Antara kerja dan MLM
Sudah dekat 6 bulan aku dah Zzzzz sejak Group Leader aku buat business lain. Dahulunya aku join business hebat sangat hebat, pergi minda jutawan tapi nampaknya tiada jua hasil yang didapati. Yang dapat hanyalah penat dan duit dibazirkan sahaja. Dahulunya aku memang anti MLM, tapi entah macam mana aku boleh join Steady Global network (Mcren). untuk permulaan modal nak join SGN ialah RM1900 sahaja. Lepas tu sesiapa yang nak purchase Principal atau master bolehlah join dengan 34K.
Lepas business SGN dah Zzzz aku join pulak business coop. Perkara yang sama menimpa diri ini lagi, business sudah Zzzzz, malu jugak aku nak mengadap downline-downline aku maklumlah satu tempat kerja. Diorang nie masuk pun pasal ada kira-kira 7juta nak join business coop nie. Tapi sampai kehari ini tiada berita pun pasal 7juta nie.
Lepas join dua business MLM nie. aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja aku join business MLM nie. biarlah makan gaji, biarlah cukup makan dan cukup pakai. Janji aku tak penat dan malu pada downline-downline aku nie.
1 comments:
memang demo patut malu ponnn... wakakak
Post a Comment