Wednesday, December 31, 2008

Jawapan DSAI tentang isu HUDUD


TEKS ANWAR

Jawapan:

1. Masyarakat bukan Islam tak perlu bimbang langsung kerana undang-undang Islam tidak akan dipaksakan ke atas mereka. Islam agama adil yang menghormati hak penganut agama-agama lain.

2. Kepada masyarakat Islam, undang-undang Islam wajib dilaksana tetapi secara berhikmah, bukan secara tergesa-tergesa. Saya tegaskan bahawa semua undang-undang Islam memang wajib ke atas umat Islam tetapi saya bagi jaminan tidak akan dilaksanakan secara tergesa-tergesa.

3. Kita kena faham bahawa sudah lama imej Islam diburukkan oleh pemahaman salah umat Islam berhubung kenyataan salah kepimpinan UMNO sebelum ini. Contohnya, ada pemimpin UMNO yang memfitnah bahawa menurut undang-undang Islam, 4 saksi diperlukan dalam kes rogol! Ini tidak benar. Kenyataan salah seperti ini yang membuatkan Islam kelihatan buruk.

4. Berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, saya akan mulakan dengan kaedah pendidikan di sekolah di mana dalam matapelajaran agama Islam, pelajar akan diberi penerangan tentang undang-undang Islam yang sebenar. Salahfaham mesti diperbetulkan. Contohnya, bukan semua kes mencuri dihukum dengan potong tangan. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan dalam kes kes yang ada keraguan. Orang yang mencuri kerana miskin contohnya. Islam tidak fanatik hendak memotong tangan orang. Islam mengiktiraf kaedah takzir (iaitu hukuman yang bukan hudud ) dalam kebanayakan kes..

5. Berhubung isu besar seperti ini, saya tidak setuju bahawa ia perlu diputuskan secara individu oleh mana-mana pemimpin. Seperti isu bahasa untuk Sains dan Matematik. Keputusan yang dibuat secara tiba-tiba tanpa konsultasi dan perbincangan, dan pelaksanaan secara tergesa-tergesa akan menimbulakan banyak masalah, seperti dalam isu Sains MAtematik sebelum ini..

Saya akan panggil semua pihak, alim ulamak dari seluruh negara tanpa mengira fahaman politik untuk membincangkan solution bagi masalah ini. Pakar undang-undang dan wakil dari Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia akan turut dipanggil untuk memberikan pandangan dalam proses mendraf undang2 yang selaras dengan syariah Islam.

5. Selepas beberapa tahun, survey akan dibuat untuk melihat penerimaan umat Islam terhadap isu ini. Sekiranya terdapat banyak tentangan, mungkin undang2 Islam boleh dibuat secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk ahli-ahli PAS dan orang Islam yang ingin kepada undang2 Islam, mereka boleh menandatangani borang menyatakan mereka ingin undang2 Islam dilaksanakan ke atas mereka. Justeru, tidak timbul masalah undang2 Islam dipaksakan ke atas sesiapa.

Saya yakin kebaikan undang-undang Islam akan terserlah apabila ia mula dilaksanakan dan tidak timbul langsung sebarang paksaan.

Sebagai manusia, saya mungkin tersilap dan sedia menerima teguran.

Sumber TKO

Read more...

Tuesday, December 30, 2008

Majlis Doa Selamat & Penyerahan Bengkong

Alhamdulilah Majlis Doa selamat & Penganugerahan Bengkong telah selamat di adakan pada malam sabtu yang lepas. Dianggarkan 60 orang hadir dalam Majlis ini. Kehadiran dato rahman memeriahkan lagi majlis penyerahan bengkong. Dato rahman nie merupakan penaung kepada Gerak Ilham ......

Pada hari itu warna bengkong yang aku pakai bertukar warna ... Hari sabtu nanti aku akan pakai bengkong baru berwarna Hijau ...


Otai gerak ilham, along & angah (diaorang tarik nafas tu )

Bebudak GIM sedang buat team spirit

disepanjang majlis penganugerah bengkong kepada ahli-ahli. Yang pakai baju hitam tu dato rahman di sebelahnya ialah Bapak Guru Buang



Bengkong Hijau ku .....

Read more...

Tuesday, December 23, 2008

Dunia ibarat bangkai..Manusia Ibarat Anjing...

Allah pernah berfirman bahawa "Manusia yang mengejar dunia Ibarat Anjing yg berebut bangkai..walaupun busuk tp tetap jd rebutan.."..

suatu hari Rasullah S.A.W dan para sahabat keluar ke satu tempat di padang pasir...terjumpa lah baginda dengan satu bangkai kambing.lalu Rasulullah berkata "wahai Sahabat..ambillah (bangkai..) ini..aku berikan kepada kalian..."..tetapi semua sahabat menolak dan mereka hairan lalu bertanya kepada Rasulullah.."kenapa menawarkan bangkai yg busuk itu kepada kami?...Rasulullah menjawab "Bangkai inilah dunia (harta,tahktadan wanita) dan menjadi rebutan anjing..di gonggong ke sana kemari walaupun ia busuk..."-perumpamaan~kerana mengkehendakkan harta,takhta(pangkat) dan wanita manusia sanggup bersengketa..menjaja criter k mana2 saje mereka pergi@menyebarkan fitnah..seperti anjing dan bangkai..

kerna tiga "ta":-

1-Harta
2-Takhta(pangkat)
3-Wanita

manusia bermusuh..sesiapa bermusuh kerana tiga perkara ini..maka ke neraka jahanamlah tempat yang selayaknya..

