Baby
Alhamdulilah, syukur pada Allah Taala pada hari ahad 25 May 2008 jam 02.30pm isteri ku selamat melahirkan anak yang ketiga ... Alhamdulilah dapat baby boy seberat 2.97kg. Nampaknya dalam masa 2/3 hari nie kenalah botakkan kepala.
Alhamdulilah, syukur pada Allah Taala pada hari ahad 25 May 2008 jam 02.30pm isteri ku selamat melahirkan anak yang ketiga ... Alhamdulilah dapat baby boy seberat 2.97kg. Nampaknya dalam masa 2/3 hari nie kenalah botakkan kepala.
Minggu nie tak banyak benda yang di buat, rutin seperti biasa ... pagi bangun, mandi, solat dan lepas tu pergi kerja sampailah ke petang .... aktiviti di tempat kerja macam biasa
Malaysiakini.Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali - yang bernombor keahlian '2' dalam Umno - menurut jejak langkah suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari parti itu.
Pengumuman itu dibuat dalam lamanweb Dr Mahathir - www.chedet.com - pada jam 10.11 malam tadi.
Semalam, Dr Mahathir - ahli Umno seumur hidup dan bernombor keahlian 1 - mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam lamanweb tersebut, mantan perdana menteri berkata "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan."
Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Abdullah yang juga presiden Umno dan perdana menteri, meletak jawatan.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.
Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.
Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.
Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta
Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.
Competing in Asian Touring Car Super 1500 Max Championship
The Proton Axle Racing Team is currently preparing hard for the Asian Touring Car Super 1500 Max Championship this weekend. They will race for the Qualifying race on Saturday 17 May 2008 and will go for two rounds of races on Sunday, 18 May 2008, at sepang international circuit.
Proton Holding Berhad is proud to announce that its Proton Satria NEO 1.6 will
be competing in the Asian Touring Car Super 1500 Max Championship this sunday
at the Sepang International Circuit
Di media perdana, masing-masing menunjukkan kecaman terhadap Karpal Singh berkenaan menghina intistusi Raja di Malaysia .Malah ada yang mencadangkan akta ISA dikenakan terhadap Karpal.
Saya bukannya nak membela Karpal, secara peribadi walaupun saya penyokong PR tapi dengan Karpal ni memang geram juga bila dia membantah secara terang mengenai Negara Islam.
Tapi jika dilihat isu DERHAKA ni secara keseluruhan.Kenapa isu istana Trengganu dulu media perdana tidak mengatakan Idris Jusoh derhaka ?
Dan juga lupakah media perdana terhadap gambar di bawah? Apa cerita ni? Kenapa senyap je ? Dah tutup ke kes ni? Tau ke siapa punya angkara? Dah kena ISA ke? Mana dia pemimpin yang Melayu la sangat tu...?
Tak semua Melayu mudah lupa...
kerisnagasostro - Aku memang setuju apa yang dikatakan oleh rakan bloggers saya ini.
Utusan – Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan kerajaan mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen minggu lalu.
Razali Ibrahim (BN-Muar) yang menyambung perbahasan usul terima kasih atas titah diraja berkata, tindakan Karpal mempersoalkan siapa yang menulis titah Seri Paduka itu boleh dilihat sebagai satu bentuk penderhakaan.
“Bagi saya, perkara ini perlu diperbahaskan tetapi bukan semasa saya membahaskan usul titah diraja, kerana saya sudah terlepas untuk membawa usul itu serta-merta ketika perkara itu berlaku.
“Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(8) iaitu jika ingin membicarakan soal perlakuan Yang di-Pertuan Agong dan ini termasuk (membincangkan) titah, Yang Berhormat Bukit Gelugor kena buat usul. Tetapi beliau tidak berbuat demikian dan ini sendiri telah melanggar peraturan.
“Saya harap kerajaan bawa satu usul untuk ahli Parlimen membahaskan tindakan Bukit Gelugor dan kita buat keputusan dan kalau perlu rujuk (Karpal) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.
Istilah ‘derhaka’ yang digunakan Razali dalam perbahasannya, bagaimanapun, mengundang bantahan kalangan anggota pembangkang termasuk Karpal yang meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu.
Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata, soal kesetiaan kepada raja dan negara tidak wajar dipertikaikan apatah lagi masing-masing sudah mengikrarkannya semasa mengangkat sumpah taat setia dan menyanyikan lagu Negaraku.
Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) pula menempelak Po Kuan dengan menegaskan sekadar mengangkat sumpah taat setia dan menyanyikan lagu Negaraku tidak cukup untuk menunjukkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Ia perlu juga ditunjuk melalui perlakuan kita. Sebab itu kadang-kadang bila ada sahabat kita di sebelah sana (pembangkang) bercakap berkobar-kobar, ada yang berpendapat (ia) tidak taat dan derhaka,” katanya.
Po Kuan sebelum itu turut meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar menarik balik kenyataannya yang disifatkan tidak mencerminkan bangsa Malaysia.
“Tadi dalam keputusan Datuk Timbalan Yang Dipertua kata, satu penghormatan bagi orang Melayu bila bercakap pasal perkara berkaitan raja, Saya pohon tarik balik sebab kita semua taat kepada raja,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan menarik balik kenyataannya yang dibuat semasa membuat keputusan berhubung Peraturan Mesyuarat meminta supaya Razali menarik balik kenyataan mengatakan Karpal menderhaka.
“Bagi orang Melayu, penghormatan kepada raja dan sultan amat penting. Dalam hal ini sesiapa yang sentuh soal sultan atau raja dianggap tidak taat kepada sultan,” kata Wan Junaidi.
Karpal sebelum itu meminta Wan Junaidi bertindak terhadap Razali kerana mengatakan beliau ‘mengkhianati’ raja semata-mata kerana beliau ingin tahu siapakah yang sebenarnya menulis titah Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, yang merujuk kepada perkataan treason dalam Peraturan Mesyuarat 36 versi Bahasa Inggeris berkata, seseorang wakil rakyat tidak boleh menggunakan perkataan itu terhadap anggota Dewan yang lain.
Namun, Razali mempertahankan hujahnya dengan berkata beliau tidak pernah menuduh Karpal khianat atau menderhaka.
Katanya: “Kalau di mahkamah, kita pertikaikan keputusan mahkamah kita dianggap menghina mahkamah... di dalam Dewan saya kata kalau kita pertikaikan, kita boleh panggil derhaka, saya bukan tuduh.”
Kata-kata Razali disokong Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang bangun mencelah. Katanya, isu sebenar berpunca daripada salah tafsir dan tidak faham Bahasa Malaysia oleh pembangkang, selain tidak memahami adat orang Melayu.
Turut bangun membuat penjelasan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili yang berkata, isu siapa yang menyediakan titah Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan persidangan Parlimen minggu lepas tidak patut dibangkitkan.
Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, penyediaan titah itu telah melalui beberapa proses tapisan sebelum akhirnya dijadikan titah diraja.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudian menghentikan perbincangan mengenai isu derhaka dan titah itu dengan menyatakan bahawa adalah wajar bagi pihak kerajaan membuat usul berhubung kenyataan Karpal yang mempertikaikan titah diraja.
SEORANG ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam mencadangkan kerajaan mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen minggu lalu.
Razali Ibrahim (BN-Muar) yang menyambung perbahasan usul terima kasih atas titah diraja berkata, tindakan Karpal mempersoalkan siapa yang menulis titah Seri Paduka itu boleh dilihat sebagai satu bentuk penderhakaan.
“Saya harap kerajaan bawa satu usul untuk ahli Parlimen membahaskan tindakan Bukit Gelugor dan kita buat keputusan dan kalau perlu rujuk (Karpal) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.
Kerisnagasostro - kebanyakan orang tiada nampak keaiban diri sendiri. Dia boleh nampak debu yang kecil di mata orang lain, tetapi pohon di hadapan mata sendiri tiada dilihatnya.
Mak mertua ku memang tua sikit umurnya. Selalu kalau tonton TV, dia pasti akan bertanya. Kekadang, satu satu cerita aku tak faham jalan ceritanya kerana asyik jawab soalan Tapi aku bangga jadi menantu yang ambil berat tentang mertua. Menantu Contoh lah kononnya.
Entah macamana, pada hari persidangan parlimen tempoh hari, kami tonton TV bersama dan dia perasan satu perkara yang pelik. Lain dari yang lain..... Apa katanya?
Mak mertua - "Siapa pulak yang pakai tudung ramai ramai di belakang tu?"Baru aku perasan bahawa tahun ini ramai isteri MP yang dibawa ke Parlimen, bertudung....Kenapa ye? Cuba jawab soalan cepumas ni?
Aku - "Tak perasan mak, mungkin tetamu kot?"
Mak mertua - "Ramai sangat tu, bukan main lagi. Dulu dulu tak der."
Check Page Rank of any web site pages instantly: |
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP