Perjuangan seorang Nenek
Parlimen Kuala Terengganu pasti menjadi tumpuan dalam edisi PRU12 ini. Seorang nenek berusia 89 tahun Maimun Yusof, akhirnya tercapai cita-cita untuk bergelar calon pilihanraya setelah permohonannya selama 4 kali sebelum ini gagal. Mungkin inilah berkat kesabaran, Allah memanjangkan umurnya untuk mengkabulkan hajat murni nenek ini. Sekurang-kurangnya ada kepuasan dalam diri nenek ini sebelum pergi meninggalkan dunia fatamorgana ini…..
Ketika ditanya, apakah sebabnya bertanding di kawasan parlimen setelah dalam 4 percubaannya untuk menjadi calon adalah bertanding di DUN, nenek ini menjawab kerana kepingan ingin berlawan dengan Mat Sabu PAS. Di mana ada Mat Sabu, di situlah nenek berada ! Dengan sahnya permohonan nenda ini, Parlimen Kuala Terengganu akan mempertemukan penyandangnya, Datuk Razali merangkap Pengerusi PTPTN vs Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS vs Nenek Maimun Yusuf, calon Bebas dalam PRU12 8 Mac nanti. Pertembungan yang sangat menarik !
Tapi, apakah sebenarnya niat perjuangan Nenda Maimun ini ?
Pertama, nenek ini lantang melabelkan ketidakpercayaan beliau kepada semua parti politik yang ada di Malaysia seolah - olah ada mesej tersirat yang cuba hendak dilontarkan dari isi hati nenda ini. Kedua, Logo kunci akan dijadikan simbol beliau sebagai calon Bebas dalam kertas undi nanti. Kenapa kunci ? Dan, ketiga nenda ini menamakan yang beliau adalah wakil parti beliau iaitu ‘Parti Tanah Melayu bersama Islam’. Satu nama parti yang panjang dan unik! Ketiga-tiga intipati ini punya mesej tersendiri yang perlu kita renung, fikir dan analisis bersama.
Sebenarnya, kita tidak wajar untuk bergelak atau sinis dengan tindakan nenek ini. Cuba lah sama-sama kita renung dan analisis nilai perjuangan nenda ini yang tidak kenal erti segan, erti putus asa apatah lagi erti risiko yang akan dihadapi.
2. Nenek Maimun memang tegar untuk berjuang sehingga sanggup menggadaikan tanah pusakanya semata-mata untuk menjadi calon pilihanraya. Perlu diingatkan, menjadi calon kawasan Parlimen, wang pertaruhan adalah sebanyak RM10 ribu. Demi bertemu Mat Sabu, tanah pusaka sanggup digadai. Moral- tiada apa jua halangan untuk kita mencapai apa yang kita inginkan!
3. Ketika ditanya wartawan, tidak gentar kah akan hilang wang pertaruhan dalam PRU nanti? Maimun selamba menjawab “pitih (duit) boleh dicari”. Moral- tiada istilah risiko dalam perjuangan! dan, wang bukanlah penghalang demi cita yang satu!
Nenek ini memilih untuk berbasikal untuk berjumpa dengan pengundi.
visit-http://www.isuhangat.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment