Showing posts with label Koperasi Business. Show all posts
Showing posts with label Koperasi Business. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Ajak Member Join Business Koperasi di Negeri Sembilan



Ini ialah Member sekolah kawe, dulu dia pakai songkok tapi sekarang songkoknya dah hilang. Zaman Bujang dulu selalu pinjam motor dia untuk pergi kerja, memang dia banyak berjasa dekat kawe. 

Jadi, kawe nak ajak member baik kawe nie join Business koperasi. Market Negeri sembilan belum begitu meluas lagi. Jadi kawe ambil peluang ini untuk ajak member kawe nie join business koperasi. Member kawe nie memang suka business. macam macam business dia dah buat.

Kawe ingat nak taja dia join business, tapi income belum strong untuk taja dia. tunggulah sebulan dua nie, insyallah kalau ada rezeki lebih, memang kawe nak taja member kawe nie join business koperasi. 

Read more...

Tuesday, January 5, 2010

Angkasa rancang pasar raya produk koperasi


ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) merancang membuka pasar raya pertamanya di Lembah Klang tahun ini yang mengkhusus pemasaran produk keluaran koperasi.

Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata usaha itu termasuk dalam fasa kedua program pembangunan koperasi dirangka Angkasa, bertujuan memantapkan lagi operasi serta meningkatkan sumbangan koperasi terhadap pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata, konsep pasar raya bakal dibuka itu unik kerana bangunan dan pengurusannya dikendalikan Angkasa tetapi operasi premis di bangunan itu diterajui ahli koperasi.

“Usaha ini dijangka mendapat sambutan baik daripada usahawan koperasi dan bakal memberi manfaat kepada tujuh juta ahli koperasi di negara ini,” katanya sambil menambah keputusan menubuhkan pasar raya itu perlu mendapat persetujuan daripada ahli.

Dr Mohd Ali berkata, pembinaan pasar raya adalah lanjutan kejayaan fasa pertama program pembangunan koperasi yang membabitkan penubuhan rangkaian pasar mini atau pusat pengumpulan produk koperasi di seluruh negara.

Katanya, pihaknya akan menerangkan kepada ahli rasional penubuhan pasar raya itu dan manfaatnya kepada pergerakan koperasi nasional bagi mendapatkan persetujuan mereka.
Beliau berkata, Angkasa menerusi ahlinya mempunyai 14 pusat pengumpulan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta Pahang dengan tiga pusat pengumpulan di Temerloh, Kuantan dan Kuala Lipis.

“Kami melaburkan sejumlah wang untuk menubuhkan pusat pengumpulan produk koperasi dan ia berbeza antara satu sama lain iaitu RM1.2 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu dan RM900,000 di Temerloh, Pahang,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mohd Ali berkata, Angkasa bekerjasama dengan beberapa pihak bagi membantu pemasaran produk koperasi ke luar negara termasuk di negara Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC).

“Kami melihatnya sebagai satu peluang besar dan mahu ahli memanfaatkan jaringan perniagaan itu bagi membantu mereka meningkatkan mutu produk, terutama pembungkusan,” katanya.

Sumber BeritaHarian

Read more...

Sunday, January 3, 2010

Jum Join ANGKASA, KKPMB dan Jiwa

mencari peluang untuk menambah peluang pendapatan dan membantu industri koperasi kita berkembang maju
jum ikut saya join peluang berniaga bersama Angkasa, KKPMB dan jiwa.

untuk maklumat lebih lanjut, sila refer link di bawah ;-

1. metrocom at facebook
2. Jiwa Biz 4u

kalau nak maklumat lebih lanjut, boleh e-mail saya di kerisnagasostro@gmail.com

Read more...

Monday, December 14, 2009

Peluang Berniaga Bersama Koperasi, Angkasa & Jiwa

Salam, lama betul tak update blog ini. Hari ini ada kelapangan nak update. malam semalam berkesempatan pergi ke Dewan UMNO shah alam nak tengok satu peluang berniaga bersama koperasi.



 

 

 

 

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP