Friday, August 22, 2008

Pelbagai Versi Isu-Isu Perkauman Di PRK di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 22 Ogos - Tidak kurang beberapa hari menjelang pembungan undi pilihanraya kecil, UMNO dilihat cukup terdesak mengetengahkan calonnya.



Calon BN, Arif Shah melalui cetakan risalah lampiran untuk perayu undi BN berkempen dari rumah-rumah, telah didedahkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin menyatakan wujudnya risalah yang berbaur perkauman daripada pihak UMNO.

Risalah berkenaan dikeluarkan menggunakan beberapa versi termasuk kononya barisan kabinet Anwar Ibrahim yang dikatakan mereka "Barisan Anwar Bin Ibrahim - BABI".

"Sebagai contoh kawasan majoriti Cina mereka letakkan majoriti melayu dalam kabinet berkenaan, dan Tuan Guru Haji Hadi sebagai Perdana Menteri, manakala kawasan majoriti Melayu mereka letakan barisan kabinet Melayu yang amat sedikit" jelas Saifuddin dalam sidang media yang diadakan pagi tadi.

Manakala risalah-risalah dalam maksud "MELAYU DIHINA" pula kebanyakan diserang dikawasan-kawasan yang UMNO tewas di Penanti dan Permatang Pasir.

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

widgeo

Check Your PR

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP