Monday, March 31, 2008

KERAS



Cuba perhatian keadaan di bangunan usang ini, ianya agak lama dan usang... menurut orang kampung bangunan ini dibina sejak tahun 50-an lagi dan ianya juga pernah menjadi tempat tentera jepun memancung dan memenggal kepala, tapi sejauh mana kesahihannya tidak dapat dikenal pasti.

Menurut Tukang Kebun di kawasan itu berkata, tempat itu keras.... sepertimana yang kita tahu kalau orang sebut tempat keras-keras nie maksudnya ada sesuatu ataupun ada entiti yang tidak ketahui. Ingin jua rasanya hendak meminta team seeker datang untuk membuat pengambaran di tempat itu.

Tapi perlu diingatkan, kita tidak perlu takut pada benda-benda macam nie kerana yang perlu kita takutkan ialah yang Maha Esa, takut pada seksa yang akan dikenakan jika kita mensyirikannya.

Read more...

Sunday, March 30, 2008

Majlis Kesyukuran Kemenangan PAS-PKR-DAP di Kampung Labohan Dagang Banting

Syukur Alhamdulilah, Majlis Kesyukuran kemenangan Barisan Alternatif aka Barisan rakyat selamat diadakan di kampung labohan dagang banting. Majlis diadakan selepas solat magrib. Penceramah yang datang pun hebat belaka.









Read more...

Thursday, March 27, 2008

Dah pasang bumbung


Tengahari tadi balik ke kampung sebentar nak tengok project rumah, minggu lepas bumbungnya masih belum dipasang, sekarang nampak sudah hampir siap ... kelihatan 4 orang perkerja sedang memasang bahagian bumbung.



Read more...

Tuesday, March 25, 2008

Keris Nogosostro


Keris ini yg benar-benar asli dan pertama kali dibuat, hanya terdapat dikeraton Jogjakarta, jika terdapat keris dengan nama yg sama, maka dapat dipastikan keris tersebut aspal (asli tapi palsu), tetapi mungkin asli tetapi jauh berbeda dengan keris yg pertama kali dibuat. Keaslian dari keris jenis ini adalah dapat dilihat jika dipegang diatas air, maka bayangan yg timbul pada permukaan air bukanlah sebuah keris melainkan ratusan ular yg berada dalam air. Sedangkan jika kita berada dalam gelap dg hanya bantuan sebuah lilin, maka akan timbul bayangan ular yg membentuk bayangan naga ( atau hampir menyerupai bayangan naga ). keris Nogososro memang banyak terdapat di masyarakat, namun tingkat kekuatan yg ada dalam keris tsb tergantung dari kekuatan yg diberikan oleh sang empu pada saat proses pembuatan. Keris Nogososro yg memilki kekuatan terbesar dipercaya oleh masyarakat Jawa adalah keris yg dibuat pertama kali sbg pencetus keris Nogososro.

Read more...

tak buleh tido


Jam 3:01am, aku tak boleh tido ... maka aku bukalah My computer melayari laman web saudara radenjowo ....

Read more...

Sunday, March 23, 2008

Rumah

Rumah ku dalam process pembinaan, sudah 60% siap ... kemungkinan dalam pertengahan bulan 4 ini siaplah keseluruhan pembinaan. Hanya 6 orang perkerja sahaja yang menyiapkannya. Sudah 15 tahun aku duduk di selangor, baru kini aku dapat membina rumah idaman di kampung isteri ku.



Rangka Bumbung

Ruang Tamu

Ruang ke dapur

Depan Rumah sisi

Gambar hadapan

Read more...

Friday, March 21, 2008

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan
dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak
orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya
sudah tiba.



"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang
berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau
mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik
berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih
tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan
keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas
tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah
menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,
wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada
di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup,
melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai
terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan
tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir
Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah
kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa
salim 'alaihi.


Read more...

Monday, March 17, 2008

"Air Percuma untuk rakyat selangor mulai april"MB

KL: Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.

‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.

Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.

Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.

Read more...

Monday, March 10, 2008

Teknik nak jimat parking

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000

"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? Tanya eksekutif pinjaman bank itu.

"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan ke kawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.

Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur . Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP