Business at Kota Bharu
Inilah pertama kalinya pergi ke Kota Bharu Kelantan atas urusan Business ... dan pertama kali naik kapal terbang ... pada mulanya memang gabra sikit bila dah masuk LCCT tu, atas tunjuk ajar member yang pergi sekali tak adalah jadi mengelabah sangat ... mula-mula masuk kena check-in dulu lepas tu pergi ke tempat pelepasan,,, adalah tunggu dekat 1jam lebih sebelum pernerbangan ....
Alhamdulilah dalam pukul 2:15 aku sampai ke lapangan terbang sultan ismail petra, memang syok naik kapal terbang. Berdebar-debar pun ada masa flight ... terutama masa kapal terbang tu melanggar awan awan yang membawa air ... tapi yang best pramugarinya cun-cun belaka .....
Sampai ke kota bharu, aku dengan business partner menyewa sebuat proton wira. lepas tu ronda-ronda ke kota bharu town, bersih jugak bandarayanya tak sepertimana yang digambarkan oleh media ....
Aku dengan business partner menetap di HOME STAY Pasir Tumboh Kelantan, memang kelas penginapan kat sana, semuanya complete... mula mula aku fikir home stay nie duduk kat rumah kayu ternyata sangkaan itu meleset ....
Ruang tamu dah standard hotel-hotel....
kebisokan harinya kita orang makan tengahari kat satu port yang best,,, makanannya pun murah juga. Tengah tengah makan terjumpa dengan MB selangor Dato khalid dengan EW. Dapatlah bersalam dengan diaorang....
Lepas tu kitaorang ronda-ronda Kota bharu, kalau datang kelantan tak singgah umah tuan guru tak sah, kena singgah gak ... ini ialah masjid depan rumah tuan guru nik aziz, ramai sungguh orang di dalamnya...
inilah dia kediaman tuan Guru, rumahnya adalah rumah papan sahaja, tak sepertimana MB negeri lain macam istana ....
aku berangkat pulang ke KL naik flight pukul 11:30 malam, malam tu hujan memang ngeri sikit bila kapal terbang tu bergegar gegar bila melanggar awan ...
0 comments:
Post a Comment