marketing). Ni satu lagi lubuk cari duit . Di Malaysia saja banyak yang dah jadi jutawan senyap dengan cebur dalam MLM ni.

Saya pernah menjadi pengurus beberapa syarikat MLM di Malaysia ni. Tapi bila Pasaran Saham meletup pada tahun 1993, saya mula menghala kesana (jadi remisier). Eh! kesana pulak.

Ok! lah, kalau anda nak betul-betul berjaya dalam MLM renunglah betul-betul tip dibawah:-

  1. Anda kenalah faham betul maksud MLM yang macam bos lama saya bagi tau. Katanya MLM tu bagi kami maksud nya Meniaga Larut Malam. Biasanya kelas bimbingan di waktu malam. Jadi kena bersedia keluar malam untuk belajar.
  2. Pastikan syarikat yang anda ceburi tu kukuh. Maksudnya tak lah masuk hari ni, lepas satu tahun je syarikat dah tutup.
  3. Syarikat yang sah - Ada lesen dari kerajaan dan semua Kementerian dan badan Kerajaan yang berkaitan.
  4. Pastikan Leader anda mereka yang benar-benar berjaya. Kalau syarikat baru, tanya kejayaan nya sebelum tu.
  5. Pastikan produk yang hendak anda jual tu betul-betul diperlukan oleh masyarakat atau beri faedah luarbiasa.
  6. Pelan pemasaran dan cara pengagihan komisyen kena faham bebetul. Taklah untungkan syarikat je. Mestilah untungkan anda jangka pendek mau pun jangka panjang.
  7. Fakor diri anda -Tanya diri anda sendiri, boleh buat ke? Sanggup belajar ke? Ada daya tahan melayan kerenah pelanggan ke? Dan macam-macam lagi jenis kesangupan anda menempuh dugaan niaga tu sendiri.
  8. Pastikan anda mampu dari segi kewangan, kalau perlukan modal.
  9. Anda bukan saja jual prodak tapi anda juga jual keterampilan diri. Kekadang orang beli barang bukan saja kerana produk yang anda bawak- tapi cara keterampilan anda mempersembahkan nya.
  10. FOKUS. Anda kena fokus (beri penuh tumpuan) dengan apa yang anda buat.

Selamat mencuba.

sumber ~ nakcariduit

Read more...

Friday, February 6, 2009

Attitude and breakthrough performance

Aku bagi 5 star pada En.Rosli ... Memang tidak rugi mengikuti krusus di kota pemai kota kemuning. Krusus ini berkenaan dengan attitude dan breakthrought performance. Melalui krusus ini aku belajar bagaimana nak melebarkan lagi comfort zone. Krusus ini jugak berguna buat aku untuk memperkembangkan lagi usaha aku untuk berjaya dalam kerja dan "MLM" yang sedang aku buat sekarang.


Hari pertama dah kena berdiri depan orang ramai lepas tu kena buat presentation depan member member yang hadir dalam krusus ini. Bagi aku dah biasa dah .. maklumlah dah 12 tahun kerja dengan proton. Hari tu En.Rosli mengajar teknik 3P ... aku ingat teknik apalah nie
tapi bagus jugak teknik 3P nie ....

tu cuba tengok kumpulan sana, sorang sorang kena bercerita kat depan,,, krusus nie tak boleh engkau aku, semua orang pasti kena,,, daripada sinilah kita akan lihat di mana comfort zone kita.

kak ros dengan penuh semangat bercerita tentang kisah hidupnya ... lepas tu kena ambil nilai nilai positif daripada cerita beliau ... huhuhuhu

Pak Hashim pun boleh tahan .... dia cerita pasal kena reging dengan cikgu sekolah ...

Melalui krusus ini, aku diajar mengunakan konsep GEM 1 & GEM II, nak mengunakan konsep ini kena tahu PEGGING teknik .... huhuhuhuh

contohnyalah .... I see sunset with snail logo on it, maknanya dont criticism and condemn other people idea....

dia ada 20 teknik pegging ... masak nak ingat ....

Read more...

Sunday, February 1, 2009

I see SILAT


Nampaknya Pelatih-pelatih silat sudah nampak kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu Silat gerak ilham, sebagai orang mengajar mereka saya berasa sangat bangga. semoga mereka boleh menjadi pendekar-pendekar Melayu ...

untuk meminati silat, darah pendekar perlu ada mengalir di dalam tubuh badan ... saya berasa kecewa melihat anak-anak muda sekarang lebih mementing hiburan daripada memelihara tinggalan datuk moyang kita, salah satunya ialah SILAT ....

Read more...

Penduduk gempar dengan penemuan 'pocong'


PENDUDUK kampung cuba membuka kain putih yang membalut salah satu ‘pocong’ dekat Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor kelmarin.
______________________________________________________________________



KOTA TINGGI - Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai 'pocong' terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan 'melanggar' paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

"Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

"Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat 'pocong' pertama ditemui."

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.



p/s : ingatkan dekat office je ada pocong

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP