Siti Hasmah turut keluar Umno
Malaysiakini.Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali - yang bernombor keahlian '2' dalam Umno - menurut jejak langkah suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari parti itu.
Pengumuman itu dibuat dalam lamanweb Dr Mahathir - www.chedet.com - pada jam 10.11 malam tadi.
Semalam, Dr Mahathir - ahli Umno seumur hidup dan bernombor keahlian 1 - mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam lamanweb tersebut, mantan perdana menteri berkata "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan."
Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Abdullah yang juga presiden Umno dan perdana menteri, meletak jawatan.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.
Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.
Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.
0 comments:
Post a Comment