Tuesday, October 27, 2009

Cukai Perkhidmatan Kad Credit

Saya tak terjumpa pula berita ini dalam akhbar berbahasa Melayu semasa membaca berita-berita belanjawan 2010. Hanya terbaca dalam berita berbahasa Inggeris.

Cukai perkhidmatan sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk kad kredit prinsipal, dan RM 25 untuk kad kredit tambahan bermula 1 Januari 2010

Hmm...Bijak kerajaan ni mengaburi mata rakyat. Gomen potong kadar cukai pendapatan menjadi 26%, tetapi pada masa yang sama mengenakan cukai perkhidmatan kad kredit yang mana saya rasa hampir semua pekerja di Malaysia mempunyai paling kurang 1 kad. Harus diingat bukan semua pekerja di Malaysia wajib membayar cukai, tetapi rata-rata pekerja berpendapatan lebih RM 1,500 sudah ada kad kredit.

Jadi pengiraannya, kalau anda mempunyai 3 kad kredit prinsipal dari 3 bank yang berlainan, 2 daripada kad kredit prinsipal itu pula ada 1 kad tambahan, maka anda akan membayar:

RM 50 x 3 = RM 150

RM 25 x 2 = RM 50

Jumlah cukai perkhidmatan kad kredit = RM 200

Hahaha

Sumber: Pakdi

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP