Sunday, April 26, 2009
Wednesday, April 22, 2009
My Motor and My Kete
Motor - keluar rumah pukul 7.30 pg, bawak sambil menyanyi. keluar pukul 7.45 pg pun sempat lg tp bawak mcm org nak mati.
Kete - berkadar terus dengan tahap jem. Kena bangun awal, pastu datang opis mengantuk pulak
Motor - jangkamasa nak sampai 30 minit (dr pintu pagar rumah kat serdang sampai kat tempat parking bawah, bawak slow, belum rempit). 30 minit tetap, hujan ka ribut ka, kete terbalik tengah jln ka, asal jangan motor sendiri terbalik sudah.
Kete - kalau ada kete terbalik tengah jalan, kira half day la masuk opis, tekan tugas luar masa swipe masuk, takkpun tak swipe(cakap lupa punch).
Motor - naik motor ngan awek, awek peluk kita
Kete - naik kete ngan awek, awek peluk bantal dlm kete kita, sapa yang rugi. Ye la, kalau awek peluk kita, camna nak bawak kete
Motor - kalau hujan, basah bersama. boleh menguji kesetiaan awek
Kete - kalau hujan, kete basah. Balik kalu kete kotor, kita jugak kena basuh
Motor - kalau tak basuh, tak berapa nampak sangat
Kete - kalau tak basuh, jauh sebatu dah nampak. Pastu nanti orang cakap pemalas, camna nak jadi buat boipren. Bukan malas, kalau kete bekilat, orang pandang kita nanti awek marah pulak, habis tu camna.
Motor - isi minyak 4 inggit, full tank, tahan 3 hari
Kete - isi 40 inggit, belum full tank, belum awek ajak gi makan jauh-jauh, belum ronda-ronda, belum dapat gaji, belum!.. dan lagi, dan lagi
Kete - gi rumah family budak perempuan, nak ajak keluar, tetiba pulak mak dia nak ikut sekali, rosak program.
Motor - mak dia nak ikut sekali, nak duduk celah mana, duduk dalam raga boleh la.
He he,
Sekadar hiburan semata-mata. Anyway untuk yang perempuan tu dinasihatkan lah naik kete, kalau jatuh kang, tertoreh kat mana-mana, dah potong seribu duit hantaran.
Source ~ Isuhangat
Monday, April 20, 2009
Business at Kota Bharu
Alhamdulilah dalam pukul 2:15 aku sampai ke lapangan terbang sultan ismail petra, memang syok naik kapal terbang. Berdebar-debar pun ada masa flight ... terutama masa kapal terbang tu melanggar awan awan yang membawa air ... tapi yang best pramugarinya cun-cun belaka .....
Sampai ke kota bharu, aku dengan business partner menyewa sebuat proton wira. lepas tu ronda-ronda ke kota bharu town, bersih jugak bandarayanya tak sepertimana yang digambarkan oleh media ....
Aku dengan business partner menetap di HOME STAY Pasir Tumboh Kelantan, memang kelas penginapan kat sana, semuanya complete... mula mula aku fikir home stay nie duduk kat rumah kayu ternyata sangkaan itu meleset ....
Ruang tamu dah standard hotel-hotel....
kebisokan harinya kita orang makan tengahari kat satu port yang best,,, makanannya pun murah juga. Tengah tengah makan terjumpa dengan MB selangor Dato khalid dengan EW. Dapatlah bersalam dengan diaorang....
Lepas tu kitaorang ronda-ronda Kota bharu, kalau datang kelantan tak singgah umah tuan guru tak sah, kena singgah gak ... ini ialah masjid depan rumah tuan guru nik aziz, ramai sungguh orang di dalamnya...
inilah dia kediaman tuan Guru, rumahnya adalah rumah papan sahaja, tak sepertimana MB negeri lain macam istana ....
aku berangkat pulang ke KL naik flight pukul 11:30 malam, malam tu hujan memang ngeri sikit bila kapal terbang tu bergegar gegar bila melanggar awan ...
Read more...
Friday, April 17, 2009
Malam Tadi Memang Ramai Orang
Aku tak dapat tempat duduk maka terpaksalah bersila dekat bawah .....
sampaikan nak masuk dewan pun penuh dengan orang.... Read more...
Akhirnya EXORA dilancarkan
Proton EXORA, sesiapa nok beli oleh booking dengan kawe ... huhuhuh
Kawe raspek giler dengan MD, tengahari waktu rehat dia turun padang... kawe ambil kesempatan bergambar dengan beliau.
Team IT kawe pun tak melepaskan kesempatan ... yang tunduk-tunduk tu ialah kakpah, dia malu-malu sikit.
Asrun, cover perut sikit ....
Kawe paling minat ialah bahagian tayar dia ... huhuhuh Read more...
Monday, April 13, 2009
JAWATAN ANTARA KELAYAKAN ATAU NAFSU SEMATA ??
By : Mohd Amzari Iberahim
Manusia selalu membina hubungan sosial dengan manusia lain di mana pun dia tinggal dan hidup. Hubungan sosial yang dibentuk ini melahirkan sebuah masyarakat yang berorganisasi dan hidup dalam keadaan yang lebih sistematik. Dalam sebuah organisasi terdapat mereka yang dipanggil pemimpin dan orang yang dipimpin.
Pemimpin memainkan peranan yang cukup besar dalam sesebuah organisasi dan tanggungjawabnya adalah cukup berat dan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang tugas dan peranannya sebagai seorang pemimpin.
Jangan sekali-kali meminta untuk menjadi pemimpin sekiranya kita merasakan diri kita kurang berkelayakan untuk memimpin kerana dikhuatiri kita tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita seandainya kita menjadi pemimpin. Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim pernah bersabda :
عن عبد الرحمن بن سمرة رضي الله عنه قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : "يا عبد الرحمن بن سمرة، لا تسأل الإمارة، فإنك إن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها، وإن أعطيتها عن غير مسألة أُعِنْتَ عليها. متفق عليه [1
Maksudnya :
“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” [1]
Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.
Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum
Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib
Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.
Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.
Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan
Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram. Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak.
Sebelum membuat keputusan untuk merebut sesuatu jawatan hendaklah kita melakukan analisa terhadap diri sendiri terlebih dahulu adakah kita berkelayakan kerana dikhuatiri sebab kita mahukan jawatan hanyalah kerana untuk mencari populariti, publisiti dan menurut hawa nafsu semata-mata. Fikirlah dengan akal yang sihat dan buatlah keputusan berdasarkan pertimbangan iman sebelum merebut sesuatu jawatan agar kita selamat dari merebut jawatan dalam keadaan kita tidak layak untuk memegangnya.
-----------------------------------
[1] Shahih Muslim : 1791
Diciplak dari tintadaie
Monday, April 6, 2009
Gambar Hantu Ulu Yam
Gambar ini adalah antara gambar hantu yang terawal dan terpopular di Malaysia. Siap masuk suratkhabar lagi beb. Skang aku paparkan kembali untuk renungan golongan muda.
Friday, April 3, 2009
Last Day Anis Di EDAR
Hari nie ialah hari terakhir Anis berkerja di Proton Edar, dia akan kembali menyambung pelajarannya semua ... Anis memang rajin berkerja ... huhuhuhu ... hari nie juga diadakan majlis kecil makan-makan ... ingatkan boss ada untuk bagi ucapan, rupanya boss balik pasal orang gajinya masuk sepital ....
Auwwww .....
Anis dok berucap
Makan Makan
Port Makan tersorak sikit