Tuesday, January 5, 2010

Angkasa rancang pasar raya produk koperasi


ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) merancang membuka pasar raya pertamanya di Lembah Klang tahun ini yang mengkhusus pemasaran produk keluaran koperasi.

Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata usaha itu termasuk dalam fasa kedua program pembangunan koperasi dirangka Angkasa, bertujuan memantapkan lagi operasi serta meningkatkan sumbangan koperasi terhadap pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, konsep pasar raya bakal dibuka itu unik kerana bangunan dan pengurusannya dikendalikan Angkasa tetapi operasi premis di bangunan itu diterajui ahli koperasi.

“Usaha ini dijangka mendapat sambutan baik daripada usahawan koperasi dan bakal memberi manfaat kepada tujuh juta ahli koperasi di negara ini,” katanya sambil menambah keputusan menubuhkan pasar raya itu perlu mendapat persetujuan daripada ahli.

Dr Mohd Ali berkata, pembinaan pasar raya adalah lanjutan kejayaan fasa pertama program pembangunan koperasi yang membabitkan penubuhan rangkaian pasar mini atau pusat pengumpulan produk koperasi di seluruh negara.

Katanya, pihaknya akan menerangkan kepada ahli rasional penubuhan pasar raya itu dan manfaatnya kepada pergerakan koperasi nasional bagi mendapatkan persetujuan mereka.
Beliau berkata, Angkasa menerusi ahlinya mempunyai 14 pusat pengumpulan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta Pahang dengan tiga pusat pengumpulan di Temerloh, Kuantan dan Kuala Lipis.

“Kami melaburkan sejumlah wang untuk menubuhkan pusat pengumpulan produk koperasi dan ia berbeza antara satu sama lain iaitu RM1.2 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu dan RM900,000 di Temerloh, Pahang,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mohd Ali berkata, Angkasa bekerjasama dengan beberapa pihak bagi membantu pemasaran produk koperasi ke luar negara termasuk di negara Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).

“Kami melihatnya sebagai satu peluang besar dan mahu ahli memanfaatkan jaringan perniagaan itu bagi membantu mereka meningkatkan mutu produk, terutama pembungkusan,” katanya.

Sumber BeritaHarian

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP