Friday, July 16, 2010
Sunday, July 11, 2010
Tuesday, June 8, 2010
JADI KA TIDAK NAK BERJUDI NI?

PIALA DUNIA DAH TAK BERAPA HARI LAGI NI...
JADI KA TIDAK NAK BERJUDI NI? KAH! KAH! KAH!
HARI TU CAKAP DAH RASMI BAGI LESEN KAT BERJAYA....
TAJUK PAPER "'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'"...
HARI NI KATA TAK BAGI LA PULAK...KAHKAHKAH
HANG PA JANGAN DOK BUAT KALUT...
HANGPA NI TAKDAK KEJA LAIN KA?
HARI NI KATA,ESOK TAK BUBAR PARLIMEN
TUP-TUP ESOK BUBAR..
HARI KATA,ESOK MINYAK TAK NAIK HARGA..
TUP-TUP BELUM SAMPAI ESOK..TENGAH MALAM DAH NAIK HARGA..
GHAPLA JINGGA BETOI...
KAH! KAH! KAH!
Thursday, January 28, 2010
Friday, June 5, 2009
Sumber Perisikan - Punca Stadium Sultan Mizan Runtuh
Nampaknya ciklee telah mendapat maklumat daripada sumber yang tak berapa sahih. Berita yang sebelum ini sebenarnya tidak lengkap. Terdapat beberapa gambar punca sebenar keruntuhan stadium yang dikategorikan sebagai top classified.
Gambar top classified pertama yang tercicir:
perlawanan bola antara makhluk2 ghaib dengan ultra fc di stadium Sultan Mizan
Gambar top classified yang kedua :
ultra berjaya bangkit ..tapi bunyi lampu merah linglonglinglong mengganggu...
sekali ade mis call la ...time tu gak dia kene laser
Peristiwa itu telah disaksikan oleh beberapa orang saksi. Tak percaya? Pandai-pandai la fikir sendiri.
Monday, May 18, 2009
Skandal Boss dan setiausaha
Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber... um,ah'e'um'... (faham2 aje lah) sampai akhirnya mereka tertidur.
Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.
selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.
Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...
"ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?.
"Abang tak mahu berbohong... sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.
Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.
"Bohong.gg... .ni mesti abang pergi main golf la kan?... ..
Source ~ Isuhangat
Wednesday, April 22, 2009
My Motor and My Kete
Motor - keluar rumah pukul 7.30 pg, bawak sambil menyanyi. keluar pukul 7.45 pg pun sempat lg tp bawak mcm org nak mati.
Kete - berkadar terus dengan tahap jem. Kena bangun awal, pastu datang opis mengantuk pulak
Motor - jangkamasa nak sampai 30 minit (dr pintu pagar rumah kat serdang sampai kat tempat parking bawah, bawak slow, belum rempit). 30 minit tetap, hujan ka ribut ka, kete terbalik tengah jln ka, asal jangan motor sendiri terbalik sudah.
Kete - kalau ada kete terbalik tengah jalan, kira half day la masuk opis, tekan tugas luar masa swipe masuk, takkpun tak swipe(cakap lupa punch).
Motor - naik motor ngan awek, awek peluk kita
Kete - naik kete ngan awek, awek peluk bantal dlm kete kita, sapa yang rugi. Ye la, kalau awek peluk kita, camna nak bawak kete
Motor - kalau hujan, basah bersama. boleh menguji kesetiaan awek
Kete - kalau hujan, kete basah. Balik kalu kete kotor, kita jugak kena basuh
Motor - kalau tak basuh, tak berapa nampak sangat
Kete - kalau tak basuh, jauh sebatu dah nampak. Pastu nanti orang cakap pemalas, camna nak jadi buat boipren. Bukan malas, kalau kete bekilat, orang pandang kita nanti awek marah pulak, habis tu camna.
Motor - isi minyak 4 inggit, full tank, tahan 3 hari
Kete - isi 40 inggit, belum full tank, belum awek ajak gi makan jauh-jauh, belum ronda-ronda, belum dapat gaji, belum!.. dan lagi, dan lagi
Kete - gi rumah family budak perempuan, nak ajak keluar, tetiba pulak mak dia nak ikut sekali, rosak program.
Motor - mak dia nak ikut sekali, nak duduk celah mana, duduk dalam raga boleh la.
He he,
Sekadar hiburan semata-mata. Anyway untuk yang perempuan tu dinasihatkan lah naik kete, kalau jatuh kang, tertoreh kat mana-mana, dah potong seribu duit hantaran.
Source ~ Isuhangat
Thursday, March 19, 2009
Monday, March 16, 2009
Mudahnya Bahasa Inggeris ?@#$%
Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)
Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer...." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!? Read more...
Monday, March 2, 2009
Kenapa aku pecat Secretary ku
Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. “Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang” Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.
Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku “Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun” Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.
Aku berkata “Wow!”, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? “Tidak perlu, saya pikir tidak perlu” jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan
tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit..”
“Tentu saja boleh”, sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang……
Friday, January 23, 2009
Dalam UMNO ada wow, alif mim nun wow!"
Tiba-tiba dalam menanti dan berbual, ada seorang mamat datang memperkenalkan diri kepada kami.
Katanya, "I'm a minister!"
Saya berkata, "Betul ke, tak kenal pun!"
Dia menjawab, "Ongkili...!"
"Maaf, kami tidak kenal ramai menteri...sudah tidak ikut perkembangan!"
Nampak dua tiga menteri masuk, terus menyusup ke satu meja...malas nak tegur, kecuali Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) yang nampak mesra dan bersalam dengan semua yang ada.
Kami sempat berdialog santai dengan TSMY. Kami berjenaka mengenai 'bakal PM Malaysia' dan dia menerima dengan baik. Katanya, "Sebelum di checkmatekan...!"
Saya berkata kepada TSMY, 'Dengar Tan Sri kata, UMNO tiada 'wow' lagi...salah tu, dalam UMNO ada wow, alif mim nun wow!"
Dia tersenyum, "UMNO ada alif ba ta sahaja...!"
Saya bertanya bila dia balik, katanya esok.
"Ada masa untuk berdialog?"[read more]
Sumber - No2Umno
Thursday, January 8, 2009
Siapa malas kena buang keje
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai +
pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap
Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI
TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".
Friday, December 12, 2008
Esok Baru Cabut
| Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?” Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.” Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin. Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!” Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”. MORAL: Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu… |
Wednesday, November 26, 2008
Monday, November 24, 2008
Selamat Pagi Cikgu ...
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Thursday, November 20, 2008
PERIHAL FILEM-FILEM
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si bang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ktuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.
Yang benar,
Ah Yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg )
Ini Macam kah ???
Nasib baik keadaan seperti ini tidak berlaku di Malaysia ... tapi mungkin jua boleh dipractikkan ... memandangkan kat selangor nie banyak toll ... kita boleh buat pull naik lori ...
Wednesday, November 12, 2008
Suami, Isteri & Cermin
Thursday, October 23, 2008
Lawak ganas
Sebenarnya bukan ganas tapi agak XXX sikit
1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)
Sumber - Isuhangat
AlKisah ferarri, evo7 and kelisa
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"
Sumber - Isuhangat



