Di arahkan keluar atau dihalau keluar ?
Awal bulan ini aku menerima notis untuk keluar dari kuarters kerajaan hospital serdang.Masa yang diberi untuk keluar dari Kuarters adalah 3 minggu dari notis tersebut. Aku dah buat rayuan untuk menduduki semula tapi apakan daya rayuan tersebut telah ditolak. Dengan itu juga aku dengan isteri ku membuat rayuan buat kali ke-2, jawapannya masih belum diterima, entahkan dapat atau tidak...
Rumah baru dijangka siap dalam bulan 4 atau 5 ini, jadi tempoh yang aku minta untuk memduduki semula adalah dalam jangka masa 6 atau 7 bulan, bukannya nak duduk sampai bersara... pun. Ramai yang kena keluar hujung bulan nie. Kalau nak keluar kosnya sangat tinggi, rumah sewa kena cari, dah tentu deposit rumah sewa 2 bulan sewa campur api & air. kos sewa lori untuk pindah pun dalam RM 250 hingga RM 300 dah tentu ahhh pening kepala dibuatnya @#$@$%&^&^*&^*&(^^%%$$##$@ !!!
ini adalah jawapan-jawapan yang diberi semasa membuat rayuan, salah satu sebab kenapa aku tak dapat nak pindah hujung bulan nie kerana masalah kewanagan, jawapan yang diaorang beri, "itu bukan masalah saya ... jika saya disuruh pindah saya pindah". huh bak kata pepatah melayu " Ringan mata memandang berat lagi bahu yang memikul", senang je jawapan diaorang nie ...
Nie jalan menuju ke tapak rumah.
Nie rumah saudara kepada isteriku, sedang dalam proses pembinaan, dijangkakan siap dalam bukan 2 nie.
inilah dia tapak rumah ku tidak lama lagi. Nak tolak tanah nie kosnya hampir menelan RM 800 hingga ke RM 1500.. WOW !!!
bertafakur untuk mencari jalan keluar ... insyallah dengan bantuan ALLAH S.W.T