Monday, November 2, 2009

Membazir amalan syaitan


Islam itu mudah dan indah. Lihat dalam bab anjuran bersyukur. Walau sikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh bersyukur. Lagi banyak rezeki lagi patut banyak-banyak syukur.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi ni'matKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Dalam bersyukur ini kekadang ada segelintir umat Islam ambil tak pandang perintah Allah ini. Sehingga ada yang boros dan membazirkan rezeki yang Allah beri itu. Dibelanjakan ke tempat yang dilarang Allah seperti berjudi, minum arak, berzina (mencari pelacur) dan ada pula makan dibuang-buang kerana tidak bijak menguruskan kerana dia masak makanan untuk 10 orang tapi lebih masak untuk 13 orang, lepas tu dibuang sebab dah basi.

Ingatlah, Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Marilah kita amalkan sifat suka bersyukur, jauhi sama sekali sifat atau sikap kufur itu. Kemudian jangan kita menjadi saudara syaitan dengan sebab amalan suka membazir atau boros.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua ni'mat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit hatta sejumlah 10 sen atau dihadiahkan semangkuk kuah kari ayam atau seumpamanya, syukurilah.

Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir, walau sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau Syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredhaan Allah SWT, insya Allah.

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP