Friday, February 12, 2010

Kenapa Valentine haram disambut

Kepada pasangan kekasih,suami isteri Islam, sebab apa Ulama mengharamkan perayaan Valentine Day. Nak nbagi bunga,kad, ucapan i love you hari-hari pun boleh buat bukannya menunggu 14 Feb. Ini adalah kerana asal-usul perayaan valentine day adalah perayaan orang Kristian. Macam hari-hari istimewa umat Islam contohnya Hari Israk dan Mikraj- bukan ke untuk orang Islam sahaja. Begitu juga hari Valentine ni untuk orang Kristian – apa kejadahnya kita nak sambut walau apa alasan sekalipun.

Kisah St. Valentine.
Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.

Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”.

Read more...

Limau Mahal atau Limau Murah atau kotaknya sahaja

 
 Kotak A
  
Kotak B
  
 Kotak C

Rasa-rasanya, di antara tiga kotak di atas, mana satu yang rasa limau dia paling sedap ? pilih-pilih ... cepat bagi undi anda !

Read more...

Thursday, February 11, 2010

Mouse Pink

Pink is Macho, selalunya kalau aku beli mouse aku akan beli mouse yang warna hitam atau biru, jadi aku bercadang nak tukar citarasa. Jadinya aku belilah Mouse berwarna Pink. Masa nak beli Mouse berwarna Pink nie aku berfikir dua-tiga kali jugak, sambil tu aku tergelak sorang sorang masa nak beli.

Masa aku bawa mouse nie pergi pejabat, member-member seoffice aku tergelak ... ada yang berkata "muka ganas, rambut flat top tapi mouse Pink" ... hihihihi .... yelah di office aku nie mana nak cari lelaki yg pakai mouse pink... aku sorang je ...tapi yang pakai baju pink bersepah ada ...
 
Selain daripada tu juga, aku ada letak gambar sultan Selangor dan Armarhum Sultan Perak. Mana nak cari dekat office aku nie yang letak gambar sultan mereka kat atas meja... aku sorang je...

Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Bukan Hina Jongang - Halimah Jongang

SELALU sangat diberi watak air mata kecewa cinta sehingga nama Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar (Sheera) bagaikan sinonim sebagai pelakon kategori sedemikian.Bagaimanapun, dia cepat mencantas daripada gelaran itu terus melekat melalui beberapa drama yang menampilkan kelainannya, termasuk telefilem Halimah Jongang, Cucuk Sanggul Selendang Rubiah dan Si Capik.

Sekali imbas, mungkin ramai tidak mengenali gadis bergigi jongang di halaman Selebriti ini, tetapi itu yang membuatkan Sheera gembira. Malah, katanya, ketika di lokasi luar Halimah Jongang, orang ramai yang menyaksikan penggambaran produksi ini tidak mengenalinya.“Ini yang saya suka sebab karakternya lain daripada yang pernah saya buat. Mulanya sukar untuk bercakap sebab tak biasa. Saya diberi gigi itu sehari sebelum penggambaran dan sepanjang masa ke lokasi, saya akan pakai sebab nak biasakan.

“Memang tak selesa, rasa nak muntah pun ada, tetapi saya anggap ia cabaran. Ketika bawa kereta ke lokasi pun saya pakai dan menyanyi serta bercakap seorang diri untuk biasakan.

“Hari ketiga sudah OK. Saya boleh bercakap, cuma kena berhati-hati sebab takut tergigit. Kalau orang pakai gigi palsu, ia dilekatkan pada gusi. Sedangkan saya terpaksa berlapis dua,” katanya yang mengakui gusinya sakit selepas menanggalkan gigi palsu itu.

Telefilem berkonsepkan muzikal cinta terbitan A Aida Production dan arahan Malek Rahman ini bakal ditayangkan di Astro Prima pada Mei depan.

Menurut A Aida, penerbitan Halimah Jongang bukan berniat untuk menghina, tetapi mereka sebahagian daripada masyarakat kita juga.

“Jangan salah sangka, tetapi mesej yang cuba saya selitkan di sini, jangan memandang hina atau mentertawakan manusia bergigi jongang kerana mereka juga makhluk Tuhan. Lagipun, setiap kejadian-Nya mempunyai keistimewaan sendiri seperti yang saya tampilkan melalui drama ini.

“Di akhir cerita, Halimah berubah menjadi lebih cantik, tetapi kita kena tahu nilai kecantikan sebenar,” kata A Aida yang turut aktif menjalani bisnes e-dagang bersama ND Lala.Halimah Jongang yang ditulis bersama A Aida dan Zaini Kosnin berkisar kepada Halimah yang bercuti di kampung atuknya dan jatuh cinta dengan Ali (lakonan Johan Raja Lawak) tetapi pemuda itu menggilai Esah (Julia Ziegler).

Drama yang dimantapkan lagi dengan lagu tema ciptaan Eddie Hamid itu mula menjadi konflik apabila Ali tidak disukai ibu Esah kerana Ali orang tak berduit. Ali menggadai tanah ibunya dan mengusahakan ternakan kambing sehingga berjaya.

“Selepas kaya, baru Ali diterima dan Halimah yang mengajar Ali mengenai bisnes kambing itu kecewa apabila Ali memilih Esah. Ali tidak sedar yang Esah hanya mahukan kekayaannya.

“Selepas setahun, Halimah kembali ke kampung itu dengan berpenampilan cantik dan Ali kembali tergila-gilakan Halimah.

“Drama ini diinspirasikan daripada Ugly Betty, tetapi dengan sentuhan tempatan,” katanya yang turut mengajak surirumah menyertai e-dagang dengan menghubunginya di 012-2280166.

Sementara itu, Sheera menyatakan keseronokannya berganda kerana Halimah Jongang mempertemukannya dengan pelawak berpengalaman, Os buat pertama kali di layar. Dia akui, Os yang memegang watak sebagai atuknya banyak mengajar selok belok lakonan.

“Alhamdulillah, rezeki semakin banyak dan yang bagusnya, banyak pula diberi karakter luar biasa, termasuk sebagai gadis terencat akal dalam Cucuk Sanggul Selendang Rubiah. Seronok jadi orang lain,” katanya yang akan menyambut usia ke-24 pada 18 April ini.

Sumber :Harian Metro

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

Halimah Jongang ... jongang .... jongang .....

Pagi tadi topik di radio Hot-FM pasal lagu yang tergiang-giang di telinga. Maka lepas tu Faizal dengan Fara pasanglah lagu Halimah Jongang, pabila mendengar lagu Halimah Jongang terus aku ketawa sorang sorang dalam kereta, sampai dekat office aku terdengar dengar lagu Halimah Jongang.

Sampai dekat pejabat aku pergi buat lawatan ke bilik training untuk melihat anak buah Pak koei training SAP. Sebelum ini mereka ini asik pegang kunci kereta lepas nie kenalah pegang mouse pulak ....


Wak zulyadi sedang memcuba login masuk ke dalam SAP. banyak kali dia cuba tapi tak dapat-dapat jugak masuk.
Wak, lepas nie jadi service advisor yang cermerlang ...

berbalik pada Halimah Jongang, aku siap cari lagu Halimah Jongang untuk dijadikan ringtone.
Akhirnya aku dapat itupun aku cari dalam Aimini.com

Read more...

Monday, February 1, 2010

Malaysia Map Search - Find Malaysia Map, Get Directions | 701Panduan

Malaysia Map Search - Find Malaysia Map, Get Directions | 701Panduan

Posted using ShareThis

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP