Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Monday, November 10, 2008

Peristiwa Gaib Matinya Amrozi Cs


(Inilah.com/Wirasatria)

INILAH.COM, Jakarta - Suasana menjelang pemakaman para pelaku Bom Bali menyiratkan sejumlah peristiwa gaib. Pertanda apa? Jenazah Imam Samudra mengeluarkan wangi semerbak saat hendak dikeluarkan dari peti mati di Polda Banten.

"Ya Allah, jenazah kakak wangi sekali waktu dikeluarkan dari peti. Seperti minyak wangi yang sering dipakainya," kata Lulu Jamaluddin kepada INILAH.COM, di rumah duka, Lopang Gede, Serang, Minggu (9/11).

Peristiwa jenazah mewangi ini juga terjadi pada jazad Al Ghozi, tersangka teroris yang diburu lalu tewas ditembak polisi Filipina. Kesaksian ini datang dari seorang kerabatnya.

"Jenazah Al Ghozi begitu wangi, ini menunjukkan almarhum mati syahid," kata kerabat Al Ghozi yang tidak diketahui namanya itu.

Keyakinan yang sama juga datang dari Lulu, adik kandung Imam Samudra. Kata dia, "Kakak saya ya pasti mendapatkan tempat yang layak di surga seperti yang dicita-citakannya."

Soal wangi jenazah Imam Samudra ini, seperti parfum yang biasa digunakan almarhum semasa hidup. Bukan wangi yang berasal dari kapur barus yang biasanya digunakan bersama kain kafan.

Ketika jazad Imam Samudra akan dikubur di TPU Lopang Gede, Serang, Banten, sekitar pukul 10.30 WIB, tiba-tiba cuaca berubah mendung. Bunyi petir terdengar ketika jenazah Imam Samudra ditutup tanah merah.

"Allahu akbar, Lailahaillallah," teriak ratusan pelayat yang sebagian besar dari jamaah Anshorut Tauhid, Forum Umat Islam, dan Front Pembela Islam.

Sementara itu kejadian unik juga muncul di Desa Tenggulun, Lamongan, Jawa Timur, Minggu (9/11). Sekitar satu jam menjelang kedatangan jenazah Amrozi dan Mukhlas di rumahnya, muncul tiga burung belibis hitam mengitari rumah Amrozi.

Warga yang memadati area sekitar rumah Hj. Tariyem, dibuat takjub dengan kedatangan tiga burung belibis hitam itu. "Ini tanda jenazah mereka langsung bertemu dengan Allah. Burung itu bidadari yang menjemput," ungkap H Ahmad, pendukung Amrozi cs.

Kehadiran tiga burung hitam itu membuat massa kafilah Syuhada serentak mengucapkan kalimat takbir berkali-kali. Mereka yakin jenazah ketiga terpidana mati yang telah dieksekusi dini hari tadi, Amrozi, Muklas dan Imam Samudra akan masuk surga.

Wajah tersenyum

Sesuai permintaan Amrozi Cs, maka proses eksekusi berlangsung tanpa wajah ditutup. Tak terbersit rasa takut di wajah mereka. Ini terlihat dari wajah jenazah Imam Samudra yang tersenyum dalam damai.

Seperti yang diakui oleh Lulu, seperti tak terbersit rasa takut di wajah Imam Samudra saat detik-detik menghadapi regu tembak yang akan mengeksekusinya. Layaknya, orang yang sedang tidur, wajah Imam Samudra tersenyum dalam damai.

"Wajah kakak ganteng banget, senyum, bersih, gemuk. Subhanallah. Saya senang melihat ini dan tidak percaya. Kalau dulu saya sering nonton ini di TV tapi sekarang ini saya alami sendiri," ungkap Lulu dengan raut wajah bahagia. [L1]

Sumber Inilah.com

Read more...

'Pelesit malam' bukti ilmu hitam


KUALA LUMPUR - Tokoh agama, Datuk Harun Din tidak menolak kemungkinan gangguan lelaki yang berseluar dalam sehingga menceroboh banyak rumah di Beruas, Perak ada kaitan dengan amalan makhluk halus.

Menurutnya, jika penceroboh itu tidak memperkosa mangsa dan dapat masuk walaupun rumah berkunci, ia satu 'jelmaan' makhluk halus yang sengaja menakutkan manusia.

"Bagaimanapun, kalau mangsa diperkosa, ia perbuatan manusia yang mengamalkan sihir yang menggunakan perbuatan pukau,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Harun mengulas kejadian yang menimpa penduduk Kampung Bakar Bata dan Kampung Kedah, Beruas yang kebimbangan akibat gangguan lelaki yang hanya berseluar dalam yang menceroboh rumah mereka baru-baru ini.

Bagaimanapun, penceroboh itu tidak memperkosa atau melarikan barang-barang mangsa, sebaliknya mangsa ibarat dipukau dan tidak dapat berbuat apa-apa ketika dicabul penceroboh itu.

Harun memberitahu, ia berbeza dengan gangguan 'orang minyak' yang dilakukan manusia yang mengamalkan ilmu hitam dan mempunyai niat tertentu dalam amalannya.

Sumber Kosmo

Bila baca benda nie, ingat dulu tahun 1997 masa dekat selayang kecoh pasal Geng Seluar Dalam, memang ternyata geng ini mengamalkan ilmu sihir ... pernah sekali kitaorang kejar (kitaorang pun geng = geng 5 line) tetiba dia boleh hilang begitu sahaja ... memang hairan ... apabila di kejar dan dikepung tapi boleh menghilangkan diri ... tapi Geng seluar dalam nie tak kemana pun ,,,akhirnya mereka tumpas di kampung bukit botak ... teruk jugak orang tu dibelasah oleh orang kampung ...

Read more...

Friday, September 26, 2008

Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.


Kosmo - KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

Bagi kawan kawan di luar sana, berhati-hati mengunakan berbankkan online, janganlah sesekali membuka akaun anda melalui link yang diberi dalam e-mail,,,,


Read more...

Thursday, September 25, 2008

Kadar inflasi Ogos 8.5 peratus


Utusan Meroyan - KUALA LUMPUR 24 Sept. - Indeks Harga Pengguna (IHP), pengukur kadar inflasi, bagi Januari hingga Ogos mengembang 4.8 peratus kepada 110.4 daripada 105.3 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan hari ini.

IHP Ogos meningkat 0.2 peratus kepada 114.9 daripada 114.7 pada Julai tahun ini dan indeks itu meningkat 8.5 peratus berbanding dengan 105.9 pada Ogos tahun lepas.

Jabatan itu dalam kenyataannya di sini berkata, peningkatan 4.8 peratus IHP itu dicatat berikutan kenaikan indeks kesemua indeks kumpulan utama kecuali pakaian dan kasut dan komunikasi.

Kenaikan utama antara kumpulan utama ialah pengangkutan (+8.6 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+7.5 peratus), dan perumahan, air, elektrik dan bahan api lain (+1.4 peratus).

Tiga kumpulan utama itu secara bersama mencatatkan kenaikan keseluruhan 84.6 peratus yang dicatatkan bagi tempoh yang dikaji.

Sementara itu, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol bagi Ogos 2008 berbanding dengan bulan yang sama pada 2007 menunjukkan kenaikan tinggi 11.7 peratus manakala indeks bukan makanan meningkat tujuh peratus.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, indeks makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan kenaikan masing-masing 7.5 peratus dan 3.6 peratus, kata Jabatan itu.

Katanya, kenaikan 7.5 peratus indeks makanan dan minuman bukan alkohol adalah hasil kenaikan indeks makanan di rumah (+8.2 peratus); makanan di luar rumah (+6.4 peratus) dan kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol (+6.2 peratus).

Antara subkumpulan makanan di rumah yang menunjukkan kenaikan dalam tempoh itu ialah beras, roti dan bijirin lain (+15 peratus); susu, keju dan telur (+13 peratus); daging (+7.9 peratus); ikan dan makanan laut (+5.6 peratus) dan sayur-sayuran (+5.4 peratus).

Jabatan itu berkata, kenaikan 0.2 peratus berbanding dengan bulan sebelum itu disebabkan kenaikan kumpulan utama terpilih iaitu makanan dan minuman bukan alkohol (+0.8 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+0.5 peratus); restoran dan hotel (+0.4 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+0.3 peratus); kesihatan dan pendidikan (masing-masing +0.2 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+0.1 peratus).

Sementara itu, penurunan ditunjukkan pada indeks pengangkutan (-0.7 peratus); pakaian dan kasut (-0.4 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (-0.2 peratus).

Indeks minuman beralkohol dan tembakau, dan komunikasi kekal tidak berubah masing-masing pada 120.6 dan 96.7.

Kenaikan indeks makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan Ogos berbanding Julai ialah daun sup (+6.4 peratus); ayam (+5.9 peratus); peria (+5 peratus); brokoli (+3.7 peratus); kubis bulat (+3.3 peratus); telur ayam (+2.9 peratus); ikan kembung (+2.9 peratus) dan sotong (+2.8 peratus). - Bernama

Note - Perdebatan antara DSAI dgn Menteri Penerangan tempoh hari, DSAI telah memaklumkan bahawa sekiranya minyak dinaikkan mendadak sebanyak 70 sen, inflasi akan naik melebihi 8%.. tetapi disanggah oleh menteri penerangan bahawa inflasi hanya 4-5% sahaja.. tetapi hari ni, benar seperti yg dinyatakan oleh DSAI.. apa kata anda?

Read more...

Wednesday, September 24, 2008

Fuel price expected to be cut by another 10sen

NST-THE price of fuel is expected to be cut by at least 10 sen per litre, a source told the NST today. The announcement was expected to be made this afternoon.

On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.

The government had announced on Aug 1 that pump prices would be adjusted according to world crude oil prices on the first day of each month, starting Sept 1.

A minimum subsidy of 30 sen a litre and a ceiling price of RM2.70 a litre for petrol had been fixed until at least the end of the year.

The government had cut crippling fuel subsidies on June 5, resulting in the petrol price rising from RM1.92 to RM2.70 per litre.
Meanwhile, Benama quoted economist Datuk Zainal Aznam Yusoff as saying that the government may lower the price of fuel by as much as 15 sen.

Zainal, who is also a member of the Economic Council of Malaysia, said the government was likely to announce the new price after the Cabinet meeting today.

Read more...

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka dengan teh tarik tahi lipas


AMRAN menunjukkan gelas yang masih mempunyai kesan najis lipas setelah minum teh tarik
di sebuah restoran di Jalan Bunus, Kuala Lumpur kelmarin.


Kosmo - Hajat seorang peniaga untuk berbuka puasa dengan teh tarik terbantut apabila dia mendapati gelas yang digunakan bukan sahaja berbau lipas malah di dasarnya melekat banyak najis serangga tersebut.

Ketika kejadian itu Amran Abu Bakar, 37, sudah terbau lipas pada gelasnya namun dia hanya beranggapan gelas itu baru sahaja dikeluarkan dari stor.

"Saya ingat cuma bau, tapi bila saya minum, saya lihat ada banyak bintik kecil melekat pada gelas saya, bila diperhatikan, ia adalah tahi lipas,'' katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! kelmarin.

Tambahnya, setelah beberapa kali tegukan, dia telah memanggil pelayan restoran di Jalan Bunus itu untuk mengadu namun tidak dipedulikan.

"Saya kemudian pergi ke kaunter dan mahu berjumpa dengan pengurus restoran, tetapi saya diberitahu pengurus tidak ada di restoran, apa yang lebih menyakitkan hati apabila saya mengadu cawan yang saya gunakan mengandungi tahi lipas, juruwang tersebut hanya ketawa," katanya.

Read more...

Friday, September 19, 2008

Peralihan Kuasa: Biar Saya Sendiri Yang Tentukan- Abdullah

sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.
sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah - PM

Sama ada tanding atau tidak biar saya buat keputusan - Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Perdana Menteri berkata, sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

“Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Abdullah ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini yang dijadualkan pada Disember memandangkan persidangan Umno bahagian akan bermula 9 Oktober ini.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam proses peralihan kuasa akan dibincangkan dengan Najib dan keputusan yang dibuat akan dibawa ke Majlis Tertinggi.

Abdullah juga berkata, isu pelan peralihan kuasa itu tidak dijelaskan semula dalam mesyuarat MT hari ini.

“Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti.

“Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi,” katanya.

Semalam Abdullah dilapor berkata, walaupun beliau dan Najib komited dengan pelan peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010, pengunduran beliau mungkin berlaku lebih awal.

http://www.bernama.com.my

Read more...

Wednesday, September 17, 2008

Sapp keluar BN, lepaskan jawatan kerajaan negeri


MStar - PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti 'bebas' di dewan perundangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.

Ekoran keputusan itu, Timbalan Presiden Sapp, Datuk Raymond Tan berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh 24 jam.

Kata Tan, beliau belum memutuskan sama ada meninggalkan Sapp ataupun sebaliknya.

Tan merupakan antara pemimpin dalam Sapp yang tidak bersetuju dengan usul tidak percaya kepimpinan Abdullah yang dibawa parti itu.

Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee pada Jun lepas berkata parti itu telah hilang keyakinan terhadap Abdullah dan dua anggota Parlimennya - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) - akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan Majlis Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab yang telah dijawab oleh SappP, tetapi BN masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Read more...

Najib kini menteri kewangan, Pak Lah menteri pertahanan

MKINI - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan menteri kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Berikutan itu, Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

Read more...

Monday, September 15, 2008

Zaid serah surat letak jawatan


Malaysiakini - Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zaid gagal mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu selepas tidak mendapat cukup pencalonan.

Beliau hanya mendapat 17 pencalonan, kurang tujuh daripada yang diperlukan.

Semua 116 cawangan telah mengadakan mesyuarat tetapi empat cawangan diarahkan bermesyuarat semula kerana masalah teknikal.

Berikutan itu, jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu dimenangi oleh bekas timbalannya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, pemangku jawatan tersebut sewaktu Zaid digantung keahlian selama tiga tahun kerana politik wang.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Che Mansor Adabi berkata, kegagalan Zaid itu kerana ahli mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan bahagian.

"Ia mungkin ada kaitan dengan politik Umno yang sedang berlaku sekarang," katanya.

Mohd Fatmi kini setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Read more...

Friday, September 12, 2008

Sin Chew reporter arrested under the ISA

From The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Sept 12 -Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng, the person who first reported on Bukit Bendera MP Ahmad Ismail’s racial remarks, was arrested under the Internal Security Act (ISA) tonight.

Tan was picked up from her home in Bukit Mertajam at 8.30 tonight.

The arrest tonight comes on the same day as the detention of prominent blogger Raja Petra Kamaruddin, also under the ISA.

Both arrests followed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi’s warning this week that the ISA would be used to calm rising racial tensions in the country.

Three newspapers - Suara Keadilan, Sin Chew Daily and The Sun - were also issued show cause letters by the Home Ministry today.

Racial tensions have been on the rise since Ahmad’s controversial comments that the Chinese in Malaysia were squatters, was made during the recent Permatang Pauh by election campaign.

Ahmad’s comments and subsequent defiance of his party president Abdullah has also happened amid instability within Umno, with renewed calls for Abdullah to leave office ahead of 2010, the year in which he has promised to hand over power to deputy Umno president Datuk Seri Najib Razak.

Today’s arrests also happened ahead of September 16, the day in which Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim says his Pakatan Rakyat (PR) alliance would topple the Barisan Nasional (BN) government.

Earlier today, Raja Petra was detained under Section 73 (1) of the ISA for being a threat to security, peace and public order.

Under the detention orders, he will be detained for 60 days. The Home Minister can extend the detention order at the end of that period.

Read more...

sohih...umno gila-kuasa

Umnomore - UMNO sanggup buat apa saja asalkan parti mereka terus memerintah dan musuh mereka tidak boleh lagi berkata.

Di Pulau Pinang, Ahmad Ismail cuba gunakan isu perkauman untuk membangkitkan semangat bangsa melayu untuk cetus kekecohan. UMNO malu kerana SERUAN mereka tidak di jawab. Rakyat dah pandai. Maka untuk tutup malu, Ahmad di kenakan tindakan gantung hanya untuk 3 tahun. Muahahah .... hukuman kepada ahli UMNO kerana cuba mencetuskan perbalahan kaum.

Soal MP pulak .... Kerana bimbangkan lompat parti daripada berlaku. MP Di paksa ke luar negara untuk satu tempoh yang melangkaui tarikh peralihan kuasa, 16 September. Mereka di hantar ke Taiwan dengan alasan untuk belajar bertani. Kah kah kah ..... Itu hukuman untuk teman teman dan orang bawah mereka. Sedangkan paksaan sebegini pun mereka boleh buat, bayangkan apa jenis ugutan mereka sanggup lakukan? SB lebih ramai dari YB dan flight mereka asing asing.

Semalam pula, entah arahan dari siapa, penggantungan blog Malaysiatoday di batalkan. Raja petra tidak memberikan reaksi dan hari ini, Raja petra di tahan di bawah ISA kerana menghina Nabi dan Islam?

Keliru dengan tindakan. Tak sekata dan tidak adil. Dulu Mahathir pun pernah hina Nabi... KLIK SINI.

"Siapa tahu janggut nabi macam mana? Siapa pernah tengok janggut Nabi? Ada gambar? Kita tak tau. Ada pula yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam. Kerana kita berjanggut, maka kita Islam. Kononnya sunnah Nabi. Kita tidak tau. Kita tidak tau sebenarnya. Betul la Nabi ada janggut, tapi kita tidak tau macam mana janggut Nabi. Zaman itu nak cukur janggut mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman Nabi ada Gillette ke? Tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalahlah nak cukur. Lepas tu dia dok berjalan ke sana sini naik unta. Bukan mudah nak dapat air banyak di padang pasir."- Mahathir Mohamad


Tapi tak kena lokap pun. Cehhhh ... ISA undang undang penahanan tanpa soal jawab. Kau betul atau salah, tetapi kena. Tapi ....asyik asyik belah sini aje yang kena. Yang sana tak ada ke?

Read more...

Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah

Harakah |Harakahdaily dimaklumkan pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.

Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap 'double standard' kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun._

Read more...

Friday, August 29, 2008

Kemenangan Anwar trend rakyat tolak BN?

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kecenderungan pengundi memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh membuktikan bahawa trend penolakan rakyat terhadap parti kerajaan semakin kuat.

Penganalisis politik tempatan, Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, mesej itu pada awalnya telah pun disampaikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu hingga menyebabkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan berlaku pertambahan kerusi mereka di Parlimen.

Sehubungan itu katanya, Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO selepas ini tidak harus memandang rendah terhadap keupayaan parti pembangkang pada pilihan raya akan datang, sebaliknya BN perlu menilai semula pengaruh serta kekuatan yang ada.

''Sekarang kita berada di era rakyat yang semakin berpendidikan. Mereka tahu membuat penilaian. Mereka tidak lagi boleh disogok dengan janji-janji pembangunan semata-mata.

''Sebenarnya mereka mahu lebih daripada itu. Mereka mahukan kerajaan yang lebih adil, telus dan bertanggungjawab. Mereka mahukan kerajaan yang lebih prihatin terhadap isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melahirkan kebimbangan mengenai keputusan memberikan kemenangan kepada pembangkang dalam pilihan raya akan menjadi trend kerana para pengundi mahukan perubahan.

Kebimbangan Muhyiddin itu berikutan kejayaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan penguasaan parti itu di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan majoriti 15,671 undi.

Jumlah itu lebih besar berbanding 13,388 undi majoriti yang diperoleh PKR pada pilihan raya umum Mac lalu melalui isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamad Mustafa yang juga Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, sudah tiba masanya BN berubah sekiranya parti itu mahu terus relevan.

''Saya sendiri menjadi takut apabila melihat keadaan yang berlaku dalam BN dan UMNO khususnya. Kita tidak boleh salahkan rakyat kerana mereka tiada pilihan. Mereka pilih PKR kerana mereka 'mual' dengan UMNO.

''Kegagalan BN menyampaikan mesej kepada pengundi Permatang Pauh juga menjadi faktor kekalahan mereka selain daripada faktor kekuatan Anwar sendiri,'' katanya.

Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa pilihan raya kecil itu merupakan pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum lalu.

Sementara itu seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Agus Yusof berkata, kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil itu merupakan kejayaannya menonjolkan diri sebagai pemimpin rakyat.

Sehubungan itu beliau berkata, tidak hairanlah setiap ceramah yang dihadiri Anwar sepanjang tempoh berkempen berjaya menarik beribu-ribu rakyat.

''Bagi saya BN tidak mahu belajar daripada kesilapan. Mereka gagal memberi mesej kepada rakyat berbanding Anwar. Anwar lebih mengetahui kehendak rakyat berbanding BN,'' tambahnya.

Kalau BN tak sedar juga, tak tahulah nak kata ...


Read more...

Sunday, April 6, 2008

Harga petrol dijangka turun

HMetro - Harga petrol dijangka turun tahun ini berikutan cadangan kerajaan memansuhkan penggunaan beberapa jenis petrol di pasaran.

Mengikut cadangan itu, petrol jenis Octane 92 dan Octane 97, iaitu petrol berplumbum dan petrol tanpa plumbum, akan digantikan dengan Octane 95 dan Octane 99.

Octane 95 boleh digunakan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia bakal menggantikan Octane 92 dan Octane 97, manakala Octane 99 yang lebih mahal sesuai untuk pengguna berpendapatan mewah yang mementingkan kuasa pemanduan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata mengikut sistem baru itu, kerajaan akan memberi tumpuan untuk memberi subsidi bagi petrol jenis Octane 95 bagi kegunaan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.


Read more...

Thursday, September 13, 2007

Gempa bumi kuat melanda selatan Sumatera, amaran tsunami

KUALA LUMPUR 12 Sept — Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan, gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, penduduk di kawasan pantai terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dinasihati supaya menjauhi kawasan pantai.

Gegaran turut dirasai di kawasan Barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit lepas.

Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.

Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.

Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.

Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan.

Di JOHOR BAHARU, gegaran turut dirasai sehingga menyebabkan orang ramai terutamanya di bangunan tinggi keluar ke perkarangan bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Saiful Bahari berkata, jabatan itu menerima banyak laporan daripada orang ramai khususnya yang tinggal di bangunan tinggi seperti kondominium Bukit Saujana, Taman Desa Cemerlang, flet Bukit Cagar dan juga di Gelang Patah.

Saiful berkata jabatan itu telah menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan tinggi yang terlibat.

Di KUALA LUMPUR, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata, jabatan itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai melaporkan bangunan dan rumah pangsa mereka mengalami gegaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penghuni dan pekerja di bangunan tinggi terbabit bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

“Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Pandan Jaya, Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Kepong, Cheras dan kompleks kerajaan di Jalan Duta.

Anggota bomba telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk memantau keadaan keselamatan di sana,” katanya.

Bagaimanapun pihak bomba meminta orang ramai supaya tidak panik dan bertenang memandangkan gegaran itu cuma tempias daripada gempa bumi di Sumatera.-Bernama

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP