Showing posts with label Hantu. Show all posts
Showing posts with label Hantu. Show all posts

Thursday, May 28, 2009

Roh mangsa berkeliaran? - Imej misteri dipercayai mangsa kemalangan maut


MOHD. FIRDAUS menunjukkan wang RM50 bertukar menjadi kertas selepas mendakwa menerimanya daripada seorang pelanggan di kedainya di Tampoi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.

Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.

"Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama.

Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer.

Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.

"Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.

Sumber ~ Kosmo

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

Lagi imej misteri muncul


NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini.


ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.

Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.

"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.

"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.


Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.

Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.

Sumber ~ Kosmo

Read more...

Monday, April 6, 2009

Gambar Hantu Ulu Yam


Gambar ini adalah antara gambar hantu yang terawal dan terpopular di Malaysia. Siap masuk suratkhabar lagi beb. Skang aku paparkan kembali untuk renungan golongan muda.

Gambar ini diambil di Ulu Yam. Bayi itu menangis tak henti-henti ketika melewati jalan tersebut. Untuk menenangkan bayi, seorang penumpang mengambil gambar bayi tersebut. Selepas dicuci maka ternampaklah penampakan makhluk misteri di dalam gambar. Maka terjawaplah persoalan mengapa bayi tu menangis tak henti-henti.

Gambar ini pernah mengemparkan negara sekitar 90an dulu.

Source - GambarAntu

Read more...

Monday, March 2, 2009

Antu



ada antu .... kat office .....

Read more...

Sunday, February 1, 2009

Penduduk gempar dengan penemuan 'pocong'


PENDUDUK kampung cuba membuka kain putih yang membalut salah satu ‘pocong’ dekat Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor kelmarin.
______________________________________________________________________



KOTA TINGGI - Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai 'pocong' terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan 'melanggar' paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

"Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

"Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat 'pocong' pertama ditemui."

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.



p/s : ingatkan dekat office je ada pocong

Read more...

Friday, September 19, 2008

Hantu Perempuan Dengan Bayinya


Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!


Kata orang, hantu ini biasanya menumpang kenderaan daripada kawasan kemalangan hingga ke tanah perkuburan yang terdekat.

Mengikut sesetengah orang, sebelum perkara ini berlaku, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu akan berlaku. Biasanya suhu akan turun secara mendadak. Jadi seram sejuk. Jalanraya yang dilalui tiba-tiba menjadi sunyi (tidak berselisih dengan kereta langsung). Siaran radio terganggu.
So, kepada yang nak balik kampung beraya tu, hati-hatilah kalau jalan yang dilalui tiba-tiba menjadi semacam dia punya sunyi. Dan kepada penumpang pulak, dalam pemanduan di waktu malam, kalau korang rasa nak renung ke luar tingkap kereta, jangan berbuat demikian. Sebab entiti tersebut yang memanggil anda untuk melihat. Anda mungkin bakal terlihat sesuatu yang tidak dapat anda lupakan seumur hidup.

Akan datang kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gangguan-gangguan makhluk halus di jalanraya.

Read more...

Friday, August 15, 2008

Pocong

Pagi-pagi dah ada orang e-mail pasal penampakan pocong, kalau nak tengok click kat media player di bawah;

Read more...

Monday, August 11, 2008

Hantu Penanggal / Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.


Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.


Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Sumber : Wikipedia
Nota : Sumber gambar tidak dapat dikenalpasti

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP