Tuesday, August 11, 2009

Ku hilang cinta..


"Pantai..izinkan daku menyanyikan lagu rindu hasrat hatiku pada bayumu..
Ombak..biaskan saljunya airmu agar terbias sinar yang tujuh..
Bayu..sampaikan lagu puisi nan indah ciptaan tangkai hatiku..
Beburung..indahkan puisiku dengan kicauan merdumu..
Awan..naungi hatiku bersama birunya alam kelilingmu..
Pepohon..izinkan ku berteduh mengisi ruang hatiku yang syahdu.."


Hati ini sepi lagi.Memandang bagaikan tiada perasaan.Berbicara bagaikan kaku.Aku hilang arah lagi.Entah kenapa kebelakangan ini hati ini bagaikan diragut perasaan sedih yang berpanjangan.Bermasalahkah aku?Semestinya kupunya masalah.Kalau tidak, tak mungkin hati ini gusar, sedih, dan resah berpanjangan.Tasbih kubilang bagai tidak hadir zikirnya menerusi Al Qalb.Apa yang aku fikirkan?Buntu.Aku pun tak tahu.Putus cinta kah aku?Cinta??Sesekali tidak aku bercinta?Kalau ya, tapi dengan siapa.Tapi hakikat sebenar aku telah lama kehilangan cinta.Memang benar aku sedang bersedih kerana putus cinta.Kenapa??dia dah ada pilihan lainkah??atau dia tak setia??Tidakk..bukan salah dia.Tapi salahku.Aku yang menolak cintanya.Mesej yang dia hantar kubiarkan sepi.Puisi yang dia kirimkan kubiarkan kaku di atas almari.Kemana hilang sebuah cinta sejati??Dulu bukan main aku luahkan "Aku cinta padamu"..Dengan begitu mudah aku melupakannya.Zalimnya aku.Andai sahabat-sahabatku yang telah berpengalaman putus cinta dengan manusia sudah cukup memeritkan, apatah lagi aku kini seolah-seolah kehilangan cinta pemilik segala cinta.Ya Rabbul Izzati.Jauh sungguh abdiku padanya.Mana janjiku pada Rabbi??Cinta ini semakin hari semakin diragut debu-debu duniawi.Arghhh..Mana diriku yang fitrah.Mana hilangnya harga diriku.Mengaku hamba Ilahi namun seolah-olah aku raja.Mengambil nikmat sebanyak-banyaknya sedangkan syukurku sebesar zahrah.Mengeluh dan terus mengeluh.Puisi Amanah zikri harian diabaikan sepi di atas almari.Alunannya sekadar 100 ayat sehari.Tahap lagho yang maksima.Mendengar lagu berjam-jam sambil mengikut lirik mudah sekali, bahkan memakan masa berjam-jam tidak menjadi hal.Tetapi membaca Kalam Ilahi sekadar 100 ayat sudah mula rasa mengantuk, letih, dan sebagainya.Ya Rabb ku betul-betul hilang cinta.Cinta padaMu yang kugapai sepanjang sujudku di sepertiga malam kini semakin hari semakin pudar kerana lebih indah bertemankan mimpi-mimpi serta khayalan-khayalan.Ya Rabb ku hilang cinta.Al Mathurat pendinding diri sudah tidak diistiqamahkan.Doa-doa amalan harian terabai sudah, mungkin juga hilang dari hafalan.Ya Rabb cintaku terpesong.Apa punca semua ini??Puncanya letak di sini..HATI..
Ya Allah Rabbul Izzati, aku berlindung jauhnya diriku dariMu..Ya Rahman, ku berlindung dari hilangnya cahaya cintaMu di hatiku..Ya Rahim, pegangilah aku dalam mencapai redhaMu..
Moga cintaMu milikku..


Demi Allah, dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia (dari Al-Mustaurid ibn Syaddad r.a, Hadits Riwayat Muslim)

Bekunya air mata kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan, panjangnya angan-angan kerana kerana terlalu cintakan dunia - Imam Al-Ghazali

Source ~ anissmyloveina

0 comments:

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP