Proton Iswara Lmst Minyak Habis
Hidup Penuh Dugaan, Ini kali kedua aku habis minyak semasa memandu. Kejadian berlaku di Highway ELITE KLIA ke Subang. Lagi 700m untuk ke stesen minyak petronas ke RnR Dengkil.
Mulanya hendak isi minyak malam sebelum itu, malas punya pasal tunda keesokkan harinya.
Budget ingat sampai ke stesen minyak RnR Dengkil tu, tapi tak sampai, lagi 700m je lagi. Dengan Hujan renyai-renyai aku gagahkan kaki aku nie untuk pergi beli minyak. Dah dekat-dekat nak sampai ada seorang pakcik menaiki nissan impal tumpangkan aku ke petronas. Alhamdulilah ada jugak orang tolong.
Setelah sampai sahaja di petronas, aku bertanyakan pada seorang perkerja kat situ ada tak botol, kalau ada nak pinjam. Dia kata tak ada, dia suruh pakai botol mineral water. Jadi aku belasah je pakai botol mineral water, 1 botol tu boleh isi 3 liter.
Selesai membeli aku ada 700m nak pergi ke kereta dengan keadaan hujan renyai-renyai. Aku belasah aje janji sampai kat kereta. Akhirnya aku sampai jugak dekat kereta dan mengisi minyak. Hari itu aku baru nak eksen-eksen pakai baju ijau compuss ... (jarum ilang). Read more...