Showing posts with label No2umno. Show all posts
Showing posts with label No2umno. Show all posts

Friday, June 13, 2008

Demo Minyak: Lapuran MStar

Lebih 5000 sertai demo protes kenaikan minyak!
Mstar - [...] Demonstrasi membantah kenaikan minyak berakhir dengan aman apabila lebih 5000 penyokong pembangkang bersurai di Pejabat Agung Pasdi jalan Raja Laut di sini tadi.

Demonstrasi yang bermula jam 1.30 tengahari sebaik selesai sembahyang Jumaat berlangsung hampir dua jam lamanya dengan perarakan secara aman hingga ke Jalan Raja Laut.

Penyokong pembangkang membawa sepanduk dan poster, berarak sambil melaungkan 'turunkan minyak'.

Walaupun kebanjiran lautan manusia melimpah ruah hingga ke bahu jalan dan turut membuat kesesakan lalu lintas terhenti, keadaan agak terkawal dan tiada tangkapan dilakukan.

Sebelum ini, laungan "turunkan minyak" turut bergema di perkarangan Masjid Kampung Baru sejurus setelah selesai jemaah masjid menunaikan solat Jumaat.

Masjid Kampung Baru yang sering dijadikan 'markas' untuk demonstrasi sekali lagi sesak dipenuhi dengan orang ramai. Pada jam 2:05 petang laungan meminta kerajaan menurunkan harga minyak bergema di sekitar kawasan masjid.... selanjutnya.

Gambar menarik demo minyak oleh MStar


















Read more...

Tuesday, June 10, 2008

Jom Protes Minyak !!!



Masa yang dinanti nantikan. Penting dengan kadar segera. Turun beramai ramai memenuhi jalanraya dan ruang ruang kosong di ibukota. Desak agar kerajaan turunkan harga minyak dengan kadar segera.

Bermula dari Masjid Kampung baru menuju ke KLCC. Selepas Solat Jumaat. Kepada bangsa asing, tunggu kami di sepanjang jalan menuju ke sana. Bawa bersama Banner dan sepanduk. Golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.

Masa depan ditangan anda, masa depan kita semua. Jangan benarkan kelewatan ini diambil oleh sebarang pihak untuk menaikkan harga barangan yang perkhidmatan sewenang wenangnya. 1 Julai akan ada kenaikan harga barangan asas yang baru. Caj elektrik akan melonjak naik dan membebankan kita semua.

Asyik asyik kita yang kena. Mana boleh tahan beb. Bertindak sebelum parah. Hak kita, tanggung jawab kita.

Rujuk butiran perhimpunan di SINI.

Read more...

ClustrMaps

Locations of visitors to this page

Labels

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP