tempurung lutut hancur dan diikat dengan dawai
Lima hari selepas perhimpunan Bersih saya baru mendapat berita tentang seorang pemerhati perhimpunan yang telah cedera parah kerana dibelasah polis pada hari tersebut.
Beliau hanyalah seorang pemerhati kerana tidak pun memakai baju kuning tetapi hanya berbaju dan berseluar hitam. Beliau juga tidak datang bersama mana-mana kumpulan atau kawasan tetapi datang bersendirian.
Saya agak lambat dapat maklumat kerana beberapa hari balik kampung menziarahi ibu yang agak uzur. Semasa di kampung saya langsung tidak mendapat capaian internet kerana sibuk melayan ibu.
Saya agak tergamam apabila mendapat tahu berita ini tambahan mangsa tersebut iaitu Elyasak merupakan cucu kepada Ustaz Yazid Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Yazid.
Kebetulan pula Elyasak telah balik duduk di rumah Datuknya iaitu di Bangunan Al Ikhwan yg kebetulan dekat dengan rumah saya iaitu di Datuk Keramat.
Sedih saya mendengar cerita bagaimana beliau diganasi oleh beberapa orang polis yang memijaknya semasa dia telah terjatuh, sambil mengilas tangannya ke belakang, yang lain pijak belakang lutut sehingga dia yang tertiarap dapat mendengar bunyi lututnya pecah seperti mana bunyi tempurung kelapa yg dipijak!
ImageBila dia disuruh bangun dia menyatakan dia tidak berdaya kerana lutut sudah patah dan merayu untuk diangkat. Seorang dari polis tersebut telah mengherdiknya mengatakan dia telah menyusahkan mereka.
Saya pada masa itu menyampuk,"kalau dah tak mau susah jangan jadi polis."
Dia ditarik dengan kasar supaya berdiri dan pada masa yang sama seorang lagi polis telah menendang kakinya dari belakang sehingga kaki yang patah tersebut terkulai.
Sekali lagi dia ditolak sehingga kaki tersebut terhentak ke tangga trak polis.
Semasa itu seorang polis memakinya dengan menyatakan pada kawan-kawannya,"lepaskan babi tu." (Padanlah FRU dulu lepaskan babi di Bukit Mengkuang).
Pada masa tersebut saya berdoa kepada Allah supaya polis tersebut diberi balasan yang setimpal.
Mujurlah Unit Amal yang menunggu di IPK Jalan Hang Tuah dengan segera menghantar Elyasak ke HKL dengan ambulan.
Beliau dibedah pada keesokan harinya di mana tempurung lututnya memang hancur dan terpaksa diikat dengan dawai.
Ligamen lututnya putus dan banyak kerosakan tisu berlaku. Doktor menjangkakan dia hanya akan sembuh paling awal 3 bulan atau mungkin hingga 6 bulan.
Beliau hanyalah seorang peniaga goreng pisang, sementara isterinya Puan Mariam Jameelah menjalankan kelas tuisyen kecil-kecilan di rumahnya kerana anak-anak masih kecil.
Sungguh kejam dan zalim pihak polis yang terlibat. Mereka tidak perlu buat begitu, kerana mereka menangkap orang yang tidak bersenjata dan tidak melawan. Allah melihat apa yang mereka lakukan dan Allahlah yang akan membalasnya.
Pada masa yang sama peguam mereka telah pun dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang.
Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKPP) telah mengambil inisiatif dengan membekal ubat tambahan dan makanan kesihatan supaya beliau cepat sembuh.
Segala urusan perubatan akan ditanggung LKPP. Begitu juga kita akan menyumbang sedikit sara hidup bulanan sementara Elyasak masih belum sembuh dan tidak dapat bekerja.
Sumbangan juga akan dihulurkan oleh Tabung Kebajikan Harakah.
Kepada pihak yang mahu menyumbang bolehlah infaq melalui akaun 'DANA KAMI PRIHATIN' melalui nombor akaun 12113010026150, BIMB Taman Melawati.
Petikan dari Harakah daily
1 comments:
bila orang berhimpun haram, lari! jangan masuk campur, orang ingat lu geng kumpulan pulak. kena belasah pun xdak orang yg kesiankan.
Post a Comment