Wallahualam..

Read more...

Monday, December 22, 2008

Tips menghindari perselisihan rumah tangga


Minggu nie nak tulis pasal rumahtangga, kadang kadang perselisihan itu memang tak dapat lari daripada rumahtangga.

Perselisihan rumah tangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan sikap yang baik seperti:

1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.

2.Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain.

3.Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan,maka biarkan ia menang.

4.jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih-sayang

5.Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu.

6.Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.

7.Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan.

8.Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.

9.Jika bersalah,akui kesalahan dan meminta maaf.

10.Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah paling banyak berbicara.

11.Membimbing anak. Seorang suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya seperti:
a. Memberi nama yang baik bagi anaknya.
b. Memberi nafkah.
c. Bertanggungjawab atas pendidikan rohani,emosi,jasmani,intelektual dan social anaknya.

Sumber TaukehkerepekJB

Read more...

Friday, December 19, 2008

Power ranger and Jiwa Lara


They've got a power and a force that you've never seen before
They've got the ability to morph and to even up the score
No one will ever take them down
The power lies on their side

Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
You, Mighty Morphin' Power Rangers

They know the fate of the world is lying in their hands
They know to only use their weapons for defense
No one will ever take them down
The power lies on their side

Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
You, Mighty Morphin' Power Rangers

No one will ever take them down
The power lies on their side

Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
You, Mighty Morphin' Power Rangers

Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers
Go, go, Power Rangers

Minggu lepas, bila jiwa lara aku dengar lagu Gyaban ... minggu nie pun Jiwa lara aku layan lagu Power ranger ... minggu nie dengan minggu lepas memang aku sepertimana aku senaraikan;-

  • Jiwa lara
  • jiwa kacau
  • jiwa apa-apa

Read more...

Tuesday, December 16, 2008

Minyak turun lagi .. yahooo


Nasib baik semalam tak isi minyak,,, tergerak hati nak isi esok pagi .... sekali tengok TV9 jam 8 malam ,,, si shahril mengumunkan minyak turun lagi 10 cen ... yahooo .... Alhamdulilah ,,, syukur pada ALLAH taala ... dengan ketentuannya minyak turun jugak .... tapi esok hari mungkin boleh naik balik ...


kalau isi minyak kat iswara, meter dia akan pergi sampai atas sekali ... kalau isi Perdana sampai setengah kalau isi RM 60 ... tapi apa pun memang ada perubahan .... walaupun minyak turun tapi harga barang macam cam tu jugak ... apa yang boleh dibuat kita shopping kat Giant .....



Read more...

Friday, December 12, 2008

Esok Baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu…


Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Awal Muharram@Taman Jasa


Minggu depan bersamaan 28hb December 2008 jam 9 malam akan diada perjumpaan di rumah Bapak Buang, perjumpaan yang akan diadakan adalah untuk menyambut kedatang Awal Muharram, memang setiap tahun setiap ahli-ahli GIM akan berkumpul di rumah Bapak atau di rumah guru guru yang lain untuk mengadakan majlis doa selamat.

Jika ada sesiapa ahli GIM membaca Blog aku nie, bolehlah kot kalau nak join ... setahun sekali ... mari kita meramaikan Majlis di rumah bapak isnin ini ....

Read more...

Tuesday, December 2, 2008

Uchuu Keiji Gyaban!



Otoko na n' darou? Guzuguzu suru na yo
Mune no enjin ni hi wo tsukero
Ore wa koko da ze Hito-ashi o-saki
Hikari no hayasa de ashita e dasshu sa

Wakasa Wakasa tte nan da Furimukanai koto sa
Ai tte nan da Tamerawanai koto sa
Gyaban! Abayo namida
Gyaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu Keiji Gyaban!

Warui yatsu-ra wa tenshi no kao shite
Kokoro de tsume wo toide 'ru mono sa
Ore mo omae mo na mo nai hana wo
Fumitsukerarenai otono ni naru no sa

Wakasa Wakasa tte nan da Akiramenai koto sa
Ai tte nan da Kuyamanai koto sa
Gyaban! Abayo kinou
Gyaban! Yoroshiku mirai
Uchuu Keiji Gyaban

Wakasa Wakasa tte nan da Furimukanai koto sa
Ai tte nan da Tamerawanai koto sa
Gyaban! Abayo namida
Gyaban! Yoroshiku yuuki
Uchuu Keiji Gyaban!

Petang-petang nie rasa boring giler ... maka aku dengarlah lagu Gyaban ..... minggu nie minggu sedih pasal BOSS dah nak resign ... minggu nie minggu last dia ...

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP